Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha Tenere 700 Rally Edition dengan Seragam Rali Dakar 80-an, Prestasi Dipertingkat
Roda2

Yamaha Tenere 700 Rally Edition dengan Seragam Rali Dakar 80-an, Prestasi Dipertingkat

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA mengumumkan ketibaan Tenere 700 Rally Edition baharu tepat pada musim kembara 2020.

Model ini kekal mewarisi keupayaan dan kejayaan sebuah jentera advencer pertengahan, Tenere 700, tetapi kali ini berubah lebih buas dengan diberikan ekstra perlindungan dan skema warna baharu dan spesifikasi lebih tinggi.

BACA >>> Mash X-Ride Classic 650 – Model Dirt Tracker Gaya Retro Buatan Perancis

Tenere 700 Rally Edition baharu ini menampilkan seragam spesial, biru dan kuning sebagai penghormatan kepada jentera lumba Yamaha yang ditunggang JCO dan Serge Bacou dalam Rali Dakar 1983 dan 1984. Peminat off-road Yamaha pasti dapat mengecam rekabentuk tersebut yang mengambil dilham XT600Z (1983) dengan grafik ‘speedblock’ Yamaha hitam.

Selain skema warna menarik, model baharu itu juga dilengkapi ciri advencer dan off-road yang direka untuk melindungi jentera dan penunggang atau meningkatkan prestasi off-road. Terdapat juga plat aluminium bash 4mm untuk melindungi jentera dan rel frem bawah, gad rad aluminium hitam, dan pelindung rantai potongan laser aluminium.

BACA >>> Lelaki Ini Hilang Motor Masa 17 Tahun, Jumpa Semula Ketika Umur 44 Tahun

Posisi tunggangan juga diubah dengan pelana tunggal ditinggikan 20mm menjadikan ketinggian keseluruhan 895mm. Ergonomik bahagian bawah badan yang lebih natural memudahkan penunggang menggerakkan badan daripada posisi duduk kepada berdiri ketika meredah laluan mencabar.

Ciri lain ditawarkan Tenere 700 Rally Edition baharu adalah bunyi nakal yang dilontarkan ekzos Akrapovic jenis slip-on yang memberikan deruman ekzos yang padat dan padu. Turut disediakan indikator LED, pad grip spesial untuk peha dan lutut, dan grip bar hendal off-road.

CIRI UTAMA YAMAHA TENERE 700 RALLY EDITION

  • Warna warisan ikonik dengan pengaruh jentera lumba pengilang Dakar bersejarah.
  • Meningkatkan pengalaman rali atas pelana RallySeat, pad grip tangki dan grip off-road.
  • Mufler slip-on Akrapovic yang lebih ringan dengan deruman ekzos dalam dan padat.
  • Ekstra perlindungan daripada plat skid tugas-berat, gad radiator dan gad rantai.
  • Flasher LED yang tahan lama dan moden di depan dan belakang.
  • Enjin 4-injap 689cc CP2 dengan hantaran tork tinggi.
  • Frem keluli tubular kradel ganda (double cradle tubular steel frame) yang ringan dan tahan lasak.
  • Badan langsing, kompak dan ergonomik.
  • Fasia lebih agresif dengan empat lampu utama LED.
  • Suspensi depan dan belakang dengan travel panjang boleh laras.
  • Rim jejari 18 inci/21 inci yang kuat dan ringan dengan tayar advencer.
  • ABS boleh laras secara on-the-fly, iaitu ciri boleh ubah ketika menunggang.

Tenere 700 Rally Edition bakal berada di pasaran Eropah bermula Julai 2020 dan harga tidak didedahkan.

BACA >>> Yamaha Tenere 700 Pintas Jualan BMW R 1250 GS di Jerman, UK
BACA >>> Skuter Advencer 150cc Pertama Dunia, Honda ADV 150 Debut di GIIAS 2019

GALERI

SUMBER: VisorDown

dirt bike JCO roda2 Serge Bacou touring bike Yamaha Yamaha EU Yamaha Tenere 700 Rally Edition
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    30/04/2026
    Roda2

    HLYM Kemaskini Warna YZF-R25 2026

    30/04/2026
    Auto Terkini

    KTM 450 Rally Replica 2027: Jentera Ala Juara Dakar Kini Ke Garaj Peminat!

    29/04/2026
    Roda2

    Royal Alloy Gran Turismo Debut Di Malaysia – Skuter Retro Moden Dari RM9.8k

    27/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.