Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Yamaha Exciter 150 (Y15ZR Versi Vietnam) Lancar – Honda Winner Mula Risau
Roda4

Yamaha Exciter 150 (Y15ZR Versi Vietnam) Lancar – Honda Winner Mula Risau

Han OthmanBy Han Othman08/10/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Motor Vietnam sebentar tadi secara rasmi memperkenalkan Exciter 150 dengan slogan ‘Adrenalin of Speed’. Malah artikel ini dibuat dengan memetik secara langsung maklumat daripada laman web pengeluar itu. Lama sebelum itu kami sudah pun menghubungi bahagian khidmat pelanggan di sana, tetapi lain ditanya, lain pula yang dijawab.

Benarlah kata Usop dalam Hantu Kak Limah, inilah pentingnya English edukesyeennnn… Mujurlah Google Translate banyak membantu.

BACA >>> Siapa Menang? Lumba Drag Yamaha Y15ZR vs Honda RS150R (Versi Vietnam)

Dibina dengan mengambil semangat jentera ikonik YZR-M1, Exciter 150 didatangkan dengan ciri inovatif yang menjadi trend sportbike berenjin besar, daripada lampu utama LED, skrin LCD digital hingga punat-punat gemuk yang sedap dipegang tanpa melupakan aspek enjin berkuasa dan rim sport besar. Semua itu dilakukan untuk mengangkat raja moped itu ke satu tahap baru, sekali gus menewaskan pesaing lain dalam kelas sama. Faham!

Namun tidaklah diketahui bilakah super moped ini akan dibawah masuk Hong Leong Yamaha Malaysia ke negara ini. Mungkinkah tahun depan? Mungkinkah 2020? Mungkin seribu tahun takkan mungkin? Jeng jeng jenggg….

Apa yang power pasal Exciter 150 ni? Jom kita perhati dulu apa yang menarik pasal kapcai Yamaha ni:

1. REKABENTUK DNA SIGNATUR YAMAHA: SPORTY DAN LAJU

Exciter 150 meneruskan rekabentuk unik dan tersendiri pada bahagian kepada, ekor dan gaya stailo yang sekian lama menjadi DNA Yamaha zaman berzaman. Maknanya, sekilas pandang motor di jalan, sudahku tahu itu Yamaha.

2. CIRI DIPERTINGKAT

Ada banyak ciri dipertingkat yang diperkenalkan Exciter 150. Antaranya:

  • Lampu utama LED

Dilengkapi lampu utama LED yang mampu meningkatkan tahap kejelasan pemanduan, terutama pada malam hari. Menampilkan rekaan unik berbentuk tiga kluster lampu yang sekali pandang tidak ubah seperti mata mambang yang laparkan kelajuan sepanjang jalan. Rekabentuk berani yang penuh dengan keberanian, dan keyakinan.

  • LCD Skrin Penuh Elektronik

Paparan digital LCD diilhamkan daripada jentera legenda R1, bersirikan premium, parameter tajam dan jelas seperti kelajuan, meter perbatuan dan penggunaan petrol serta purata halaju. Sangat mudah dibaca hanya dengan mengerling mata walaupun meter mencecah 200kmj (sekadar jenaka).

  • Punat Cut-Off

Butang untuk menghidupkan dan mematikan enjin, diilhamkan daripada gaya famili Yamaha yang lebih senior. Butang ini berfungsi mematikan enjin dengan cepat dan serta-merta sekiranya berlaku situasi kecemasan, terutama apabila motor terbalik dan enjin masih lagi aktif.

BACA >>> Yamaha Y15ZR Edisi GP (2018) Diperkenal, Tampil Grafik Ilham Jentera MotoGP

  • Butang Overpass Lampu Utama

Jangan terkejut, ciri ini biasanya cuma ada pada motosikal besar, tetapi kini sudah pun dimiliki kapcai. Fungsi butang ini ini ialah untuk memudahkan pejalan kaki mengecam kelibat kita sedang menunggang motosikal supaya mereka tidak melintas sesuka hati. Sesetengah rider menjadikannya sebagai isyarat mahu memotong atau sedang memecut laju.

  • Rim Sport, Tayar Belakang Lebar

Rim depan dinaikkan saiz kepada 90/80 – 17 (terdahulu 70/90), sekali gus memberikan penampilan dramatik dan meningkatkan cengkaman atas jalan. Tayar belakang menggunakan saiz 120/70-17, cukup lebar dan gemuk untuk melakukan aksi korner baring yang meyakinkan.

