Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volvo Jual Pegangan Saham dalam Lynk & Co kepada Zeekr, Cadang Gabungan
Auto Terkini

Volvo Jual Pegangan Saham dalam Lynk & Co kepada Zeekr, Cadang Gabungan

Abang HirataBy Abang Hirata19/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LANDSKAP automotif di China mengajar satu perkara, iaitu subjenama adalah satu dinamik dalam industri automotif. Contohnya, Geely mempunyai sebaris jenama premium seperti Polestar, Lynk & Co dan Zeekr.

Sebagai perbandingan, Toyota ada subjenama Lexus, manakala Nissan dengan Infiniti.

Lain pula Volkswagen Group, yang mana jenama seperti Audi dan Lamborghini bermula sebagai syarikat berasingan sebelum dibeli konglomerat itu. Walaupun memiliki tiga jenama premium, tetapi semua jenama itu tampil dengan identiti tersendiri.

Dari segi pasaran, Polestar lebih meluas merangkumi Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah dan Asia Pasifik.

Menariknya, kenderaan pelbagai guna (MPV) Volvo EM90 (foto atas) dijenamakan semula daripada Zeekr 009. Nampaknya ada siri pergerakan dalam dua jenama premium tahun ini. Pada tahun ini, Volvo Cars mengumumkan melepaskan saham dan hanya akan memegang 18 peratus pegangan dalam Polestar.

Terbaharu, Volvo Cars sekali lagi mengumumkan melepaskan pegangan saham, iaitu 30 peratus dalam Lynk & Co kepada Zeekr dengan pertimbangan transaksi bernilai 5.4 bilion yuan (RM3.34 bilion).

Logo Volvo
Logo Lynk & Co

Bayaran tersebut akan dibuat secara tunai dengan 70 peratus ketika penyelesaian transaksi, manakala baki dilunaskan setahun kemudian.

Volvo adalah pemegang saham minoriti sejak Lynk & Co ditubuhkan pada 2017. Pelepasan pegangan berkenaan ada kaitan dengan fasa baharu pembangunan Lynk & Co, termasuk struktur pemilikan baharu.

Di sebalik pelepasan tersebut, Volvo akan terus menumpukan kerjasama operasi dengan Lynk & Co di beberapa pasaran terpilih yang mempunyai kelebihan strategik buat kedua-dua syarikat.

Transaksi itu melibatkan Volvo Cars (China) Investment Co Ltd, iaitu subsidiari tidak langsung Volvo Car AB, yang menjual pegangan dalam Lynk & Co Automotive Technology Co Ltd kepada Zhejiang Zeekr Intelligent Technology Co Ltd, yang juga subsidiari tidak langsung Zeekr Intelligent Technology Holding Limited.

Dalam perkembangan berkaitan, Geely Holding Group (Geely Holding) mengalukan hasrat Zeekr dan Lynk & Co bagi meneroka sinergi lebih baik melalui cadangan penggabungan yang akan mewujudkan entiti global lebih kuat.

Sasaran penyatuan adalah memacu sinergi teknologi antara dua jenama, memperkemas portfolio produk dan melonjakkan pembangunan bakat serta akhirnya menuju kepada jualan global lebih baik.

Sebagai sebahagian langkah penstrukturan semula, Geely Holding akan membantu hasrat Zeekr Intelligent Technology bagi memiliki majoriti pegangan dalam Lynk & Co menerusi pembelian saham dimiliki Geely Holding dan Volvo.

Selepas transaksi selesai, Zeekr akan memegang 51 peratus pegangan dalam Lynk & Co, manakala baki 49 peratus akan terus dimiliki Geely Automobile Holdings.

Logo Geely Auto

Pada masa sama, Geely Auto berhasrat meningkatkan pegangan dalam Zeekr kepada kira-kira 62.8 peratus dan terus menyokong kerjasama rapat antara Geely Auto, Lynk & Co dan Zeekr serta seterusnya meningkatkan sinergi industri, kesamaan perkakasan dan perisian, kecekapan rantaian bekalan, dan khidmat selepas jualan, sekali gus memacu penubuhan kumpulan global lebih kuat.

Kesimpulan dari dua transaksi besar tersebut ialah Volvo Cars mengurangkan pegangan dalam Polestar hingga 18 peratus dan melepaskan semua pegangan dalam Lynk & Co dengan kedua-dua syarikat dicadangkan untuk digabungkan.

Adakah ini bermakna satu jenama baharu akan diwujudkan atau ada dibersarakan? Geely mendakwa kedua-dua jenama akan mengekalkan segmen pasaran yang jelas dan kedudukan unik peringkat antarabangsa. Bagaimanakah pula Polestar?

Di sebalik pergerakan ini, Geely dan entiti sekutu adalah pemegang saham terbesar dalam Polestar, Lynk & Co dan Zeekr.

Geely Lynk & Co Polestar Volvo Zeekr
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.