Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Jetta GLI (2019), Jelmaan Golf GTI dalam Bentuk Sedan
Roda4

Volkswagen Jetta GLI (2019), Jelmaan Golf GTI dalam Bentuk Sedan

Abang HirataBy Abang Hirata11/02/20191 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Golf sebenarnya ialah sebuah kereta dengan ruang dalaman luas walaupun tampil dengan bentuk hatchback. Ini bukan hatchback biasa, tetapi ada banyak ruang untuk kaki dan badan bergerak, tidak seperti sesetengah model yang terbatas saiznya.

Namun, masih ada pelanggan yang mahukan Golf yang lebih luas, dan Volkswagen memberikan jawapan tersebut melalui Jetta. Selepas sekian lama di pasaran, dan muncul pelbagai model pesaing yang serba mengancam dan canggih, pengeluar automotif Jerman itu akhirnya memperkenalkan Jetta baharu pada 15 Januari lalu sempenan Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2019 di Detroit.

BACA >>> Volkswagen Lancar Kempen Iklan Konsep Remaja 'Betta Getta Jetta'

LEBIH EKSPRESIF

Volkswagen masih mengekalkan DNA konservatif untuk Jetta baharu itu, tetapi masih tidak memadai. Jadi, sempena Pameran Auto Chicago 2019, satu lagi varian diperkenalkan, Jetta GLI (2019). Sebenarnya, tidak banyak perbezaan kosmetik antara Jetta GLI dan Jetta, cuma beberapa kemasan merah dan hasilnya sedan ini tampil lebih ekspresif.

Gaya ekspresif sangat diperlukan Volkswagen memandangkan ia sudah jadi trend di kalangan pengeluar masa kini. Ini kerana Jetta dibina untuk memenuhi pelanggan di Amerika Syarikat (AS) dengan rekabentuk lebih menyerlah dan ruang dalaman luas berbanding model terdahulu, termasuk dilengkapi teknologi terkini.

Volkswagen memaklumkan, Jetta GLI akan tampil lebih berkuasa dengan pengendalian jitu dan dimuatkan beberapa ciri model yang dikongsi bersama GTI dan Golf R.

Berikut Ciri Volkswagen Jetta GLI (2019)

  • Dikuasakan enjin 2.0L EA888 TSI berkuasa 228hp (minyak premium) dan tork 349Nm. Enjin digunakan sama seperti Golf GTI.
  • Dipadankan transmisi manual 6-kelajuan atau automatik dual klac (DCT) 7-kelajuan DSG.
  • Model automatik dilengkapi teknologi Mula/Henti.
  • Ada empat mod pemanduan: Normal, Sport, Eco, dan Custom.
  • Dibina atas platform MQB VW.
  • Suspensi sport dengan kedudukan kereta 0.6 inci lebih rendah berbanding Jetta standard.
  • Lampu depan projektor LED dengan lampu siang LED.
  • Gril sarang lebah @ hoenycomb hitam dengan kemasan merah ala GTI.
  • Lampu belakang LED dengan spoiler but dan difuser bampar dengan ekzos kembar .
  • Brek Golf R dengan kaliper merah.
  • Rim aloi 18 inci khas untuk GLI.
  • Model khas ulang tahun ke-35 dilengkapi rim hitam dengan trim merah, bumbung hitam, cermin sisi hitam, spoiler but hitam dan logo ulang tahun ke-35 pada bahagian luar dan dalam.

Jetta GLI ialah model khusus untuk pasaran AS dan berbeza dengan Jetta pasaran lain. Jetta pasaran Malaysia biasanya mirip Jetta Eropah yang lebih konservatif. Namun itu tidak menghalang pemilik Jetta tempatan mengubah suai kereta mereka kepada versi GLI dan nyata ia berbeza dan lebih sporty.

BACA >>> Volkswagen Sediakan Bajet Pemasaran RM7.1 Bilion Menjelang 2020

GALERI
VW Jetta GLI (2019) Amerika Syarikat
Roda4 Sedan Volkswagen Volkswagen Jetta GLI (2019) Volkswagen USA vw VW Jetta VW Jetta GLI
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

28/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026

1 Comment

  1. Kiruvaagaran on 13/02/2020 13:17

    Jetta gli ini memang sungguh cantik Dari teknologi……adakah jetta 2019 mula di pasarkan Di Malaysia?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.