Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Yamaha Exciter 155 (2021) Masih Tiada ABS? Perlukah Kapcai Ada ABS?
Autotainment

Yamaha Exciter 155 (2021) Masih Tiada ABS? Perlukah Kapcai Ada ABS?

AryonBy Aryon21/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Exciter 155 VVA baru saja dilancarkan di Vietnam, tetapi tidak dilengkapkan ciri Sistem Brek Anti Kunci (ABS). Persoalannya adakah motosikal kecil (bawah 175cc), seperti kapcai, memerlukan ABS?

Dalam isu ini terbahagian kepada dua golongan. Golongan pertama berpendapat brek ABS ialah ciri keselamatan moden yang diperlukan motosikal (seperti beg udara untuk kereta), dan bukan hanya untuk motosikal besar saja. Golongan kedua pula berpandangan tidak semua motosikal memerlukan ABS, terutama motosikal kecil (seperti kapcai).

Golongan motosikal tidak perlu brek ABS percaya sesebuah motosikal itu selamat ditunggang pada kelajuan normal. Ia kekal selamat jika penunggang menggunakan brek dengan betul yang digabungkan bersama brek enjin (engine braking).

BREK CBS – ALTERNATIF BREK ABS?

Bagi model skuter, brek enjin tidak dapat digunakan dan alternatifnya ialah brek kombi (CBS) yang menggabungkan brek depan dan belakang dalam satu sistem menggunakan tuil tunggal.

Brek CBS dibangunkan Honda dan sudah lama ada pada model skuter kerana karakter motosikal jenis itu tiada pedal kaki untuk operasi brek belakang.

Dengan brek CBS, apabila penunggang menarik brek, sistem berfungsi mengagihkan daya brek ke brek depan dan belakang untuk membantu mengehadkan ketidakseimbangan roda depan dan belakang supaya tidak terpesong daripada paksi tunggangan. Berbanding brek ABS, brek CBS lebih murah.

Bagaimanapun, penggunaan brek enjin atau brek CBS ( yang digunakan skuter) hanya solusi sementara, dan tetap tidak mampu menggantikan kecekapan brek ABS. Brek CBS masih berdepan masalah brek terkunci apabila membrek kecemasan atau atas jalan licin.

BREK ABS PALING SUPERIOR KETIKA KECEMASAN

Brek ABS kali pertama diperkenalkan untuk motosikal pada 1988, dan kemudian perlahan-lahan popular untuk motosikal berkuasa besar. Bagi motosikal jenis kapcai pula, SYM VF3i LE menjadi  model pertama Malaysia dibekalkan ABS yang dilancarkan pada Mei tahun lalu, manakala Vietnam lebih awal, iaitu menerusi Honda Winner X (Julai 2019).

Vietnam khabarnya sudah menawarkan ciri ABS pada motosikal bawah 175cc jenis skuter seawal 2016, dan sejak itu banyak model skuter yang berharga lebih 40 juta dong (RM7,000) dipasangkan brek ABS.

BACA >>> SYM VF3i LE – Edisi Terhad 5,000 Unit dengan ABS Lancar! Harga RM9,338

KEPENTINGAN BREK ABS UNTUK KAPCAI?

Dengan brek ABS, penunggang boleh memijak brek dengan kuat tanpa perlu risau tayar terkunci dan menggelincir. Menurut kajian Universiti Monash (Australia), brek ABS membantu mengurangkan 31 peratus kadar kematian membabitkan motosikal.

Disebabkan struktur binaan kompleks, model yang dilengkapi ABS dijual lebih mahal, tetapi ramai menganggap teknologi itu sebagai trik pengeluar untuk meraih keuntungan. Ini juga antara sebab kenapa ramai pembeli kurang berminat dengan motosikal ABS, yang secara tidak langsung mempengaruhi keputusan pengeluar untuk tidak membekalkan ciri tersebut. Contoh paling dekat, Exciter 155 VVA.

KENAPA YAMAHA TIDAK MAHU BEKALKAN ABS UNTUK EXCITER 155?

Yamaha Exciter 155 VVA GP
Yamaha Exciter 155 VVA GP

Jika Yamaha memperkenalkan ABS, pengeluar itu terpaksa berkompromi dengan kos pembuatan yang tinggi. Jadi jika model itu mahu dijual pada julat harga sedia ada, mereka terpaksa berkompromi dengan margin keuntungan yang kecil (untung sikit).

Mungkin ada bertanya, kalau mahal pun, bukankah peminat Yamaha tetap akan beli? Tetapi itu cuma pandangann logik kita sebagai pembeli. Namun bagi pengeluar, kenapa perlu berikan ciri premium seperti ABS (yang akan mengurangkan margin untung) sedangkan tanpa ABS pun motosikal jenama Y sudah boleh mengaut untung yang banyak?

Dalam pasaran kereta sendiri, pernahkah anda ingat ketika Toyota menjadi raja sedan segmen-B menerusi Vios (era generasi pertama) dalam pasan bukan nasional?. Beberapa tahun lama pengeluar itu masih kekal dengan 2-beg udara dan tanpa ciri Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) walaupun pesaing lain seperti Honda City dan Proton Persona perlahan-lahan menawarkan 4-beg udara dan VSC.

Jawapannya sama, kenapa perlu tambah kos sedangkan dengan 2-beg udara dan tanpa VSC pun ramai pembeli tergila-gilakan Vios?

JADI PERLUKAH KAPCAI ADA ABS?

Pandangan kami sebagai media permotoran, brek ABS sememangnya ciri keselamatan penting yang sepatutnya diwajibkan pasang pada semua motosikal tanpa mengira kecil atau besar.

Ciri tersebut sebenarnya sangat berguna ketika kecemasan kerana refleks penunggang akan cenderung membrek keras apabila berdepan situasi mengejut sama ada kenderaan depan tiba-tiba membrek, pengguna lain memotong kerana gagal melihat titik buta, ada haiwan melintas, berlaku kemalangan di depan, ada objek terjatuh di depan, ternampak lopak jalan besar, atau apa saja situasi tidak diduga.

Ingat, motosikal cuma ada dua tayar, dan bukan empat tayar macam kereta!

Pada masa sama, kami juga tidak mengetepikan keperluan penunggang motosikal supaya tidak terlalu bergantung kepada brek ABS, dan perlu melengkapkan diri dengan kemahiran menunggang asas untuk mengendalikan motosikal dalam situasi berbahaya.

Kesimpulannya, kerana terlalu asyik dengan populariti dan lupa melihat perkembangan teknologi, pembeli kereta mula beralih daripada Vios kepada City dan Persona yang menawarkan ciri lebih selamat. Dan sekarang giliran Vios pula bergelut untuk memenangi hati pembeli sedan segmen-B di Malaysia.

Sampai bilakah Yamaha mahu terus selesa dengan populariti Exciter atau Y15ZR tanpa ABS? Cuma pembeli akan menjawabnya.

BACA >>> 5 Motosikal ABS Bawah 150cc Paling Bajet di Vietnam
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Ciri ABS Penting untuk Motosikal?

autotainment Brek ABS roda2 sistem brek anti-kunci Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
    Tahukah Anda

    Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

    02/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 1, 2 atau 4-Piston: Apa Perbezaan Angkup Brek dan Mana Lebih Bagus?

    01/07/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.