• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ralliart Ada Model Baharu Bulan Ini? Mitsubishi Kongsi Gambar Misteri

Ralliart Ada Model Baharu Bulan Ini? Mitsubishi Kongsi Gambar Misteri

January 2, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

493
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini kami ada melaporkan hasrat Mitsubishi Motors Corporation (MMC) mahu menghidupkan semula jenama prestasi Ralliart.

Hasrat tersebut dikotakan apabila pengeluar itu memperkenalkan bukan satu, tetapi dua model, Triton Ralliart dan Pajero Sport Ralliart pada 30 November 2021 di Bangkok, Thailand.

BACA >>> Ralliart Kembali! Perkenal Model Edisi Khas Triton, Pajero Sport!

Nampaknya ada lagi buah tangan apabila Mitsubishi mengesahkan bakal mempamerkan model konsep Ralliart di Tokyo Auto Salon (TAS) 2022, bulan ini. Bersama pengesahan tersebut, Mitsubishi berkongsikan gambar difuser bampar belakang dengan lencana Ralliart.

Adakah Mitsubishi bakal mengeluarkan model baharu atau dijenamakan saja daripada model sedia ada?

Memang sukar meneka, dan berdasarkan gambar ia tidak sama seperti Xpander yang baru dilancarkan November tahun lalu. Kecuali Mirage G4 (Atrrage) yang dijual di Amerika Syarikat (AS), Mitsubishi tiada sedan baharu.

BACA >>> Mitsubishi Mirage (2021) Diperkenal di AS, Kini Lebih Moden, Bergaya!

Sebagai rujukan, sebelum Triton Ralliart dan Pajero Sport Ralliart diperkenalkan, Mitsubishi mempunyai Lancer Sportback Ralliart yang dikeluarkan pada 2008. Mungkin juga model Ralliart dimaksudkan itu ialah kenderaan utiliti sukan (SUV)?

Selepas sedan, SUV Mitsubishi menumpukan perhatian pada model seperti Eclipse Cross, ASX, Pajero Sport dan Outlander. Selain SUV, Mitsubishi juga sibuk dengan kenderaan elektrifikasi sejak sekian lama dan juga menjadi pengeluar pertama melancarkan kereta elektrik pengeluaran massa i-MiEV pada 2009.

BACA >>> Mitsubishi No 3 dalam Kajian Kualiti Awalan JD Power di Amerika!

Kei EV Concept dikatakan menggunakan platform sama seperti konsep Nissan lmk

Manifestasi tersebut bakal diteruskan melalui Kei EV Concept yang juga bakal ditayangkan pada TAS 2022. Model itu membawakan pakej pengendalian mudah dalam saiz praktikal sebuah kei car (kereta mini) dengan prestasi berkuasa sebuah EV selain teknologi bantuan pemanduan dan teknologi konektiviti.

BACA >>> Mitsubishi Airtrek EV (2022), Tiada Lagi Turbo, Kini Guna Bateri!
BACA >>> Mitsubishi No 3 dalam Kajian Kualiti Awalan JD Power di Amerika!

Mitsubishi Triton Ralliart dan Pajero Sport Ralliart
Mitsubishi Triton Ralliart.04
Mitsubishi Triton Ralliart.01
Mitsubishi Triton Ralliart.02
Mitsubishi Triton dan Pajero Sport Ralliart.01
Mitsubishi Pajero Sport Ralliart.01
Mitsubishi Pajero Sport Ralliart.02
Mitsubishi Pajero Sport Ralliart.03

Artikel Berkaitan

493
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Mitsubishi, Mitsubishi Ralliart, RALLIART, roda2, Tokyo Auto Salon (TAS) 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?
    #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my