Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Videotomotif: Mampukah Ciri-Ciri Proton Ertiga Ini Pikat Hati Anda?
Auto Terkini

#Videotomotif: Mampukah Ciri-Ciri Proton Ertiga Ini Pikat Hati Anda?

Abang GYLBy Abang GYL28/11/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ciri-ciri proton ertigaMODEL MPV kompak EEV pertama, Proton Ertiga sudahpun selamat mendarat dan dijual pada harga bermula RM58,800 hingga RM64,800.

Kami yakin ramai di antara anda sudah memandu uji model MPV ini di bilik pameran Proton. Soalan paling banyak yang kami terima ialah kenapa Proton memilih Ertiga dan bukannya model lain?

MODEL REBADGED

Sedia maklum, Proton Ertiga adalah model rebadged daripada Suzuki Ertiga selepas Proton memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Suzuki Corp Japan. Menerusi perjanjian itu, Suzuki akan berkongsi produk, teknologi dan kepakaran untuk bersama Proton menghasilkan kenderaan, terutama segmen kompak.

Memandangkan Suzuki Ertiga tidak pernah menjengah pasaran Malaysia, kami berpendapat pengenalan MPV itu sebagai strategi pemasaran terbaik. Apatah lagi jika mengambil kira reputasi Ertiga sebagai antara model MPV terlaris di pasaran Indonesia.

BACA >>> Proton Ertiga Premium Sentuhan Ajerul Antoine – Meleleh Beb!!!

proton ertigaPENAMPILAN SAMA

Dari segi penampilan, tubuh badan Proton Ertiga boleh dikatakan hampir 95 peratus sama seperti Suzuki Ertiga di pasaran Indonesia.

Kelaianan paling ketara ialah pada bahagian belakang. Selain itu, tidak banyak perubahan dilakukan oleh Proton. Cuma logo Suzuki sahaja ditukarkan kepada Proton.

Kami sempat bertanya Proton, kenapa tidak banyak perubahan? Jawapan mereka ringkas, kereta sudah cantik dan menarik, buat apa mahu tukar lagi? Mungkin betul juga jawapan Proton. Kereta sudah sempurna, buat apa mahu menggedik lagi?

BACA >>> Kenapa Orang Ramai Perlu Pilih Proton Ertiga? Inilah 5 Jawapan Ringkas Diberikan Oleh Proton…

proton-ertiga-2016_pandulajudotcomdotmy-64ENJIN KEKAL

Bagi pasaran Malaysia, Proton Ertiga menggunakan enjin sedia ada, K14B bersesaran 1.4L yang mampu menghasilkan kuasa 90hp dan tork 130Nm. Tiada sebarang perubahan mekanikal dan pengendalian. Masih asli dengan cita rasa Jepun.

proton-ertiga-2016_pandulajudotcomdotmy-55JIMAT MINYAK

Selari dengan status EEV, fakta di bawah ialah kadar penggunaan bahan api yang dicatatkan Proton Ertiga;

  • Proton Ertiga Manual – 5.7L per 100km
  • Proton Ertiga Auto – 6L per 100km

MAMPUKAH IA PIKAT HATI ANDA

Persoalannya, mampukah ciri-ciri Proton Ertiga ini berjaya memikat hati anda? Adakah ia berbaloi dimiliki? Apa kata kita saksikan video ini.

Bagi anda yang ingin ketahui lebih lanjut, apa kata anda pandu uji terlebih dahulu di pusat pameran terdekat. Jika sudah berkenan, cepat-cepat bayar pendahuluan. Bukan apa, takut stok habis dan perlu tunggu masa lama pula 🙂

GALERI

proton ertiga
proton ertiga
ciri proton ertiga ciri-ciri proton ertiga MPV kompak Proton Proton Ertiga Suzuki Ertiga
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.