Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya
Auto Terkini

Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

SyafieBy Syafie24/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

STESEN minyak di seluruh Bangladesh berdepan risiko penutupan apabila pemilik memberi amaran mengenai situasi semakin kritikal susulan kekurangan bekalan bahan api dan isu keselamatan yang meruncing.

Menurut Persatuan Pemilik Stesen Minyak Bangladesh, peruntukan bekalan harian daripada syarikat minyak ketika ini tidak mencukupi untuk menampung permintaan pengguna yang semakin meningkat.

Bekalan Tidak Cukup, Pengguna Beratur Panjang

Keadaan itu menyebabkan pengguna, khususnya penunggang motosikal, terpaksa beratur selama berjam-jam bagi mendapatkan bahan api.

Persatuan berkenaan turut memaklumkan pekerja stesen minyak kini berdepan tekanan fizikal dan mental akibat beban kerja berterusan, sekali gus memburukkan lagi situasi operasi harian.

Malah, terdapat laporan bahawa pada malam sebelum Aidilfitri, sesetengah stesen minyak gagal menyimpan walaupun 200 liter petrol untuk kegunaan kecemasan seperti ambulans.

Ancaman Keselamatan Semakin Membimbangkan

Selain isu bekalan, pemilik stesen minyak turut berdepan ancaman keselamatan termasuk:

  • Aktiviti rompakan terhadap lori tangki
  • Kumpulan tertentu yang memaksa stesen beroperasi pada waktu malam
  • Pengambilan bahan api secara paksa

Persatuan itu mendakwa isu keselamatan dalam sektor pemasaran bahan api tidak diberi perhatian sewajarnya pihak berkuasa, sekali gus mencetuskan keadaan tidak terkawal di beberapa lokasi.

Risiko Penutupan Seluruh Negara

Sehubungan itu, pemilik memberi amaran mereka mungkin menghentikan pengambilan bekalan dari depot, yang akhirnya boleh membawa kepada penutupan operasi stesen minyak di seluruh negara.

Mereka menegaskan tanpa kehadiran kukuh agensi penguatkuasaan undang-undang, situasi ini sukar dikawal dan berpotensi mencetuskan krisis bekalan bahan api yang lebih besar.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Bangladesh harga bahan api Stesen Minyak Bangladesh
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Projek NPE 2 Bermula, Dijangka Siap 2029, Bakal Alihkan 40 Peratus Trafik ke KL

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia โ€“ Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.