Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha RX-Z TwinBoss – 2 Enjin, Made In Malaysia = ‘Kerja Gila!’
Roda2

Yamaha RX-Z TwinBoss – 2 Enjin, Made In Malaysia = ‘Kerja Gila!’

Abang GYLBy Abang GYL23/07/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Yamaha RXZ TwinBoss MalaysiaBUAT pertama kali, Yamaha RX-Z TwinBoss menampilkan dua enjin pada satu motosikal. Ya, Yamaha RX-Z TwinBoss ini memiliki dua enjin dan segala hasil kerja tersebut mendapat sentuhan air tangan anak tempatan. Maksudnya, inilah Yamaha RX-Z TwinBoss ini Made In Malaysia.

Jika anda mahu lihat lebih dekat, bolehlah datang ke acara Art of Speed 2017 yang bakal berlangsung 29 dan 30 Julai ini di MAEPS, Serdang. Lebih menarik, Art of Speed 2017 bakal menghadiahkan Yamaha RX-Z TwinBoss kepada pengunjung bertuah.

Bagaimana nak menang? Mudah saja, anda hanya perlu membeli tiket berharga RM15 dan menjawab beberapa soalan mudah. Mana tahu, inilah rezeki anda.

Yamaha RXZ TwinBoss MalaysiaKOS PEMBINAAN LEBIH RM40,000

Menurut pengasas dan ‘orang kuat’ Art of Speed, Asep Ahmad Iskandar memaklumkan pembinaan Yamaha RX-Z TwinBoss itu menelan kos lebih RM40,000.

Pembinaan bermula April lalu dan kini sudah siap 95 peratus. Kami jangka Yamaha RX-Z TwinBoss dapat siap sebelum Art Of Speed 2017 bermula. Kami tahu ini kerja gila kerana belum ada sejarah di Malaysia, motosikal ada dua enjin.

“Tetapi, bagi menghargai semua peminat kustom di Malaysia, kami sanggup lakukan. Motor ini akan dijadikan hadiah cabutan bertuah kepada mereka yang hadir ke Art Of Speed. Inilah cara kita.

“Paling penting, semua pembinaan Yamaha RX-Z TwinBoss dibikin sendiri anak tempatan, Irwan Cheng dari bengkel FNG Work di Ipoh dengan kerjasama Beautiful Machines (Bandar Sunway, Selangor),” kata Asep lagi.

BACA >>> Art of Speed 2017 Kembali Mengganas Pada 29 Hingga 30 Julai 2017 Di MAEPS

Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia

ADA 2 ENJIN

Aspek mekanikal, Yamaha RXZ TwinBoss dipadankan dua unit enjin bersama kotak gear 6-kelajuan. Kedua-dua enjin bergabung tenaga menggunakan pacuan primari dan pacuan final bersama gear enjin belakang.

Bahagian casis diperbuat daripada dua keping besi dengan ketebalan 12.75mm yang bertindak sebagai penyangga enjin dan lengan ayun rigid.

Bahagian badan hanya menggunakan sekeping aluminium yang menggabungkan tangki minyak, tempat duduk dan fender belakang. Kemudian besi dipotong menggunakan jet air  CNC berdasarkan pelan yang dirangka menggunakan perisian komputer Catia.

Suspensi belakang jenis rigid, manakala depan menggunakan fork. Bagi mendapatkan lebih prestasi mengagumkan, Yamaha RX-Z TwinBoss ini menggunakan ekzos kustom jenama BOSS.

BACA >>> Enjin Mana Lebih Bagus, SOHC atau DOHC? Kenali Terma, Fungsi dan Perbandingan

Yamaha RXZ TwinBoss MalaysiaINI MEMANG KERJA GILA

Bagi kami, ini memang kerja gila. Bagi mereka yang mengecam Yamaha RX-Z TwinBoss dan mendakwa motor ini cuma hiasan, replika dan langsung tidak boleh bergerak, anda silap!

Enjin motosikal ini boleh hidup dan bergerak seperti biasa. Ini terbukti apabila kami dan beberapa rakan media lain diberi peluang menjadi antara penonton terawal melihat enjin Yamaha RX-Z TwinBoss ini dihidupkan.

Jika anda mahu menjadi pemilik bertuah Yamaha RX-Z TwinBoss, pastikan hadir ke acara Art Of Speed 2017. Buat pihak penganjur, kami tabik anda. Kerana anda, Malaysia kini ada Yamaha RX-Z TwinBoss bernadikan dua enjin. Syabas!!!

GALERI

Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss
Yamaha RXZ TwinBoss
Yamaha RXZ TwinBoss
Harga Yamaha RXZ TwinBoss
Yamaha RXZ TwinBoss
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Harga Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Enjin Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
tayar Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
rantai Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Ekzos Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
art of speed Asep Ahmad Iskandar Ekzos BOSS harga rxz Harga Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia RXZ 2 enjin Yamaha RXZ Yamaha RXZ 2 enjin Yamaha RXZ TwinBoss Yamaha RXZ TwinBoss Malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    By Syafie24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.