Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Malaysia Bakal Lancar Passat, Arteon Edisi R-Line Tahun Ini
Auto Terkini

Volkswagen Malaysia Bakal Lancar Passat, Arteon Edisi R-Line Tahun Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) bakal membawa masuk model R Line Edition untuk Passat dan Arteon ke pasaran tempatan.

Passat R-Line Edition diperkenalkan tahun lalu di Pameran Motor Geneva dengan gaya sporty. Di Eropah, edisi tersebut  dikeluarkan terhad 2,000 unit sahaja untuk varian Passat wagon dalam pilihan warna kelabu Moonstone.

Passat R-Line menampilkan kemasan hitam pada bumbung, rel bumbung, spoiler dan cermin sisi, termasuk frem tingkap, difuser belakang, perumah lampu utama, gril radiator dan kemasan luaran lain. Melengkapkan lagi penampilan adalah perincian lampu belakang LED gelap dan rim Pretoria 19 inci.

Rekabentuk kabin menawarkan kerusi sport R-Line dan panel tengah kulit Nappa. Pedal kaki menggunakan kemasan keluli tahan karat dan sil sisi dengan logo R-Line.

Seperti mana Passat 2.0 TSI Elegance spesifikasi Malaysia, Passat R-Line juga dijana enjin 2.0 TSI berkuasa 188hp dan tork 320Nm dengan transmisi automatik DSG 7-kelajuan.

BACA >>> Volkswagen Passat 2.0TSI Elegance Lancar di Malaysia, Harga RM188k
BACA >>> Volkswagen Passat Variant 4MOTION R-Line Edition, Wagon Edisi Khas 2,000 Unit Sahaja

VW ARTEON R-LINE, RM290k-RM310k

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter turut mengesahkan akan membawa masuk model Arteon R-Line tahun ini. Dalam Taklimat Virtual Rekabentuk Logo Baharu Volkswagen, beliau berkata, pasaran Malaysia akan menerima enjin 2.0L TSI berkuasa 278hp dan tork 350Nm pada anggaran harga RM290,000 dan RM310,000.

Hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi kotak gear DSG 7-kelajuan dengan sistem pacuan semua roda, 4Motion. Jika ‘Art’ membawa maksud fastback, ‘eon’ pula merujuk kepada model premium Volkswagen. Model ini dilengkapi Paparan Info Aktif (AID) dengan skrin TFT yang boleh dikustom untuk memaparkan imej peta penuh. Sistem infotainment Discover Pro terdiri daripada paparan skrin 9.2 inci dan ciri kawalan gestur berserta konektiviti wayarles seperti Apple CarPlay, Android Auto dan MirrorLink.

Tempahan Arteon R-Line sudah dibuka tahun lalu. Ciri kamera 360º daripada input empat unit kamera bersepadu membolehkan pemandu melihat situasi sekeliling kenderaan.

Arteon R-Line hadir dengan pakej gaya dalaman dan luaran R-Line bersama lapan pilihan warna: kelabu (Manganese Grey), hitam (Deep Black), perak (Reflex Silver), merah (Romance Red), kelabu (Urano Grey), kuning (Turmeric Yellow), putih mutiara (Oryx White Pearl) dan perak (Pyrite Silver).

BACA >>> Volkswagen Passat Variant 4MOTION R-Line Edition, Wagon Edisi Khas 2,000 Unit Sahaja
BACA >>> Volkswagen Malaysia Buka Tempahan Arteon R-Line, Harga Bermula RM290k

autoterkini R-Line Volkswagen Arteon Volkswagen Passat Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Proton eMas 7 Premium Plus Rasmi Di Malaysia – Varian Tertinggi Dengan Jarak 450km

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.