Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Vision Ralliart Concept (2022) – Jelmaan SUV Mitsubishi Outlander Versi Sporty
Roda4

Vision Ralliart Concept (2022) – Jelmaan SUV Mitsubishi Outlander Versi Sporty

Abang HirataBy Abang Hirata09/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI juga mengharapkan Mitsubishi mengeluarkan semula sedan prestasi Lancer Evolution. Cuma pengeluar itu tiada sedan, kecuali Mirage G4 (Attrage) yang sudah pun berusia.

Mitsubishi kini lebih menumpukan perhatian kepada kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) seperti Outlander, Eclipse Cross, Outlander Sport (ASX) dan Xpander selain fokus kepada trenkuasa elektrifikasi seperti hibrid plug-in (PHEV) dan elektrik (EV).

BACA >>> Ralliart Kembali! Perkenal Model Edisi Khas Triton, Pajero Sport!

Namun, Mitsubishi pada pertengahan 2021 mengumumkan hasrat memperkasakan kembali bahagian permotoran Ralliart dengan memperkenalkan Triton Ralliart dan Pajero Sport Ralliart pada November 2021 di Bangkok, Thailand. Walaupun sekadar kosmetik, itu sudah cukup menandakan Ralliart sudah kembali ke pasaran arus perdana.

Menjelang Tokyo Auto Salon (TAS) 2022 pada Januari lalu, Mitsubishi berkongsi satu foto misteri yang mendedahkan kehadiran model khas Ralliart yang akan dibawa ke pameran itu. Segalanya jelas apabila tirai dibuka apabila Mitsubishi mempamerkan SUV Vision Ralliart Concept yang diubah suai daripada SUV Outlander generasi keempat (2021).

SUV itu digunakan  sebagai platform bagi menjelaskan wawasan Mitsubishi untuk Ralliart baharu selain menguarkan kejuruteraan dan kesungguhan syarikat dalam monozukuri (kemahiran pembuatan).

BACA >>> Mitsubishi Siar Foto Acah Outlander Serba Baharu, SUV Penting untuk Saingan Global
BACA >>> Ralliart Ada Model Baharu Bulan Ini? Mitsubishi Kongsi Gambar Misteri

Berikut apa dapat dihuraikan mengenai Vision Ralliart Concept (2022):

  • Menampilkan gaya menonjol seakan mahu mendominasi jalan raya dengan wajah asal Outlander yang sedia garang.
  • Perbezaan ketara ialah gril penuh yang menutup radiator dengan corak heksagon dan difuser belakang besar ala jentera lumba. Bampar depan dan belakang juga tampil menonjol.

  • Bahagian tepi dipasangkan gerbang roda tebal dan lebar serta skirt sisi yang mengimbau gaya Lancer Evolution.
  • Warna badan hitam kusam dengan efek unik. Apabila dijamah cahaya, badan kereta akan menunjukkan bayangan biru yang menzahirkan ekspresi mendalam dan pelbagai dimensi serta menyerlahkan imej premium.
  • Menggunakan rim saiz 22 inci yang sepadan gerbang roda lebar.
  • Tugas menghentikan SUV ini diberikan kepada brek cakera 6-piston.
  • Tiada maklumat kuasa dikongsikan perincian. Sebagai rujukan Outlander pasaran Jepun dijana enjin PHEV 4B12 2.4L MIVEC dengan motor elektrik dan pacuan motor kembar pacuan empat roda (4WD).
  • Outlander pasaran Jepun ditawarkan dalam pilihan 5 atau 7-kerusi.
  •  Mengenai harga, varian asas Outlander M (5-kerusi) dijual 4,621,100 yen (RM170,160).

BACA >>> Mitsubishi No 3 dalam Kajian Kualiti Awalan JD Power di Amerika!
BACA >>> Belum Masa Lancar Mitsubishi Lancer Evo Baharu

SUMBER DAN KREDIT FOTO: MitsubishiMotorsCorporation

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mitsubishi Mitsubishi Outlander Mitsubishi Vision Ralliart Concept (2022) RALLIART Roda4 SUV Vision Ralliart Concept
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.