Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha Indonesia Lancar ‘Waisuku’ 150 Edisi Aniversari MotoGP ke-60, Harga RM7.3k!
Roda2

Yamaha Indonesia Lancar ‘Waisuku’ 150 Edisi Aniversari MotoGP ke-60, Harga RM7.3k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Motor Indonesia memperkenalkan model edisi khas MX 150 King (Malaysia: Y15ZR) dengan seragam Yamaha World Grand Prix 60th Anniversary sempena pembabitan pengeluar itu dalam Kejuaraan Dunia MotoGP yang ke-60.

Model edisi spesial itu dijual pada harga Rp24.975 juta (RM7,330).

BACA >>> Yamaha Umum 4 Model Sportbike World GP 60th Anniversary Edition

 

Pengurus Hubungan Awam YRA dan Komuniti Yamaha Indonesia, Antonius Widiantoro berkata;

Kami bawa suasana ulang tahun ke-60 Yamaha dalam MotoGP dengan melancarkan model liveri spesial MX King 150.

“Kami memperingati pencapaian ini dengan melancarkan model ini sebagai produk yang tidak dapat dilupakan untuk rakyat Indonesia.”

MX 150 King World Grand Prix 60th Anniversary Livery menampilkan skema warna merah-putih yang diilhamkan daripada model YZR500 (0W48) yang ditunggang mantan pelumba Kenny Roberts Grand Prix (GP) dalam kelas GP 500cc pada 1980.

Sejak kejayaan pertama Yamaha dalam GP 1963 hingga musim 2020, sebanyak 511 kejayaan sudah dirangkul. Yamaha sebelum itu melakukan tribut kepada pencapaian itu pada Mac lalu dengan memperkenalkan jentera MotoGP YZR-M1 Yamaha World Grand Prix 60th Anniversary Livery ketika ujian pramusim kedua MotoGP di Qatar.

Seragam MX King 150 dapat dilihat menerusi grafik geometri merah berserta strip putih dan hitam dengan rim emas bagi menonjolkn karakter unik supermoped tersebut.

Ciri lain MX King 150 Edisi Aniversari MotoGP ke-60 ialah:

  • Tiada sebarang pembaharuan lain. Lampu depan masih LED dengan kluster khas untuk lampu suluh tinggi (high-beam) dan rendah (low-beam). Ada lampu bahaya (hazard lamp) untuk digunakan ketika kecemasan.
  • Panel meter digital penuh negatif.
  • Bahagian roda menggunakan tayar tiubles bersaiz 90/80-17 (depan) dan 120/70-17 (belakang) yang dipasangkan brek cakera tunggal di depan dan belakang.
  • Dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 150cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 15hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm.
  • Transmisi manual 5-kelajuan jenis klac basah multiplat.
  • Tinggi pelana 795mm, kapasiti tangki 4.2 liter, jarak lega bumi 155mm dan berat 118kg.

BACA >>> Yamaha Vietnam Tambah Dua Edisi Exciter 155 VVA dengan Lima Seragam Berbeza
BACA >>> Yamaha Exciter 155 (2021) Lancar Di Thailand, Harga RM8.2k!
BACA >>> Ducati Streetfighter V4 Didedahkan, 208hp, 123Nm!
BACA >>> Stoner Hidap Sindrom Letih Kronik, Punca Dia Tidak Lama dalam MotoGP

SUMBER: Dapurpacu

roda2 Yamaha Indonesia Yamaha MX 150 World Grand Prix 60th Anniversary Yamaha MX King
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.