Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Multivan (2022) – Evolusi Van Legenda dari Jerman!
Roda4

Volkswagen Multivan (2022) – Evolusi Van Legenda dari Jerman!

Abang HirataBy Abang Hirata16/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA rekabentuk kenderaan yang tidak jauh berbeza sejak berdekad lalu ialah van penumpang. Perbezaan ketara van atau kenderaan pelbagai guna (MPV) hari ini adalah segmen mewah yang ditawarkan.

Van dulu pun ada juga segmen mewah, cuma sekarang lebih jauh diteroka dengan harga meroket tinggi. Lihat saja van buatan Jepun seperti Toyota Vellfire, Alphard dan terbaharu Lexus LM350 yang berharga RM1.148 juta.

Lexus LM350 mencecah harga lebih RM1 juta!

Selain tiga model tersebut, van buatan Jerman seperti Mercedes-Benz V-Class juga berada dalam kelas tersendiri. Bercakap mengenai van buatan Eropah, satu nama yang begitu sinonim ialah Volkswagen, dan antara model yang disebut hingga sekarang ialah Volkswagen Bus atau Kombi (T2).

Sejak van Type 2 (1950) (foto atas), Volkswagen mengeluarkan banyak varian dan terus berevolusi hingga kini. Evolusi tersebut bermakna DNA tetap sama, masih dalam rekabentuk berkotak, tetapi dilengkapkan teknologi terkini, seiring apa dimiliki Volkswagen.

Terbaharu, jenama di bawah Volkswagen Group, Volkswagen Commercial Vehicles memperkenalkan Multivan (2022) serba baharu yang turut ditawarkan dalam varian hibrid plug-in (PHEV).

Multivan ialah pengganti Caravelle (Transporter) yang berada di pasaran hari ini dengan kapasiti hingga tujuh tempat duduk dan ditawarkan praktikaliti sebuah van keluarga, atau dipandu pemandu khas.

Nama Multivan dipilih sebagai pengganti baharu di UK bagi membezakan perubahan signifikan berbanding model terdahulu. Model ini juga tidak dibina berasaskan platform Transporter, sebaliknya MQB yang dibangunkan Volkswagen Group.

Berikut ciri Multivan (2022) baharu:

Trenkuasa
  • Ada tiga pilihan enjin yang setiap satu dipadankan transmisi dual-klac-7-kelajuan DSG.
    • 1.4 TSI (148hp) – model eHybrid dengan motor elektrik 85kW dan kombinasi kuasa 160kW (216hp). Bateri lithium-ion 13kWh ditempatkan di bawah lantai van.
    • 1.5 TSI (134hp) – model petrol
    • 2.0 TSI (202hp) – model petrol
  • Enjin diesel turbo berkuasa 150 PS akan diperkenalkan pada 2022.
  • Pacuan roda depan (FWD), dan kapasiti tunda hingga 2,000 kg.
Rekabentuk Luaran
  • Mengekalkan DNA rekabentuk luaran model terdahulu, Transporter T3 (1985).
  • Rekaan salur udara depan kecil ialah tribut kepada tiga generasi terawal dengan enjin belakang dan sistem penyejukan udara, serta turut mempamerkan nadi hibrid pada masa depan.
  • Memiliki dimensi lebar 1,941mm, panjang 4,973mm, tinggi 1,903mm, manakala jarak roda 3,124mm. Juga ada versi lebih panjang dengan panjang keseluruhan 5,173mm.
  • Ada tawaran pelbagai saiz rim hingga 19 inci.
  • Ada tiga jenis spesifikasi utama: Multivan, Life dan Style.
  • Pilihan bumbung panorama, cermin keselamatan dengan lapisan LowE bagi mengurangkan radiasi haba hingga 44 peratus, pintu belakang dan pintu gelungsur kuasa yang boleh dikawal menggunakan gerak gestur.
  • Lampu depan LED boleh dinaik taraf kepada lampu IQ.LIGHT – LED matrix.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem Penyejukan Udara Bekerja?

Rekabentuk Dalaman
  • Ruang kabin mampu memuatkan hingga tujuh penumpang.
  • Kerusi baris kedua boleh dialihkan 180º seperti posisi seminar. Kerusi baris ketiga jenis individu supaya satu kerusi boleh dialihkan berbanding kerusi bench bersambung.
  • Meja boleh dialih dari baris ketiga hingga depan dan digunakan sebagai konsol tengah untuk kerusi pemandu dan penumpang sisi.
  • Lantai rata dari depan hingga belakang.

  • Kapasiti but ialah 469 liter dan boleh dipertingkat kepada 1,844 liter jika baris ketiga direbahkan, muatan penuh 3,670 liter hingga kerusi depan.
  • Unit infotainment Digital Cockpit 10.25 inci dengan skrin sentuh 10 inci.
  • Ada paparan dongak (HUD) yan kali pertama diperkenalkan untuk model Volkswagen Commercial Vehicles.
Teknologi Keselamatan
  • Dilengkapi ciri standard Front Assist, terdiri daripada Brek Kecemasan Bandar (CEB), Paparan Tanda Jalan Dinamik (DRSD), dan sistem Bantuan Lorong (LA).
  • Sistem Car2X membolehkan pemandu berkomunikasi dengan pengguna kenderaan lain dan infrastruktur lebuh raya untuk amaran bahaya, perlindungan sisi, bantuan angin lintang dan lain-lain.
  • Sistem IQ.DRIVE Travel Assist menawarkan ciri pemanduan semi autonomi dengan fungsi Kawalan Jelajahn Adaptif (ACC) dan LA.
  • Turut ditawarkan fungsi paparan keliling Area View dengan sudut pandangan 360º menggunakan empat kamera.

BACA >>> SUV VW Paling Bongsu, T-Cross Boleh Laku Keras di Malaysia Kalau Harga Menarik

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) minivan MPV Roda4 Volkswagen Volkswagen Multivan Volkswagen Transporter vw
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.