Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha NVX 155 Buat Kejutan Di MotoGP Sepang – Bakal Masuk Malaysia Awal 2017
Roda2

Yamaha NVX 155 Buat Kejutan Di MotoGP Sepang – Bakal Masuk Malaysia Awal 2017

Abang GYLBy Abang GYL29/10/20162 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Yamaha NVX 155SEPERTI yang kami laporkan semalam, model skuter Yamaha NVX 155 hari ini secara rasmi membuat kemunculan sulung di Asean dan dijangka bakal menembusi pasaran Malaysia awal 2017.

Pengenalan Yamaha NVX 155 disempurnakan oleh pelumba pasukan Yamaha, Valentino Rossi bersempena perlumbaan MotoGP yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Untuk makluman, nama Yamaha NVX 155 bakal digunakan untuk pasaran Vietnam dan Malaysia manakala negara lain pula bakal dikenali sebagai Aerox.

Yamaha NVX 155ENJIN SAMA SEPERTI NMAX

Dari aspek mekanikal, Yamaha NVX 155 menggunakan enjin sama seperti NMAX berkapasiti 155cc dengan teknologi Blue Core daripada enjin silinder tunggal 4-lejang.

Hasilnya, skuter itu mampu menjana kuasa 14.8hp dan tork 14.4Nm bersama padanan sistem transmisi V-Belt automatik. Untuk kecekapan bahan api, Yamaha NVX 155 didatangkan dengan sistem Start/Stop.

Yamaha NVX 155
Yamaha NVX 155

REKAAN SPORTY

Melihat pada rekaan, boleh dikatakan model berkenaan memiliki gabungan rekaan Yamaha GT 125, Yamaha Xeon RC, dan Yamaha Aerox (model skuter di Indonesia) yang menghasilkan aura sporty. Jika di Malaysia pula, ia tampak seakan abang kepada Yamaha NMAX.

Rekaan sporty boleh dilihat menerusi lekukan badan tajam pada bahagian sisi, mirip NMAX tetapi lebih runcing.

Lampu depan pula didatangkan dengan ciri LED. Begitu juga lampu brek, manakala rekaan lampu signal terpisah daripada lampu depan. Untuk tampak sporty, Yamaha NVX 155 dipadankan dengan rim bersaiz 14-inci.

Yamaha NVX 155
Yamaha NVX 155

Tempat duduk penumpang dibuat lebih tinggi berbanding penunggang, sekali gus memberikan kesan rekaan pelana motor sport.

Biarpun saiz tampak lebih besar daripada NMAX, tetapi  beraT keseluruhannya adalah 11kg lebih ringan. Untuk makluman, Yamaha NVX 155 memiliki berat 160kg.

Paparan panel pula hadir dengan jenis digital sepenuhnya. Ia membolehkan penunggang menerima pelbagai informasi seperti kelajuan, rpm, tahap minyak dan operasi VVA.

Buat masa ini, kami dimaklumkan Yamaha NVX 155 akan diperkenalkan secara rasmi pada Disember bagi pasaran Thailand dan Vietnam. Ia akan diikuti dengan Indonesia dan seterusnya beberapa negara lain termasuk Malaysia.

yamaha-nvx-155_pandulajudotcomdotmy-6HARGA

Buat masa ini, pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) tidak mendedahkan sebarang maklumat termasuklah harga jualan. Memandangkan ciri yang ditampilkan sama seperti NMAX, kami menjangkakan Yamaha NVX 155 akan dijual sekitar RM9,000. Sama-sama kita nantikan!

HLYM Hong Leong Yamaha Malaysia skuter Valentino Rossi Yamaha Yamaha Aerox Yamaha NVX 155
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.