Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Mahu Kenakan Caj untuk Aktifkan Pemanduan Autonomi
Auto Terkini

Volkswagen Mahu Kenakan Caj untuk Aktifkan Pemanduan Autonomi

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN merancang memperkenalkan idea mengenai metod bayar-untuk-guna (pay-to-use, P2U) untuk diaplikasikan pada teknologi pemanduan autonomi masa depan.

Pengeluar automotif dari Jerman itu membayangkan metod tersebut sebagai efektif dari segi kos walaupun boleh menyebabkan pengguna membayar lebih selain memeningkan kepala mereka.

Klaus Zellmer

Idea tersebut dikongsikan Ketua Jualan dan Pemasaran Volkswagen, Klaus Zellmer dalam temu bual dengan portal permotoran Top Gear.

Asasnya, pemilik atau pengguna kereta boleh menghidupkan atau mematikan fungsi pemanduan autonomi mengikut keperluan, sama seperti Tesla. Maksudnya, ciri itu boleh digunakan apabila diperlukan, dan dimatikan jika tidak dimahukan. Jadi, pengguna hanya perlu bayar setiap kali menggunakan teknologi tersebut.

Apabila ditanya mengenai harga, Zellmer berkata, segalanya bergantung kepada kos dan keuntungan kerana pemasangan mod pemanduan autonomi Tahap 4 memang mahal hingga mencecah lima angka dalam matawang Euro.

Sebenarnya idea mengenai P2U untuk teknologi pemanduan autonomi pernah diketengahkan BMW, tetapi gagal direalisasikan kerana mendapat respons negatif banyak pihak.

Malah, metod itu juga bukan idea yang bagus kerana membuatkan pemilik tiada hak sepenuhnya terhadap kereta mereka. Ini kerana ada beberapa ciri tertentu perlu dibayar dulu sebelum diaktifkan.

Namun, jika jadi kenyataan, pengeluar kereta pasti akan menggunakan cara sama untuk ciri lain demi menambahkan keuntungan.

BACA >>> Volkswagen Malaysia Lancar Kempen Raya-Raya, Diskaun RM1k untuk Model Terpilih
BACA >>> Lawak April Fool: Amerika Siasat Volkswagen

SUMBER: Jalopnik

ADAS adas level 4 autonomous driving BMW Pemanduan Autonomi Roda4 Volkswagen
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.