Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Waze Terokai Gaya Pemasaran Baharu di Malaysia Menerusi Ciri Navigasi Pintar
Auto Terkini

Waze Terokai Gaya Pemasaran Baharu di Malaysia Menerusi Ciri Navigasi Pintar

Han OthmanBy Han Othman12/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WAZE
maju selangkah lagi dengan memperkenalkan mod pemasaran dan pengiklanan gaya baharu menggunakan aplikasi navigasi berkonsepkan komuniti tersebut menerusi telefon pintar.

Trend baharu itu dibincangkan dan dihuraikan panjang lebar dua pakar Waze, iaitu Pengarah Pemasaran Global Waze, Emma Weisberg, dan Ketua Pemasaran Produk Global Waze, Felipe Almeida yang berkunjung ke Kuala Lumpur, minggu lalu untuk mengadakan sesi meja bulat khas bersama media.

Mod baharu Waze kali ini akan jadi lebih pintar yang bukan saja memberikan akses pantas ke destinasi dituju, tetapi juga menawarkan ciri ‘Branded Pin’, iaitu paparan opsyen premis menarik yang boleh diibaratkan seperti papan iklan jalanan yang didigitalkan. Antara premis terlibat ialah jenama komersial terkenal antarabangsa seperti McDonald, Starbucks, 7 Eleven termasuk jenama tempatan seperti Guardian, Kedai Mesra Petronas, Giant dan lain-lain.

BACA >>> GPS Motosikal: Waze vs Google Maps, Mana Satu Terbaik untuk Mat Motor?

‘BRANDED PIN’ – IKLAN DIGITAL SERBA PINTAR

Menurut Emma, ciri ‘Branded Pin’ tidak akan mengganggu pengalaman pemandu menggunakan Waze kerana ia dipaparkan berdasarkan maklumat destinasi dan trend pemanduan pemandu. Sebagai contoh, iklan dan promosi McDonald hanya akan terpapar jika ia terletak dalam laluan perjalanan ke destinasi dituju.

Malah menurut Emma, papan iklan digital itu turut mengambil kira radius jarak perjalanan ke premis ‘Brande Pin’ supaya pemandu tidak tersasar jauh dari destinasi asal. Secara mudahnya, selepas singgah ke McDonald, pemandu boleh menyambung semua perjalanan ke lokasi dituju. Ia betul-betul pintar dan membantu!

EVOLUSI APLIKASI NAVIGASI

Almeida pula berkata, Waze akan menjadi medium pemasaran baharu yang lebih berkesan kerana dibuat berdasarkan tingkah laku dan paten pemanduan. Malah,  kajian menunjukkan memang berlaku penambahan jumlah pengunjung yang pergi ke satu-satu premis yang disarankan Waze.

Menurutnya lagi, berdasarkan paten kekerapan seseorang pemandu itu ke sesuatu premis, Waze akan memaparkan sesuatu iklan dan promosi mengikut apa yang disukai. Sebagai contoh, jika pemandu itu kerap singgah ke Starbucks setiap minggu, maka Waze akan memaparkan promosi istimewa (jika ada) lebih spesifik untuk pelanggan setia yang berbeza berbanding pembeli biasa. Menarikkan?

BACA >>> Mahu Elak Kesesakan Lalu Lintas, Ikuti 3 Panduan Ringkas Waze

Paling penting ialah aspek keselamatan yang menurut Almeida, setiap papan iklan tidak akan dipaparkan sewenang-wenangnya, tetapi mengambil kira status pemanduan semasa. Seperti disebutkan di atas, aplikasi Waze masa depan sudah tidak lagi statik, tetapi lebih pintar dan fleksibel.

Ada 6.3 juta pengguna aktif Waze di Malaysia setiap bulan, dan peruntukan masa 72 minit setiap hari serta jarak perjalanan kira-kira 56km untuk setiap pemandu.

 

aplikasi mobil Aplikasi Navigasi Emma Weisberg Felipe Almeida navigasi Waze waze malaysia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.