Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha 135LC Fi (2022) Dicipta Khas untuk Malaysia, HLYM Jawab Kenapa Tiada Klac Tangan
Roda2

Yamaha 135LC Fi (2022) Dicipta Khas untuk Malaysia, HLYM Jawab Kenapa Tiada Klac Tangan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/03/202211 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MALAYSIA jarang sekali dipilih sebagai negara pilihan di Asean untuk debut model motosikal atau skuter baharu berbanding Thailand dan Indonesia yang menawarkan pasaran dua roda lebih besar.

Malah, Malaysia juga lambat menerima kemasukan model-model baharu, terutama produk bawah 250cc, berbanding tiga lagi negara jiran Asean. Bagaimanapun, lain pula kisah dengan Yamaha 135LC Fi (2022).

Kapcai dilancarkan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Selasa minggu lalu ialah produk eksklusif yang dicipta khas untuk pengguna Malaysia dan belum dijual di pasaran lain.

Faktor itu dikaitkan dengan kekuatan pasaran tempatan dan cita rasa pengguna berbanding situasi di Indonesia, Thailand dan Vietnam. Ini kerana kapcai lebih popular di Malaysia berbanding skuter.

BACA >>> Yamaha 135LC Versi Karburetor Masih Jual, HLYM Jamin Alat Ganti Kekal Ada untuk 10 Tahun

Pengarah Urusan Hong Leong Industries Berhad, Datuk Dr Jim Khor berkata, ramai pengguna Malaysia lebih menggemari kapcai berbanding skuter dan hasil itu diperoleh dalam kajian dilakukan Yamaha Motor Co. Ltd.

Berikut perbandingan trend:

  • Skuter semakin popular di Indonesia, Thailand dan Vietnam dengan saiz pasaran sekitar 45 hingga 50 peratus.
  • Malaysia mencatat penguasaan pasaran untuk moped antara 70 hingga 80 peratus. Bakinya baru skuter.

BACA >>> HLYM Lancar Yamaha 135LC Fi (2022), Harga Mula RM7.7k!
BACA >>> Aveta Global Bakal Lancar Kapcai V13R, Pencabar Yamaha 135LC?

Generasi pertama Yamaha 135LC dilancarkan pada Februari 2006 dengan pelbagai ciri menarik termasuk dilengkapi transmisi 5-kelajuan, klac tangan, sistem monoshock serta desain lebih agresif. Sehingga kini model itu masih mendapat permintaan tinggi walaupun HLYM sudah menawarkan dua model kapcai lebih berprestasi, Y15ZR dan Y16ZR.

KENAPA TIADA KLAC TANGAN?

Versi kelapan 135LC menerima pelbagai teknologi model dan inovasi baharu untuk membolehkannya model itu kekal relevan di pasaran. Ini termasuk teknologi sistem suntikan bahan api (Fi) dan panel meter digital. Sistem brek turut dipertingkat dengan memasangkan brek cakera tunggal pada roda belakang.

Bagaimanapun, timbul pula persoalan mengenai ketiadaan pilihan 135LC Fi versi klac tangan. Bagi menjawab persoalan itu, HLYM mengakui data sebelum ini menunjukkan varian klac tangan kurang mendapat sambutan yang mana 70 peratus pembeli 135LC memilih membeli varian tanpa klac tangan (automatik) yang lebih mudah ditunggang.

BACA >>> #ApaNakBuat: Mahu Prestasi Brek Cakera Motosikal Anda Kekal Optimum? Buat 3 Tip Ini!
BACA >>> Akui Ramai Kena Tunggu Lama Nak Dapat Motor, HLYM Minta Maaf
BACA >>> HLYM Lancar Yamaha XMAX 250 (2022) Versi Dipertingkat, Harga RM21.9k

Datuk Dr Jim Khor Hong Leon Yamaha Motor (HLYM) Motosikal 135cc roda2 Yamaha 135LC Fi 2022 Yamaha 135LC V8 (2022) Yamaha Motor Co. Ltd
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
    Aksesori

    Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

    16/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    16/03/2026
    Roda2

    Scrambler KTNS TT-Classic 150 Kini di Malaysia, Harga RM6,888

    17/03/2026

    11 Comments

    1. Haji Ikram on 15/03/2022 11:12

      Kau ni alahai nak buat apa pakai pencengkam clutch kan motor ringan lasak nak bwk sana sini tu bukannya motor racing.. nak racing sikit beli la Y15.. orang nak bwk grab food.. semua kapcai ko nak guna clutch agak2 laa..

      Reply
    2. EJ on 15/03/2022 20:53

      Saya rasa x da klac tangan xper tp knp x tingkatkan speed kpada 5 speed atau 6 speed…design kacuk dah bagus, sistem brek disc depan blakng pon dh bagus, technologi fi bg pggunaan bhn api yg efisen pon dah baik…tppppp kekalkan sistem kelajuan pd 4 speed lg sgt mengecewakan…long distance x seronok…tolong ajukan kpd YMHL

      Reply
    3. Mohd Nazri Bin Talib on 15/03/2022 23:31

      Jawapan tak munasabah….. Yamaha keluarkan lc 4gear tanpa clucth dr dulu smpi skrg ni… .. Mmg la org beli sebab murah drpd y15/y16… Y15 atau y16 mmg mahal sgt2…… Ada yamaha kluarkan 5gear itu pon terhad… Tak byk… Tp jual amat memberansangkan… Lepas tu stop production utk keluarkan lc 5gear…. Jgn bg jawapan yg x masuk akal dan cuba2 bt statement utk puaskan hati sendiri….

      Reply
    4. SANUSI on 16/03/2022 07:09

      Kenapa tak naikkan stroke crank shaft….block bukan masalah sebab pengguna boleh ubah……lagi ramai suka…….sebab ramai yang nak stroke crank shaft di ubah contoh Ex5 dream 100cc pakai class oneten bertambah cc…… cepat buat sebiji LC 145 crank shaft tu besarkan labu dan boleh di guna pakai pada LC 135 juga…..

      Reply
    5. SANUSI on 16/03/2022 07:14

      Tambah vva sekali…..sebab model baru v8 niie guna fi injection…..ini semata mata model baru ubah luaran je hmmmmmmm

      Reply
    6. abdul on 17/03/2022 19:21

      Betul ke orang tanya kenapa tiada klac tangan? Sepatutnya tanya kenapa tak bagi enjin 150cc 5 kelajuan dengan klac auto?

      Reply
    7. Cheng yu hsiang on 18/03/2022 18:35

      Great

      Reply
    8. Wan zawawi on 24/03/2022 21:31

      Pasang la engkol..satu hal plak nk g kedai pasang engkol..

      Reply
    9. Mat moto on 26/03/2022 19:26

      Yamaha dah buat siap kau sibuk bagi cadangan itu ini

      Reply
    10. Stanley Norman on 07/02/2023 23:18

      Tolong lah bagi yg 5 speed tu da cukup da bagi.
      Penggemar kapcai di Malaysia.

      Reply
    11. MOHD RIZAMZURI BIN RAMLI on 08/10/2023 19:46

      Lc 135 Fi kalau 5 gear pasti laku keras😁

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Roda4

    Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    By Syafie15/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.