Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Pasang 4,650 Panel Solar di Kilang Fukuroi Minami, Rancang Bekal Elektrik Untuk Pejabat Lain
Auto Terkini

Yamaha Pasang 4,650 Panel Solar di Kilang Fukuroi Minami, Rancang Bekal Elektrik Untuk Pejabat Lain

Abang HirataBy Abang Hirata20/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DI ANTARA perkara yang diperdebatkan tentang kenderaan elektrik (EV) ialah sejauh mana kebaikannya pada alam sekitar.

Sebagai contoh, pelepasan karbon semasa proses melombong bahan mentah dan penjanaan tenaga menggunakan batu arang boleh menafikan kebaikan EV.

Di sebalik dua faktor tersebut, sejumlah EV yang berada di satu bandar atau keseluruhan negeri dan negara tidak melepaskan karbon dioksida (ekzos pun tiada!) dan menjadikan kawasan itu bebas asap tercemar.

Contoh mudah, bayangkan anda berhenti di lampu isyarat yang penuh dengan motosikal, lori atau kereta dan tidak menghirup karbon dioksida. Bandingkan pula dengan keadaan semasa.

Bagaimanapun, faktor tersebut bergantung juga kepada jarak loji tenaga yang menggunakan batu arang namun boleh dibincangkan di topik lain.

Menyedari hakikat tersebut, pengeluar kenderaan sekarang ini berusaha dalam mengimbangi di antara pelepasan dan penyerapan karbon atau apa yang dipanggil sebagai neutral karbon.

Di antaranya menggunakan tenaga solar untuk menguasakan kilang. Sebagai contoh, PROTON pada Mac 2022 mempunyai 20,544 panel solar dwimuka di kilang Tanjung Malim.

Dwimuka bermaksud panel tersebut bukan sahaja boleh memanfaatkan pencahayaan dari atas malah dari permukaan jalan dan kereta!

Secara keseluruhannya PROTON mempunyai 28,000 panel solar pada kawasan parkir dan di atas bumbung kilang di Tanjung Malim.

Gabungan tenaga yang dihasilkan ialah 12 megawatt puncak (MWp) dan cukup bagi menampung sehingga 25 peratus daripada penggunaan kuasa kilang itu. Satu sudut yang menarik, PROTON belum pun mempunyai EV.

Yamaha dengan aktiviti utama menghasilkan motosikal mengumumkan penggunaan solar di Kilang Fukuroi Minami, Jepun.

Di dalam bidang EV, Yamaha memiliki beberapa produk seperti EC-05, NEO’S, E01 dan boleh dijejaki sejak 2002 melalui Passol.

Yamaha memaklumkan 2,200 kilowatt (kW) kemudahan penjanaan tenaga solar telah dipasang pada keseluruhan bumbung kilang dan memulakan operasi pada 25 Disember 2023.

Pemasangan terbaru ini melibatkan 4,650 panel solar 475W dan gabungan 288 panel 470W (130kW) yang dipasang pada 2022 menghasilkan 2,330kW dan jumlah terbesar di dalam Kumpulan Yamaha Motor di Jepun.

Tenaga elektrik yang dijana akan digunakan di kilang dan bermula 2025 Yamaha merancang untuk membekalkan lebihan tenaga kepada pejabat lain melalui rangkaian penghantaran dan pengedaran kuasa Chubu Electric Power Power Grid, Inc.

Dengan memanfaatkan lebihan tenaga elektrik, Yamaha dapat meningkatkan lagi pengurangan karbon dioksida dan menyumbang kepada pencegahan pemanasan dunia.

Di bawah Rancangan Alam Sekitar Kumpulan Yamaha Motor 2025, syarikat menyasarkan untuk kesemua rantaian pembekalan termasuk aktiviti perniagaan menjadi neutral karbon menjelang 2050.

Fukuroi Minami Factory Yamaha Yamaha Motor Yamaha Motor Co. Ltd
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Autotainment

    Protected: Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

    23/06/2026
    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.