Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha NMAX 125 ABS (2021) Lancar di Jepun, Harga RM14k!
Roda2

Yamaha NMAX 125 ABS (2021) Lancar di Jepun, Harga RM14k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Motor Co akan melancarkan model baharu skuter NMAX ABS 125 (2021) di pasaran Jepun bermula 28 Jun ini pada harga 368,500 yen (RM14,020), iaitu 11,000 yen (RM418) lebih mahal daripada model sebelum ini.

Ada empat pilihan warna ditawarkan, iaitu: White Metallic B (perak), Pastel Dark Grey (kelabu), Matte Dark Grey Metallic (kelabu kusam) dan Matte Dark Purplish Blue Metallic (biru kusam).

Berikut perincian NMAX ABS 125 (2021):

  • Trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal 124cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi BlueCore dan VVA berkuasa 11.8hp @ 8,000rpm dan tork 11Nm @ 6,000rpm.
  • Menerima tambahan sistem generator motor pintar (SMG), Sistem Kawalan Traksi, Sistem Henti-Lahu (ISS) iaitu kali pertama diperkenalkan untuk pasaran Jepun.
    • Sistem Kawalan Traksi: Membantu permulaan perjalanan lebih baik, ketika memecut dan menunggang atas permukaan jalan licin atau basah. Apabila sensor mengesan tayar belakang mula menggelincir, sistem pencucuhan pemasaan dan sistem suntikan bahan api terus (FI) akan campur tangan bagi menstabilkan semula aliran kuasa dan traksi roda belakang. Penunggang juga boleh menyahaktifkan ciri ini.
    • Sistem SMG: Menyeragamkan fungsi menghidupkan enjin dengan lebih senyap yang berperanan sebagai generator ketika menunggang dan motor untuk menghidupkan enjin.
    • ISS: Membantu menjimatkan penggunaan petrol dengan mematikan enjin apabila berhenti di lampu isyarat. Fungsinya sama seperti teknologi Henti-Mula (Start-Stop) di Malaysia. Ciri ini juga boleh dinyahaktifkan.
  • Dilengkapi aplikasi Yamaha Motorcycle Connect (Y-Connect) untuk dihubungkan pada telefon pintar yang membolehkan penggunakan mendapat maklumat motosikal menerusi paparan panel meter LCD digital seperti panggilan masuk, status bateri dan menerima mesej teks atau e-mel. 
  • Aplikasi Y-Connect pada telefon juga memaparkan beberapa peringatan seperti tempoh menukar minyak enjin, penyenggaraan bateri, status tunggangan termasuk penggunaan petrol dan lokasi skuter. 
  • Frem rekaan baharu berasaskan platform skuter sport menawarkan keseimbangan dan kawalan lebih baik untuk tunggangan berprestasi selain mengurangkan kesan getaran.
  • Sistem suspensi ditambah baik dengan koil spring baharu untuk suspensi belakang yang boleh dilaraskan dua tahap.
  • Dipasangkan rim sport jenis ringan warna emas, manakala badan skuter mendapat warna perak dan kelabu kusam. Sistem brek cakera disertakan bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Ciri lain lampu utama dengan enam diod LED untuk pencahayaan lebih terang, ruang simpanan bawah pelana 23 liter, soket kuasa arus terus 12V, panel meter LCD digital penuh dan sistem kunci pintar.
  • Berat 131kg, tinggi pelana 765mm dan kapasiti tangki 7.1 liter.

BACA >>> Yamaha NMAX 125 (2020) Jadi Skuter Rasmi MotoGP
BACA >>> HLYM Lancar Yamaha NMAX V2 (2020), Harga RM8.9k!
BACA >>> Yamaha NMAX Petronas SRT Edition Muncul di Jakarta, Harga RM10.8k!

SUMBER: Young-Machine| Yamaha Japan

roda2 skuter skuter maksi Skuter NMAX 125 VVA (2021) Yamaha Jepun Yamaha Motor Co. Yamaha NMAX Yamaha NMAX 125 ABS (2021) Yamaha NMAX VVA 125 ABS (2021)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.