YAMAHA Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) memperkenalkan empat varian edisi khas dengan liveri World Grand Prix 60th Anniversary (World GP) untuk dua model siri R baharu.
Dua varian itu membabitkan sportbike R15M Connected ABS dan R25 ABS selepas pelancaran model MX King 150 dan skuter Aerox 155 Connected ABS. Berikut perincian dua model tersebut:
BACA >>> Kempen Servis, Komponen Percuma untuk Motosikal Pemilik Yamaha Terkesan Banjir
BACA >>> Kempen Servis Prihatin Modenas Tawar Diskaun 25%, Pemeriksaan Motosikal Percuma
WARNA
- R25 ABS dan R15M Connected ABS World GP 60th Anniversary Edition didatangkan dalam skema warna putih dengan grafik blok merah dan strip hitam pada fairing sisi. Fairing depan pula dekal kuning.
- Varian R15M pula diberikan tambahan dekal merah atas tangki minyak, manakala madgad depan kedua-dua varian diwarnakan merah.
- Rim dan fork didatangkan dalam warna emas, termasuk lencana Yamaha juga emas.
HARGA
- R25 ABS World GP - 69,275,000 rupiah (RM20,273)
- R15M Connected ABS - 44,100,000 rupiah (RM12,906)
TRENKUASA
- R25 ABS dipacu enjin 4-lejang 8-injap dwi-silinder sebaris 250cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api dan injap variabel VVA berkuasa 35hp @ 12,000rpm dan tork 23.6Nm @ 10,000rpm.
- Kotak gear jenis klac manual 6-kelajuan.
- R15M Connected ABS pula dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) dan injap variabel VVA berkuasa 19hp @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm.
- Sistem transmisi jenis klac manual 6-kelajuan dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) dan Quick Shifter.
BACA >>> Yamaha Cygnus Gryphus World GP 60th Anniversary Edition di Jepun Tahun Depan, RM13k!
BACA >>> Yamaha Umum 4 Model Sportbike World GP 60th Anniversary Edition
SISTEM LAMPU
- R25 ABS: Lampu depan kembar LED, lampu belakang LED dan ada ciri lampu kecemasan.
- R15M: Lampu projektor tunggal LED berserta lampu siang (DRL) kembar, lampu belakang LED dan juga ada fungsi lampu kecemasan.
DIMENSI
R25 ABS
- Memiliki dimensi panjang 2,090mm, lebar 720mm, dan tinggi 1,135mm.
- Jarak lega bumi 160mm, jarak roda 1,380mm dan tinggi pelana 780mm.
- Kapasiti tangki minyak 14 liter, manakala berat 166kg,
R15M Connected ABS
- Dimensi panjang 1,990mm, lebar 725mm, dan tinggi 1,135mm.
- Jarak lega bumi 170mm, jarak roda 1,325mm dan tinggi pelana 815mm.
- Kapasiti tangki minyak 11 liter, manakala berat 140kg.
FREM DAN SUSPENSI
- R25 ABS: Frem jenis berlian, fork terbalik (USD) dan sistem penyerap hentak tunggal.
- R15M: Frem Deltabox, fork terbalik dan sistem monoshock.
SAIZ TAYAR DAN SISTEM BREK
- R25 ABS: Cakera tunggal dengan kaliper 2-piston (depan), cakera tunggal dengan kaliper 1-piston (belakang). Tayar 110/70 (depan), 140/70 (belakang), dengan rim aloi 17 inci.
- R15 M: Cakera tunggal kedua-dua roda dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran, Sistem Kawalan Traksi (boleh dimatikan). Tayar 100/80 (depan), 140/70 (belakang) dengan rim aloi 17 inci.
Leave a Reply