Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Golf GTI (2022) CKD Kini di Malaysia, Harga RM211k!
Roda4

Volkswagen Golf GTI (2022) CKD Kini di Malaysia, Harga RM211k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan Golf GTI  (2022) serba baharu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Didakwa raja hatchback, GTI dikatakan model yang mentafsirkan erti sebenar kereta sport kompak.

BACA >>> Volkswagen Golf R Mk8 (2022) Tiba Di Malaysia, Harga Mula RM356k!

Berikut perincian Gold GTI (2022):

WARNA DAN HARGA 

  • Ada lima warna pilihan disediakan, iaitu siri metalik Kings Red (merah) dan Atlantic Blue (biru), serta bukan metalik Moonstone Grey (kelabu), manakala dua warna lain ialah siri mutiara (pearl), Deep Black (hitam) dan Oryx White (putih).

HARGA 

  • Ditawarkan pada harga RM211,689.54, termasuk pengecualian cukai jualan, dan dipakejkan servis percuma 3 tahun tanpa had perbatuan, berserta bantuan jalanan 5 tahun.

TRENKUASA

  • Dijana enjin turbo 2.0 TSI dengan transmisi klac basah DSG 7-kelajuan berkuasa 241.6hp dan tork 370Nm.
  • Dilengkapkan sistem Pengurusan Dinamik Kenderaan (VDM) untuk tetapan pemanduan kustom.
  • Ada beberapa mod pra set dan juga individu. Anggaran penggunaan bahan api 7 liter per 100km.

REKABENTUK 

  • Dilengkapi gril depan sarang lebah (honeycomb) dan aksen merah sebagai signatur varian GTI.
  • Dipasangkan rim aloi Richmond 18 inci, kaliper merah dan sistem lampu LED penuh untuk lampu utama dan lampu belakang.

KABIN

  • Ruang kabin mengetengahkan gaya progresif, inovatif dan intuitif dengan kerusi sport merah dan suhu aktif yang boleh disesuaikan mengikut cuaca panas atau sejuk.
  • Kerusi pemandu dengan fungsi memori, sokongan lumbar, dan boleh laras elektrik. Tempat duduk menggunakan material kulit Vienna.
  • Mengetengahkan konsep Driver’s Workspace, iaitu suasana kabin digital penuh yang menawarkan keselesaan, kemudahandan konektiviti lebih lancar.
  • Menampilkan Digital Cockpit generasi baharu 10.25 inci dengan multi paparan dan warna tema.
  • Stereng multifungsi dengan kawalan sentuh haptik dan ciri pemanas.
  • Sistem infotainmen Discover Media dengan skrin 10 inci berserta sistem navigasi terbina dalaman 3 dimensi (3D), konektiviti wayarles Apple CarPlay dan Android Auto bersama tujuh unit pembesar suara.
  • Dilengkapi ciri arahan suara dengan sebutan ‘Hello Volkswagen’ atau menekan butang suara pada stereng. Sistem kemudian memberikan respons kepada arahan suara intuitif. Contohnya, cuma sebut “I’m cold” untuk menaikkan suhu penyaman udara.
  • Mempunyai sistem dan kualiti pengecaman suara lebih baik untuk panggilan telefon. Sistem dikatakan mampu membezakan arahan suara sama ada pemandu atau penumpang.
  • Ada 30 warna ambien pilihan yang boleh disambungkan kepada mode pandu atau mengikut mood pemandu dalam lima pilihan warna: Infinity, Eternity, Desire, Euphoria dan Vitality.
  • Sistem penyaman udara jenis Climatronic 3-zon. Tetapan uhu boleh diubah dengan sentuhan jari atau arahan suara.
    Juga ada dua mod tambahan: Smart Climate dan Classic Climate dengan dilengkapi ciri Air Care untuk menapis debunga, spora dan partikel bawaan angin.
  • Luas kargo buat 374 liter.
  • Ada ciri akses kabin pantas kerana pintu kereta dibuka automatik apabila mengesan kunci dalam zon pengesanan tertentu.
  • Ada ciri Indikator Kehilangan Tekanan Tayar sebagai amaran jika tekanan tayar semakin rendah.

KESELAMATAN

Golf GTI terhasil dalam binaan frem membabitkan kombinas besi berkualiti tinggi untuk menawarkan perlindungan maksimum kepada penumpang jika berlaku kemalangan. Juga ada teknologi keselamatan berikut:

  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Sistem Brek Pra-Perlanggaran
  • Kunci Diferensial Elektronik (XDS)
  • 6 beg udara

BACA >>> Saintis Bangunkan Telefon Pintar dengan Fungsi Pengesan Mabuk
BACA >>> Tak Minat Kuasai Asean, Perodua Mahu Jadi Jaguh Malaysia!
BACA >>> Volkswagen Golf R32 (2004) dengan Kondisi Bilik Pameran Dilelong RM259k!
BACA >>> Pemandu Volkswagen Mabuk Rempuh Pesawat Tempur Sampai Terbakar
BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Wagon R+ Kompak dari Jepun yang Pernah Laku Keras di UK

Golf GTI Mk8 2022 Litar Antarabangsa Sepang (SIC) raja hatchback Roda4 SIC Volkswagen Golf GTI (2022) Volkswagen Golf GTI CKD Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) Volkswagen Passenger Cars Malaysia VPCM
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.