Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»VPCM Lancar Arteon R-Line Versi Dipertingkat, Harga Mula RM247k
Auto Terkini

VPCM Lancar Arteon R-Line Versi Dipertingkat, Harga Mula RM247k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

 

VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan ketibaan Arteon R-Line versi dipertingkat dengan lima warna pilihan dan harga asasnya ialah RM247,671.

Model pemasangan tempatan (CKD) di Pekan, Pahang itu turut menerima beberapa penambahbaikan. Berikut ialah perincian model sedan tersebut:

WARNA

  • Lima warna pilihan Arteon:
    • Metalik: Manganese Grey (kelabu), Lapiz Blue (biru) dan Pyrite Silver (perak)
    • Mutiara: Deep Black (hitam) dan Oryx White (putih)

TRENKUASA

  • Trenkuasa 2.0 liter TSI Turbo 4-silinder sebaris menghasilkan kuasa 276hp dan tork 350Nm. Model itu menggunakan transmisi DSG 7-kelajuan dan Mampu pecut hingga 100kmj dalam masa  5.6 saat.
  • Sistem pacuan semua roda 4MOTION menyalurkan kuasa ke roda belakang untuk meningkatkan kekuatan cengkaman dan kawalan lebih baik. 
  • 4Motion generasi kelima itu mengutip data daripada roda depan dan memberi maklumat terus ke roda belakang untuk penyelarasan pelbagai teknologi bantuan pemanduan yang hadir bersama Arteon.
  • Guna ciri pembelokan progesif iaitu memerlukan 2.1 pusingan roda stereng berbanding 2.5 pusingan pada model standard untuk pembelokan penuh roda ke kiri atau kanan. Setiap 100km perjalanan memerlukan kira-kira 7.4 liter petrol.

REKABENTUK

  • Model pertama hadir dengan logo baharu VW Volkswagen dan lencana R. Unit kamera 360 darjah turut diintegrasi dalam logo baharu VW depan dan belakang.
  • Semua lampu menggunakan diod LED dengan beberapa ciri termaju seperti Nyalaan Statik Pembelokan dan Lampu Semua Iklim. Ada jalur lampu LED dalam gril dan ia satu elemen baharu menggantikan ciri krom. Hud desain kulit kerang (clamshell) dan ventilator udara baharu. 
  • Lampu belakang LED tiga dimensi ada lima segmen paparan berbeza iaitu nyalaan brek apabila suis lampu diaktifkan, paparan semasa membrek, lampu kabus belakang (sebelah kanan sahaja), lampu undur dan lampu signal membelok.
  • But sensor kaki. Model sebelum ini ada fungsi tekan butang untuk membuka dan akan tutup semula secara automatik. Arteon R-Line baharu kini guna fungsi hanyun kaki bawah bampar dan pintu boleh buka atau tutup. Ini dipanggil Easy Open dan Easy Close.

KABIN

  • Tempat duduk ErgoComfort dengan balutan kulit Nappa Carbon. Kerusi pemandu ada 14 tahap selaras secara elektrik dan juga fungsi urutan.  
  • Skrin meter Digital Cockpit besar 11.7 inci  memaparkan maklumat dan anda boleh akses maklumat pemanduan menerusi enam pilihan tetapan skrin dan lebih 30 gabungan, termasuk navigasi 2D dan 3D atau paparan peta penuh. 
  • Ada ciri Kawalan Casis Dinamik (DCC) dengan 15 pilihan tetapan dan lima mode pemanduan iaitu Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual.

  • Sistem infotainmen Discover Pro 9.2 inci ada kawalan suara dan gestur. Ada sokongan konektiviti App-Connect dengan Apple Car Play dan Android Auto tanpa wayar. Skrin sesentuh ada fungsi pandangan terpisah yang boleh ditetapkan. 
  • Sistem bunyi premium Harman Kardon dengan 12 unit pembesar suara termasuk subwoofer.
  • Sistem pendingin hawa Climatronic 3 zon dan penumpang belakang boleh tetapkan suhu sendiri.

KESELAMATAN

  • Arteon hadir dengan pelbagai ciri bantuan pemandu temasuk ciri Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Amaran Sisi, dan Sistem Amaran Pemandu.
  • Fungsi Amaran Lintasan Belakang memberi amaran jika mengesan objek dalam sudut 180 darjah. Ia juga boleh mengesan objek sehingga jarak 50 meter jauh semasa kelajuan mencecah 12kmj ketika kereta sedang undur. 
  • Sistem  Kamera 360° menggunakan empat unit kamera membolehkan pemandu melihat kawasan keliling. Paparan Discover Pro boleh diubah suai sama ada pandangan penuh atau terpisah. 
  • Ciri-ciri keselamatan lain ialah:
    • Post Collision Braking System yang menghalang pelanggaran kali kedua.
    • Intelligent Crash Response System (ICRS) mengambil langkah awal ketika kemalangan dengan menyekat saluran bahan api, membuka pintu dan menyalakan lampu amaran.
    • Electronic Different Lock (XDS) menambah baik aspek cengkaman dan mengurangkan masalah understeer.
  • Teknologi keselamatan standard lain ialah Electronic Stability Control (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci, Bantuan Brek) dan Bonet Aktif  untuk melindungi pejalan kaki.
  • Ada sistem Pemantauan Tekanan Tayar untuk memantau tekanan setiap tayar dan Manoeuvre Braking akan mengaktifkan brek automatik apabila mengesan objek pada kelajuan sehingga 10kmj. 
Arteon R Line Facelift Jeep M-715 Five-Quarter Volkswagen Arteon R-Line (2021) Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.