Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Vietnam Lancar Warna Baharu Kawasaki Ninja ZX-25R SE (2022), Lebih Mahal, Harga RM35k!
Roda2

Vietnam Lancar Warna Baharu Kawasaki Ninja ZX-25R SE (2022), Lebih Mahal, Harga RM35k!

AryonBy Aryon06/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEDAR tidak sedar sudah setahun Kawasaki Ninja ZX-25R berada di pasaran Vietnam, dan kini tiba masa sportbike suku liter 4-silinder itu menerima naik taraf untuk edisi 2022. Bagaimanapun pembaharuan diberikan cuma pada skema warna dan harga.

Berikut perincian Ninja ZX-25R SE (2022) versi Vietnam:

BACA >>> Sumber: Modenas Takkan Bawa Masuk Kawasaki Ninja ZX-25R?

  • Di Vietnam hanya ada dua model 250cc tulen dijual di pasaran, iaitu Ninja ZX-25R dan Suzuki Gixxer SF250.
  • Ninja ZX-25R pantas menarik perhatian pembeli Vietnam kerana menjadi satu-satunya motosikal 250cc dengan enjin 4-silinder.

  • Versi dilancarkan ini ialah ZX-25R SE (2022) yang mudah dicam menerusi visor angin gelap (smoke) berbanding transparen untuk varian standard. Di Vietnam, Kawasaki cuma menjual varian SE sahaja.
  • Dilengkapi rim 17 inci dengan tayar 110/70 di depan dan 150/60 di belakang yang diapit brek cakera 310mm.
  • Bahagian suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock Showa, tetapi bukan jenis boleh laras.
  • Berbanding model lama, rekaan grafik dekal masih sama  secara keseluruhan, cuma melakukan sedikit ubah suai pada garis warna.
  • Dipasangkan kit antiparkir yang banyak dipasang pemilik motosikal untuk mengurangkan kesan calar ketika memarkir atau terjatuh.

  • Panel meter kekal sama yang menggabungkan meter analog dan digital.
  • Tangki minyak dicat kusam dengan strip di tengah supaya tampak lebih menyerlah berbanding model terdahulu. Kapasiti tangki minyak ialah 15 liter.

  • Trenkuasa dijana ejin 4-silinder 250cc penyejukan cecair berkuasa 43.5hp @15,500 rpm dan tork 21.2Nm @ 13,000 rpm. Apabila digabungkan dengan sistem ambilan ram-udara, kuasa sportbike ini mampu meledak hingga 44.5hp.
  • Di Vietnam, kelebihan Ninja ZX-25R berbanding sportbike lain di bawahn segmen 400cc ialah teknologi bantuan penunggang seperti mod tunggang, kawalan traksi 3-tahap, dan Quick Shifter 2-hala.
  • Harga jualan ialah 191 juta dong (RM35,050), lebih mahal 2 juta dong (RM370) berbanding model 2021. Harga baharu itu juga hampir menyamai Ninja 650, 197 juta dong (RM36,155).

BACA >>> #BikinMotor: Kawasaki Ninja ZX-25R (2021) Ubah Jadi Cafe Racer Neo-Retro
BACA >>> Kawasaki Jepun Umum Skema Warna Baharu Ninja 250, Ninja ZX-25R (2022)

SUMBER: Zingnews

Auto Terkini Kawasaki Kawasaki Ninja ZX-25R SE (2022) Kawasaki Vietnam Kawasaki ZX-25R SE (2022) roda2 sportbike sportbike 250cc
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.