Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Viper Niza Racing Sasar Hat-Trick Podium di 12 Hours of Spa Francorchamps
Sukan Permotoran

Viper Niza Racing Sasar Hat-Trick Podium di 12 Hours of Spa Francorchamps

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam15/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PASUKAN Malaysia, Viper Niza Racing Team, kembali ke litar legenda Spa Francorchamps hujung minggu ini dengan satu misi besar — memburu podium ketiga dalam tiga kunjungan ke perlumbaan endurance ikonik di Belgium.

Berlumba dalam pusingan kedua Michelin 24H Series yang berlangsung dari 17 hingga 19 April, pasukan ini hadir dengan rekod cukup meyakinkan di Spa. Dua kali datang, dua kali naik podium. Kali ini, sasaran mereka jelas: jadikan ia tiga daripada tiga.

Rekod Cemerlang di Spa Francorchamps

Tahun lalu, trio Douglas Khoo, Dominic Ang dan Melvin Moh mempamerwkan aksi cukup mantap apabila membawa jentera #65 Mercedes-AMG GT3 EVO ke tempat kedua dalam kelas GT3 AM, keempat dalam kategori GT3, dan keenam keseluruhan daripada 37 penyertaan antarabangsa.

Lebih menarik, ini bukan kali pertama mereka mencipta kejayaan di Spa. Pada penampilan sulung di litar tersebut pada tahun 2019, ketiga-tiga pelumba sama pernah menjuarai kelas PRO/AM dalam perlumbaan TCR SPA500menggunakan SEAT Cupra TCR DSG.

Momentum Positif Dari Mugello

Sebelum tiba di Belgium, Viper Niza Racing memulakan kempen Michelin 24H Series musim ini di Mugello, Italibulan lalu. Pasukan itu berjaya menamatkan perlumbaan 12 jam di tempat keempat kelas GT3-AM, selain kedudukan kelapan GT3 dan ke-10 keseluruhan selepas melengkapkan 344 pusingan.

Keputusan itu memberi keyakinan tambahan menjelang aksi di Spa, sebuah litar yang terkenal dengan cabaran teknikal
dan kelajuan tinggi.

Spa: Litar Pantas, Cuaca Sukar Dijangka

Spa Francorchamps bukan nama asing dalam dunia perlumbaan endurance. Dengan panjang 7.004 km dan 19 selekoh, litar bersejarah ini dianggap antara trek paling laju dan paling mencabar di dunia.

Selain susun atur yang teknikal, cuaca di Spa juga cukup terkenal dengan sifatnya yang sukar dijangka. Tahun lalu, sesi latihan bebas berlangsung dalam keadaan trek basah, namun perlumbaan sebenar pula diadakan dalam keadaan
kering sepenuhnya.

Fokus Pada Strategi, Konsistensi

Menurut Prinsipal Pasukan merangkap pemandu utama, Douglas Khoo, pengalaman lalu tidak boleh dijadikan jaminan.

“Itulah keindahan Spa Francorchamps — sifatnya yang tidak boleh dijangka. Kami datang dengan persediaan rapi, strategi perlumbaan yang jelas dan fokus penuh. Sasaran kami podium, tetapi dalam perlumbaan endurance, untuk menang, anda perlu pastikan kereta tamat perlumbaan terlebih dahulu.”

Pendek kata, pasukan tidak mahu terlalu selesa dengan kejayaan lalu dan kekal fokus kepada konsistensi sepanjang
perlumbaan 12 jam.

Saingan Lebih Sengit, 44 Kereta Atas Grid

Sebanyak 44 kereta akan memulakan perlumbaan hujung minggu ini, menjadikan persaingan jauh lebih sengit.
Kategori GT3 akan dibarisi paling banyak jentera Mercedes-AMG GT3 EVO, termasuk pasukan HOFOR Racing, juara keseluruhan dan GT3-AM tahun lalu. Turut menjadi pencabar utama ialah Audi R8 milik Continental Racing by Simpson Motorsport, yang muncul naib juara GT3-AM di Mugello.

Sokongan Penaja

Kempen Viper Niza Racing musim ini turut mendapat sokongan daripada beberapa nama besar termasuk Motul, IWCsebagai jenama jam rasmi, Momentum Autoparts, dan SPARCO Italy.

Bagi peminat motorsport tempatan, hujung minggu ini pasti antara aksi yang wajib diberi perhatian — mampukah pasukan Malaysia ini mencipta hat-trick podium di Spa?

Litar Mugello litar Spa-Francorchamps Mercedes-AMG GT3 EVO Perlumbaan endurance Perlumbaan endurance 12 Hours of Spa Francorchamps Viper Niza Viper Niza Racing
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Moto3

    Hakim Danish Cipta Sejarah Di Mugello, MB Terengganu Sifatkan Kejayaan Luar Biasa

    03/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Marc Marquez Dijangka Kembali Berlumba Di Mugello

    28/05/2026
    Wing Hin Motorsports raih dua kemenangan, enam podium di Thailand Super Series (TSS) 2026
    Sukan Permotoran

    Wing Hin Motorsports Raih Dua Kemenangan, Enam Podium di Thailand Super Series (TSS) 2026

    26/05/2026
    Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4
    Sukan Permotoran

    Qabil Irfan Raih 13 Mata di Barcelona, Azam Lebih Agresif di Portugal

    26/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.