Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»UMWT Buka Tempahan Toyota Alphard, Vellfire (2023), Harga Mula RM438k!
Auto Terkini

UMWT Buka Tempahan Toyota Alphard, Vellfire (2023), Harga Mula RM438k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TEMPAHAN dua model kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah baharu, Toyota Alphard dan Toyota Vellfire (2023) kini dibuka!

UMW Toyota Motor (UMW Toyota) memaklumkan varian bakal ditawarkan itu ialah Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge dan Toyota Vellfire 2.5. Berikut perincian dua model tersebut:

HARGA

Kedua-dua model boleh ditempah menerusi bilik pameran Toyota dengan anggaran harga atas jalan tanpa insurans:

  • Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge – RM538,000
  • Toyota Vellfire 2.5 – RM438,000

WARNA

Toyota Alphard dan Toyota Vellfire akan ditawarkan dengan warna menarik, iaitu Platinum White Pearl (putih mutiara), Precious Metal dan Black (hitam), manakala Toyota Alphard pula ada satu lagi pilihan warna ekstra, iaitu Precious Leo-Blond (seakan tembaga).

PERINCIAN

Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge menggunakan trenkuasa baharu 16-injap 2.4L turbo DOHC dengan intercooler dan transmisi automatik Direct Shift 8-kelajuan berserta sekuensial dan pedal syif.

Toyota Vellfire pula hadir dengan transmisi automatik Super CVT-i 7-kelajuan dengan Sports Sequential Shiftmatic. Model ini dilengkapi Front Performance Brace yang membantu hantaran kuasa transmisi lebih cekap untuk pecutan lebih lancar dan pengendalian lebih baik serta stabil.

Kedua-dua model mendapat gril lebih menyerlah dengan lampu LED penuh beserta lampu signal belok sekuensial di depan dan belakang.

Ruang dalaman kedua-dua model juga lebih mewah dengan material kulit dan kemasan kayu, termasuk bumbung panoramik. Kabin dilengkapi ciri pencahayaan ambien 64 warna sekeliling siling, dan ada lampu bacaan boleh laras.

Butang mekanikal dan punat kawalan kini lebih mudah dicapai pemandu. Kluster instrumen warna penuh TFT 12.3 inci menampilkan kombinasi meter digital dan paparan dongak (HUD) lebih jelas.

Tempat duduk depan dan penumpang baris pertama dilengkapi ciri pemanas dan pengudaraan. Kerusi depan Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge mendapat tambahan fungsi urut.

Ciri Hybrid Long Slide hingga 480mm juga disediakan pada kerusi barisan pertama kabin untuk Toyota Alphard dalam mod kawalan kuasa elektrik dan manual, manakala Toyota Vellfire dalam manual sahaja.

Kerusi kedua-dua model turut dilengkapi Struktur Anti-Getaran yang membantu mengurangkan impak ketika pemanduan, terutama di permukaan jalan tidak rata.

CIRI KESELAMATAN

Toyota Alphard dan Toyota Vellfire dilengkapi pakej teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) seperti berikut:

  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
  • Amaran Tukar Lorong (LDA)
  • Bantuan Tanda Jalan (RSA)
  • Sistem Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHS)

BACA >>> Toyota Vellfire dan Alphard (2023) Lancar di Jepun dengan Enjin NA, Turbo dan Hibrid!
BACA >>> Foto Toyota Alphard, Vellfire (2023) Serba Baharu Terdedah Sebelum Lancar

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Roda4 Toyota Alphard (2023) Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge Toyota Vellfire (2023) Toyota Vellfire 2.5 UMW Toyota Motor (UMW Toyota)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.