Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Wanita Arab Saudi Akhirnya Dibenarkan Memandu (Yakin Boleh!)
Auto Terkini

Wanita Arab Saudi Akhirnya Dibenarkan Memandu (Yakin Boleh!)

Han OthmanBy Han Othman28/09/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUAT masa ini, Arab Saudi adalah satu-satunya negara di dunia yang tidak membenarkan kaum wanita memandu. Namun, segalanya bakal berubah apabila pemerintah negara itu, Raja Salman memutuskan menghapuskan larangan tersebut berkuat kuasa 24 Jun 2018.

Sebelum ini, mana-mana wanita yang ditahan kerana memandu di Arab Saudi akan didenda. Bagaimanapun, pada Selasa lalu, Duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat, Putera Khaled Salman menyatakan keputusan dibuat Riyadh itu ialah hari bersejarah bagi negara berkenaan.

BACA >>> Putera Saudi: “Inilah Masa Wanita untuk Memandu.”

“Saya fikir kepimpinan kami memahami betapa masyarakat sudah bersedia. Ini ialah keputusan yang tepat pada masa yang tepat.”

KEMPEN WOMEN2DRIVE

Sebelum keputusan penarikan larangan memandu ke atas wanita itu dibuat, kumpulan aktivis hak asasi sudah lama melancarkan kempen ‘Women2Drive’ yang menuntut hak memandu untuk perempuan. Kempen itu pernah ditentang beberapa pemimpin agama yang mendakwa wanita kurang bijak memandu dan ada pula yang mengatakan memandu boleh merosakkan kesihatan wanita.

BACA >>> Benarkah Wanita Lebih Teruk Parkir Kereta Berbanding Lelaki?

Bercakap kepada agensi berita BBC, salah seorang aktivis, Sahar Nassif berkata;

Saya tidak percaya. Saya mula ketawa, melompat dan menjerit. Ini ialah kejayaan hebat.  Saya akan pergi beli kereta impian saya, sebuah Mustang konvertibel, ia patut dalam kuning dan hitam!”

Putera Khaled mengesahkan, apabila larangan tersebut ditarik balik, wanita tidak perlu lagi meminta keizinan daripada lelaki untuk mengambil kelas memandu, dan tiada sebarang sekatan ke mana mereka pergi.

SUMBER: BBC

Arab Saudi Auto Terkini Kereta larangan memandu ditarik balik wanita Arab Saudi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.