• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Lancar Kempen Iklan Konsep Remaja 'Betta Getta Jetta'

Volkswagen Lancar Kempen Iklan Konsep Remaja 'Betta Getta Jetta'

May 22, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN (VW) tampil unik menerusi penggunaan perkataan rima (rhyme) lama dalam siri iklan Jetta terbaharu. Iklan tersebut dinamakan 'Turb-Whoa', 'Bass', 'Rings', 'Puzzle', 'App-Magnet' dan banyak lagi yang menyerlahkan pembaharuan dan ciri premium sedan itu.

Iklan tersebut bukan saja memaparkan kualiti Jetta yang diperhalusi, tetapi juga memuatkan muzik lebih 12 artis daripada label Interscope Records, termasuk YUNGBLUD, Gryffin, Louis the Child, Kali Uchis, dan artis lain (Siapa ni?).

BACA >>> Miliki Volkswagen Jetta Comfortline pada Kadar Faedah Serendah 0.88%

Pengarah Eksekutif Kreatif VW di Jerman, Todd Riddle berkata, untuk melancarkan semula kenderaan paling ikonik itu, Volkswagen mahu mengetengahkan sisi remaja dan keseronokan untuk jenama tersebut.

"Kami menggunakan teknik pengeluaran berbeza dan muzik dalam cara yang tidak pernah kami lakukan sebelum ini. Ini gambaran sempurna mengenai jiwa jenama ini sambil memberi isyarat perkembangan penting dengan Jetta baharu," katanya.

SEDAN YANG SOLID

Berdasarkan pandu uji dilakukan media di Amerika Syarikat (AS), Jetta baharu dikatakan sebuah sedan yang cukup solid dan mampu melakukan banyak perkara diharapkan.

Walaupun Atlas dan Tiguan memberikan banyak kejayaan kepada VW, itu tidak bermakna harapan tidak diletakkan kepada Jetta untuk meneruskan kejayaan sama.

Apatah lagi, penamplan Jetta kali ini direka khas untuk cita rasa Amerika Utara. Jetta dijual pada harga bermula AS$18,545 (RM73,734), iaitu kurang AS$100 (RM398) berbanding Jetta sedia ada).

SUMBER: AutoGuide

Related

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: iklan, Iklan Komersial, Roda4, Todd Riddle, videotomotif, Volkswagen, Volkswagen Jetta, Volkswagen Jetta (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev