Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Tenere 700 Pintas Jualan BMW R 1250 GS di Jerman, UK
Auto Terkini

Yamaha Tenere 700 Pintas Jualan BMW R 1250 GS di Jerman, UK

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEGMEN touring dalam pasaran motosikal global menyaksikan persaingan sengit sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ramai peminat motosikal tahu, siri GS ialah model touring BMW yang cukup disegani hingga diangkat sebagai ‘Raja Touring’.

Namun, apa yang berlaku minggu ini nyata mengejutkan apabila ‘Raja Touring’ dunia, BMW R 1250 GS tergelincir daripada ranking utama kepada pencabar dari Jepun, Yamaha Tenere 700. Memang tamparan hebat buat BMW Motorrad!

Lebih memilukan, BMW GS bukan saja tewas di Britain, tetapi turut hilang kedudukan utama di negara kelahiran sendiri, Jerman. Malah Tenere 700 kini semakin menguatkan kedudukan di Itali, dan mungkin tidak lama lagi bakal menawan pasaran Eropah.

Di Jerman, Tenere 700 terjual 310 unit sepanjang Oktorber 2019 berbanding BMW yang hanya sempat menjual R 1250 GS sebanyak 242 unit dalam tempoh sama.

BACA >>> #EICMA2018: Yamaha Tenere 700 (2019), Sang Advencer yang Sedia Pergi Lebih Jauh

Tempat ketiga di Jerman dimiliki Honda Africa Twin, ketiga dengan jualan 181 unit, disusuli Kawasaki Z900 di tempat keempat dengan jualan 125 unit. Tempat kelima pula menjadi milik Yamaha MT-07 dengan rekod jualan 116 unit.

Di Britain, Tenere 700 mendahului pasaran model touring negara dengan 115 unit jualan. Berdasarkan rekod lain, BMW sudah menjual 9,100 unit terkumpul 1250 GS di Jerman sepanjang Januari-Oktober 2019, manakala tempat kedua ialah MT-07 dengan jualan 3,569 unit sepanjang tempoh sama.

Tenere 700 mula memasuki pasaran Eropah pada pertengahan tahun ini, dan tempahan dibuka sejak Mac 2019 sebelum penghantaran bermula Julai 2019. Model ini bakal bertemu peminat di Amerika Syarikat (AS), musim panas nanti.

Bagaimanapun, BMW GS masih menduduki carta teratas di Itali dalam tempoh sembilan bulan tahun ini dengan 3,875 unit dijual. Tempat kedua ialah Africa Twin (3,527 unit), diikuti Benelli TRK 502/X (ketiga) dan Yamaha Tracer 900 (keempat).

BACA >>> Foto Akhir BMW R 1250 GS dan R 1250 RT Baharu Akhirnya Didedahkan

SUMBER: VisorDown | RideApart

BMW BMW Motorrad roda2 touring bike Yamaha Yamaha Tenere 700 BMW R 1250 GS
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.