Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Xiaomi Perkenal EV Pertama SU7 2024, Bukan EV Biasa Tetapi Prestasi Tinggi!
Roda4

Xiaomi Perkenal EV Pertama SU7 2024, Bukan EV Biasa Tetapi Prestasi Tinggi!

Abang HirataBy Abang Hirata24/01/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CAKAP-cakap mengenai kenderaan elektrik (EV) keluaran Xiaomi sudah lama kedengaran dan kini akhirnya menjadi kenyataan apabila SU7 2024 diperkenal pada 29 Disember lalu.

Sebagai rujukan, Xiaomi Corporation ditubuhkan pada April 2010 dan kini menjadi syarikat perkakasan elektronik pengguna dan pengilangan pintar.

Bermula telefon pintar, Xiaomi mengeluarkan pelbagai perkakasan dari pemutar skru dan banyak lagi yang berjela untuk disenaraikan.

SU7 pula bukan projek tangkap muat yang diserahkan bulat-bulat kepada pihak ketiga, tetapi sebuah model yang bersungguh-sungguh dibangunkan Xiaomi.

Seperti dikatakan pengasas, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Xiaomi Group, Lei Jun, syarikat itu mensasarkan menjadi satu daripada lima pengeluar kereta teratas dunia dalam tempoh 15 sehingga 20 tahun!

Pelaburan dibuat juga besar dengan membelanjakan lebih 10 bilion yuan (RM6.49 bilion) dalam peringkat awal penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pasukan R&D itu pula terdiri daripada lebih 3,400 jurutera dan lebih 1,000 pakar teknikal di China dan luar negara.

Xiaomi tidak hanya mengeluarkan SU7, tetapi lima teknologi utama, seperti E-Motor (motor elektrik), Bateri, Xiaomi Die-Casting (bahan dan pembuatan), Xiaomi Pilot Autonomous Driving (pemanduan autonomi) dan Smart Cabin (kabin pintar).

Seperkara menarik, Xiaomi bermula dengan EV kelas atasan dan bukan model aras mula dan segmen kenderaan kecil. Xiaomi sebenarnya sedang menganjak dari strategi Smartphone x AIoT kepada ekosistem pintar Human x Car x Home dengan kenderaan menjadi bahagian penting dalam tumpuan strategik syarikat.

Berikut ciri Xiaomi SU7

  • Dibangunkan sebagai sedan eko-teknologi prestasi tinggi saiz penuh.
  • Lampu utama bentuk titisan air, sistem lampu suluh pandu adaptif (Adaptive Driving Beam, ADB) dengan pelarasan pencahayaan pintar.
  • Pekali seretan (Cd) 0.195 (lebih 1,000 simulasi kajian dan lebih 300 pelarasan model tanah liat).
  • Skrin tengah 16.1 inci 3k, paparan dongak (HUD) 56 inci, unit infotainment berputar 7.1 inci, dua cagak untuk tablet di belakang kerusi depan.
  • Cip Snapdragon 8295 dengan kuasa pemprosesan kepintaran buatan (AI) hingga 30 TOPS.
  • Pengoperasian sistem operasi (OS) dalam tempoh 1.49 saat selepas kunci pintu dibuka.
  • Sistem suspensi Kawalan Damper Berterusan (CDC).
  • Brek depan Brembo 4-piston.
  • Ada tiga warna: Aqua Blue, Mineral Gray, dan Verdant Green.

Motor elektrik dan bateri

  • HyperEngine V6: 21,000rpm, 297hp, 400Nm.
  • HyperEngine V6s: 21,000rpm, 372hp, 500Nm.
  • HyperEngine V8s: 27,200rpm, 576hp, 635Nm. (Dalam pembangunan dan digunakan dalam EV Xiaomi pada 2025).
  • Teknologi bateri bersepadu CTB 800V.
  • Model dwi-motor pacuan empat roda (4WD) boleh dipandu sejauh 800km (CLTC).
  • Pengecas super pantas dengan jarak 510km dalam tempoh 15 minit pengecasan.
EV Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 Xiaomi Xiaomi Corporation Xiaomi SU7
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

28/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.