Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha dan Gogoro Bergabung, Sasar Mahu Monopoli Pasaran Skuter Elektrik Taiwan
Roda2

Yamaha dan Gogoro Bergabung, Sasar Mahu Monopoli Pasaran Skuter Elektrik Taiwan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA dan Gogoro mahu membuktikan diri sebagai kuasa besar dalam industri kenderaan elektrik ringan. Gogoro memiliki rangkaian skuter yang terbukti sukses menerusi teknologi penukaran bateri, manakala Yamaha baru saja melancarkan empat model basikal elektrik terbaharu di Amerika Syarikat (AS).

Bagi memanfaatkan kekuatan masing-masing, kedua-dua syarikat mengumumkan usahasama membangunkan produk skuter dengan teknologi bateri boleh tukar. Sebagai permulaan, kerjasama awal itu menumpukan pasaran kenderaan elektrik (EV) Taiwan yang mana jualan skuter elektrik meningkat.

Kelebihan Gogoro sebagai pengeluar asal Taiwan diharapkan dapat membantu rakan sekutunya Yamaha kerana sebahagian besar pasaran skuter elektrik tempatan dimonopoli syarikat tersebut berbanding pesaing lebih ternama.

Justeru kedua-dua syarikat berharap dapat memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam membangunkan dan memasarkan skuter elektrik Yamaha baharu dengan menggunakan teknologi Gogoro. Yamaha turut bertanggungjawab  menguruskan hal penjenamaan dan pemasaran.

BACA >>> Kymco Ionix dengan Bateri Boleh Tanggal, Selesaikan Masalah Motosikal Elektrik

Ketua Pengurus Besar Operasi Perniagaan Motosikal Yamaha Motor Company, Takuya Kinoshita berkata;

“Kerjasama dengan Gogoro di pasaran Taiwan bukan saja akan meningkatkan pilihan mobiliti buat pelanggan kami, tetapi kami percaya perkongsian sistem pertukaran bateri bakal mewujudkan pasaran perkhidmatan mobiliti baru.”

Gogoro kini memiliki kira-kira 750 stesen tukar bateri di Taiwan untuk skuter elektrik sedia ada. Secara praktis, penunggang cuma perlu ke stesen, mengambil bateri baharu dari stesen dan menggantikannya dengan bateri sedia ada. Saiz bateri direka kecil dan mudah dikendalikan, manakala skuter boleh menggunakan lebih satu bateri jika merancang menunggang jauh dan mengurangkan kekerapan menukar bateri di stesen.

BACA >>> Benarkah Motosikal Elektrik Akan Jejaskan Pasaran Pengeluar Ekzos?

Gogoro ialah pengeluar yang masih muda dan mula memasuki pasaran Taiwan pada 2015. Sebaliknya , Yamaha memasarkan produk di Taiwan sejak 1966. Perkongsian itu dapat membantu perkembangan pesat dan penggunaan motosikal elektrik.

VIDEO
https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2018/09/gogoro-charging-stesen5.mp4

SUMBER: Electrek

Gogoro Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) Kenderaan Elektrik (EV) roda2 skuter skuter elektrik Yamaha Yamaha Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.