Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Vespa Officina 8 GTV 300 & Sprint 150 2026 Rasmi di Malaysia, Harga Mula RM22K
Auto Terkini

Vespa Officina 8 GTV 300 & Sprint 150 2026 Rasmi di Malaysia, Harga Mula RM22K

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam22/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

VESPA Malaysia merasmikan Officina 8 GTV 300 dan Officina 8 Sprint 150 di Malaysia bagi model tahun 2026.

Officina 8 GTV 300 ditawarkan pada harga RM37,900, manakala Officina 8 Sprint 150 pula berharga RM22,000. Harga yang diumumkan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Tawaran dan Kemasan Di Malaysia

Kedua-dua model hanya ditawarkan dalam satu pilihan warna iaitu Blu Officina 8, selari dengan tema warisan industri Piaggio. Logo Vespa dan Officina 8 menerima kemasan warna emas, termasuk rim roda, manakala pelana menampilkan jahitan kontras berkembar dengan rivet gangsa berkilat.

Varian GTV 300 turut dilengkapi penutup belakang (rear cowl) yang diinspirasikan daripada Vespa perlumbaan era 1950-an.

Spesifikasi Enjin & Perbezaan Model

Vespa Officina 8 GTV 300 dikuasakan enjin satu silinder 300 cc HPE, empat injap, penyejukan cecair yang menghasilkan 23.8hp, dengan lampu hadapan dipasang pada pelindung lumpur hadapan sebagai rujukan kepada jentera perlumbaan klasik Vespa. Model ini juga menampilkan hendal terdedah dengan paparan LCD bulat serta cermin sisi jenis bar-end gaya perlumbaan.

Sementara itu, Officina 8 Sprint 150 menggunakan enjin satu silinder i-GET 154 cc, penyejukan udara, tiga injap yang menghasilkan 12.5hp pada 7,750rpm dan tork maksimum 12.3Nm pada 6,750rpm. Ia mengekalkan rekaan hendal konvensional dengan gabungan meter analog dan digital, menjadikannya pilihan bergaya klasik moden untuk tunggangan harian.

Vespa Officina 8 GTV 300

Vespa Officina 8 Sprint 150

Auto Terkini skuter Vespa Vespa Malaysia Vespa Officina 8 GTV 300 Vespa Officina 8 Sprint 150
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    15/05/2026
    Roda2

    MODENAS Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    15/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    15/05/2026
    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.