Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»VCM Buka Tempahan Volvo EX90, XC90 untuk Pasaran Malaysia, Harga Anggaran RM450k
Auto Terkini

VCM Buka Tempahan Volvo EX90, XC90 untuk Pasaran Malaysia, Harga Anggaran RM450k

SyafieBy Syafie17/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

VOLVO Car Malaysia (VCM) membuka tempahan untuk dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) premium 7-kerusi terbaharu, Volvo EX90 2025 dan XC90 2025 facelift sebagai pilihan baharu dalam barisan kenderaan elektrik (EV) wakil pengeluar itu.

Menariknya, Malaysia adalah antara pasaran pertama Asia Pasifik yang memperkenalkan Volvo EX90 selepas pelancaran di Thailand tahun lalu. Harga pasaran tempatan kedua-dua model itu dianggarkan sekitar RM450,000, dengan perincian lebih lanjut mengenai varian dan spesifikasi akan diumumkan tidak lama lagi.

Volvo EX90 2025

Volvo EX90 ialah model elektrik penuh (BEV) pertama Volvo dalam konfigurasi 7-kerusi sebagai pilihan kepada mereka yang mencari SUV premium berteknologi tinggi.

Sebagai model yang menetapkan penanda aras baharu, Volvo EX90 dilengkapi arkitektur pengkomputeran teras canggih, dan teknologi keselamatan terkini. Ini ditambah keupayaan perisian yang boleh terus dikemas kini secara atas talian (OTA) sepanjang tempoh pemilikan.

Dari segi prestasi, Volvo EX90 menawarkan keseimbangan sempurna antara kemewahan dan prestasi. Dengan jarak pemanduan elektrik lebih 600km, SUV ini mampu memecut 0-100kmj sepantas kurang 5 saat, prestasi luar biasa untuk SUV sekelas.

Tidak ketinggalan, sistem audio Bowers & Wilkins High Fidelity menawarkan pengalaman bunyi premium, manakala tempat duduk 7-kerusi boleh dilipat automatik dengan hanya satu sentuhan punat untuk memberikan ekstra ruang kargo.

Volvo XC90 2025 facelift

Volvo XC90 T8 2025
Volvo XC90 T8 2025

Kepada mereka yang lebih cenderung kepada pilihan hibrid plug-in (PHEV), Volvo XC90 2025 facelift baharu ini menawarkan SUV ikonik yang penuh dengan warisan sejarah pengeluar asal Skandinavia itu.

Volvo XC90 2025 adalah antara model paling popular Volvo sejak diperkenalkan, dan kini menampilkan perubahan besar pertama selepas 10 tahun dengan rekabentuk lebih segar dan antaramuka pengguna lebih moden.

Pada masa sama SUV ini kekal mempertahankan praktikaliti sebagai kelebihan utama yang kini lebih mirip kepada model EV Volvo.

Kedua-dua Volvo EX90 dan XC90 baharu adalah sebahagian usaha Volvo Cars untuk memacu elektrifikasi. Dalam definisi Volvo Cars, kedua-dua model tersebut merujuk kepada kenderaan yang menggunakan kabel pengecas sebagai bukti komitmen untuk mencapai sasaran kelestarian global dan emisi sifar menjelang 2040.

Pengarah Urusan VCM, Chris Wailes berkata;

Dengan pelancaran Volvo EX90 dan XC90 baharu, kami terus bergerak ke arah sasaran global untuk mencapai 90 hingga 100 peratus jualan kenderaan elektrifikasi sebelum akhir dekad ini. Tahun lalu, lebih 80 peratus jumlah jualan kami terdiri daripada model BEV dan PHEV.”

“EX90 adalah tambahan menarik dalam portfolio BEV kami, direka khas buat pelanggan yang memerlukan lebih ruang, kemewahan, keselesaan, dan teknologi dalam sebuah SUV elektrik penuh. Sementara itu, XC90 baharu pula melengkapkan barisan ’90’ dengan memberi nafas baharu kepada SUV ikonik ini.”

Pelanggan berminat dengan Volvo EX90 atau XC90 baharu boleh membuat pratempahan melalui pautan https://90-90.volvocarmalaysia.com. Maklumat lanjut mengenai barisan kenderaan elektrifikasi VCM boleh layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook dan Instagram.

Volvo EX90
Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Hibrid Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) SUV Premium 7-Kerusi VOLVO Car Malaysia (VCM) Volvo EX90 Volvo XC90
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.