Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Valentino Rossi Sah ke Petronas Yamaha SRT Musim Depan!
Auto Terkini

Valentino Rossi Sah ke Petronas Yamaha SRT Musim Depan!

AryonBy Aryon26/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TEKA-teki hala tuju pelumba legenda, Valentino Rossi terjawab hari ini apabila beliau secara rasmi mengesahkan menyambung kontrak bersama pasukan Malaysia, Petronas Yamaha SRT untuk Kejuaraan Dunia MotoGP 2021.

Ini ialah kali pertama juara dunia sembilan kali itu berhijrah ke pasukan satelit sejak menjadi rookie kelas premier pada 2005 bersama Honda.

BACA >>> Rossi: Yamaha dalam Hati, Aku Akan Akhiri Karier di Sini

Namun, penghijrahan kali ini tidak mengurangkan sebarang kelebihan dan manfaat dimiliki Rossi kerana beliau masih menerima jentera spesifikasi sama seperti pasukan pengilang. Ia boleh dianggap cuma bertukar nama pasukan antara beliau dan Fabio Quartararo yang direkrut masuk ke Monster Energy Yamaha.

Aku sangat gembira dapat terus berlumba pada 2021 dan lakukannya dengan Petronas Yamaha SRT. Aku dah banyak pikiaq sebelum ambil keputusan ni sebab cabaran jadi semakin panaih dan panaih. Nak jadi top dalam MotoGP hang kena kerja banyak dan kuat, kena berlatih tiap-tiap hari dan jalani kehidupan atlet, tapi aku masih suka dan masih nak berlumba.

“Pertengahan tahun ni aku dah buat pilihan dan cakap dengan Yamaha dan depa setuju. Depa bagitau walaupun tak ada tempat kat aku dalam pasukan pengilang, tapi depa bolehb bagi jaminan motor dan sokongan kilang.

“Aku sangat gembira la dapat pindah pi Petronas Yamaha SRT. Depa muda lagi tapi dah jadi pasukan top. Depa sangat serius dan pengurusan pula sangat baguih. Tahun ini aku juga tukar ketua kru. Aku sangat gembira dengan David (Munoz) dan kami belum dapat yang terbaik. Ini pun sebab kenapa aku pilih nak sambung, sebabnya aku suka dengan suasana dalam pasukan.”

Mengenai Franco Morbidelli yang akan menjadi rakan sepasukan baharu pula, Rossi berkata;

Memang nice dapat Franco (Morbidelli) sebagai rakan pasukan, sebab dia rider Akademi, memang cool. Aku rasa kami boleh bekerja bersama untuk buat sesuatu yang baguih jadi kenyataan. Betui dak?”

Rossi juga mendedahkan akan membawa ketua kru David Munoz, juruteknik data, Matteo Flamigni dan jurulatih Idalio Gavira ke Petronas Yamaha SRT. Namun dua mekanik yang lama berkhidmat bersama, Alex Briggs dan Brent Stephens tidak dapat menyertai penghijrahan tersebut.

Pengesahan rasmi itu melengkapkan pasukan Petronas Yamaha SRT untuk saingan MotoGP 2021 yang terdiri daripada duo pelumba Itali, Rossi dan protege Akademi VR46, Morbidelli.

Apa kata peminat Malaysia?

BACA >>> #MotoGP2020: Giliran Morbidelli Bawa Petronas Yamaha Jadi Juara, Rossi Kempunan

Auto Terkini David Munoz Petronas Yamaha SRT roda2 The Doctor Valentino Rossi VR46 Yamaha
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.