Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Voge DS800 Rally Bakal Masuk Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi!
Auto Terkini

Voge DS800 Rally Bakal Masuk Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU seminggu Malaysia menyaksikan pelancaran motosikal advencer Voge DS900X, PanduLaju difahamkan pasaran kita bakal menerima satu lagi model motosikal baharu berkapasiti lebih kecil.

Model itu ialah Voge DS800 Rally yang pernah debut di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2024 di Itali, dan untuk pasaran global dijangka dilancarkan tahun ini.

Khabarnya, Malaysia mungkin menyambut ketibaan Voge DS800 Rally sekitar Julai ini, tetapi itu cuma maklumat awal yang diperoleh selepas sesi pembentangan rancangan Voge ketika lawatan bersama MForce Bike Holdings (MForce Bike) di kilang Loncin di Chongqing, China baru-baru ini.

Spesifikasi Voge DS800 Rally sudah dikeluarkan untuk pasaran global, iaitu:

  • Trenkuasa dwi-silinder 798cc DOHC 8-injap penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 93.8hp @ 9,000rpm dan tork 81Nm @ 6,500rpm.
  • Transmisi manual 6-kelajuan.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) KYM di depan dan monoshock KYB di belakang. Kedua-dua boleh laras.
  • Sistem brek cakera kembar (depan) dan cakera tunggal (belakang) dengan kaliper brek Nissin.
  • Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran, Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).
  • Rim jejari 21 inci depan dengan tayar 90/90 di depan, dan rim belakang 18 inci dengan tayar 150/70 (belakang).
  • Sistem lampu LED penuh.
  • Panel meter digital TFT berwarna 7 inci.
  • Dimensi panjang 2,380mm, lebar 910mm, dan tinggi 1,460mm.
  • Tinggi pelana 850mm dan jarak tinggi bumi 220mm.
  • Berat bersih 213kg.
  • Kapasiti tangki petrol 24 liter.
MForce Bike Holdings (MForce Bike) motosikal advencer roda2 Voge VOGE DS800 Rally
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Bontu Masuk Eropah, Lagi Syarikat dari China, Tawar Kuadrisikal EV

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.