  • Kunci Jawab Balas / Answer Back Key

Punat ini mampu mengesan motosikal anda dalam jarak 20 meter, sekali gus memudahkan anda mencari sekiranya diletakkan di kawasan parkir besar atau kompleks beli-belah.

3. CIRI LAIN

  • Enjin 150cc, Suntikan Bahan Api Elektronik (EFI), Penyejukan Cecair

Exciter 150 dibekalkan enjin 150cc, penyejukan cecair, EFI dengan keseimbangan dinamik yang diadaptasi daripada jentera sport Yamaha. Enjin ini menggabungkan komponen silinder aloi aluminium DiASil, tahan panas dan lasak, piston ringan dan silindern esentrik dan jenis roler bagi meminimumkan kehilangan kuasa

BACA >>> #Spyshot: Kelibat Yamaha Y15ZR Facelift Dikesan, Brosur Vietnam Kuatkan Spekulasi!

Enjin ini juga terbukti bagus dari segi prestasi dan kuasa kerana turut digunakan banyak model Yamaha daripada FZ150i, hingga YZF-R125 dan YZF-R15.

  • Brek Cakera Depan dan Belakang

Memastikan prestasi membrek berada pada tahap optimum walaupun dalam kelajuan tinggi. Brek cakera depan bersaiz 245mm, manakala belakang 203mm, cukup efektif untuk berhenti dengan yakin dan selamat.

  • Absorber Tunggal @ Monoshock

Memberikan tunggangan yang lancar selain memberikan penampilan sporty dan unik.

4. WARNA

  • Versi GP version (biru) – Harga runcit dicadangkan: ₫47,490,000 (RM8,309)
  • Versi RC (warna lain) – Harga runcit dicadangkan: ₫46,990,000 (RM8,222)

5. SPESIFIKASI

Yamaha Exciter 150

DIMENSI (Panjang x Lebar x Tinggi): 1,985 mm × 670 mm × 1,100 mm
TINGGI PELANA: 795mm
JARAK RODA: 1,290 mm
BERAT BASAH (dengan minyak enjin dan petrol penuh): 117kg
JENIS ENJIN: 4 lejang, 4 injap, SOHC, penyejukan cecair
JENIS ENJIN: Silinder tunggal
KAPASITI ENJIN: 149.7 cm3
GEREK x LEJANG: 57mm × 58.7mm
NISBAH MAMPATAN: 10.4: 1
KUASA MAKSIMUM: 11.3kW (15.4ps) @ 8,500 rpm
TORK MAKSIMUM: 13.8Nm (1.4 kgf · m) @ 7,000 rpm
KAPASITI MINYAK ENJIN: 1.15 liter
KAPASITI TANGKI: 4.2 liter
SISTEM PENCUCUHAN: TC I (digital)
SISTEM KLAC: Sentrifugal jenis basah
TRANSMISI: 5- kelajuan
NISBAH GEAR: 1 – 2.833 | 2 – 1.875 | 3 – 1.429 | 4 – 1.143 | 5 – 0.957
FREM: Tiub keluli- struktur diamond
SAIZ RIM: 90/80-17M / C 46P (depan) | 120/70-17M / C 58P (belakang) (tidak termasuk)
BREK: Cakera hidraulik 245mm (depan) | Cakera hidraulik 203mm (belakang)
ABSORBER: Koil spring (depan) | Damper hidraulik (belakang)
BATERI: GTZ4V

GALERI
Kapcai Moped roda2 super moped Yamaha Yamaha Exciter 150 Yamaha Motor Vietnam Yamaha Y15ZR
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight 2026 Jepun Lancar, Jarak Sehingga 535 km, Harga Mula RM137 Ribu

16/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

17/04/2026
Suzuki Malaysia lancar Suzuki DR-Z4S dan Suzuki DR-Z4SM 2026
Roda2

Suzuki Malaysia Kembalikan Model Legenda – DR-Z4S dan DR-Z4SM 2026, Harga RM42,998

15/04/2026
Nissan Skyline bakal kembali
Auto Terkini

Nissan Skyline Bakal Kembali!

16/04/2026

1 Comment

  1. Thigan on 18/07/2019 14:01

    Hi.. i am from malaysia…may i get to know about when y15zr v3 or new design will come out to sell in malaysia?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
Auto Terkini

Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

By Han Othman13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.