Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»UMW Toyota, Maybank Islamic, Bank Rakyat Tawar Pelan Pembiayaan Kenderaan Menarik!
Auto Terkini

UMW Toyota, Maybank Islamic, Bank Rakyat Tawar Pelan Pembiayaan Kenderaan Menarik!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor
bekerjasama dengan Maybank Islamic Berhad untuk menawarkan pelan kewangan istimewa kepada graduan yang berminat membeli model Toyota Vios, Yaris, Avanza atau Rush baharu.

Pembiayaan Berjangka Kenderaan Murabahah-i (MVTF-i) menurut prinsipal Murabahah itu akan memberikan pilihan pembiayaan tambahan kepada graduan selain Pembiayaan Sewa Beli Islam mengikut Al Ijarah Thumma Al-Bai (AITAB). Bagaimanapun, pakej pembiayaan tersebut hanya ditawarkan kepada pembeli di Semenanjung Malaysia sahaja.

Pembiayaan Murabahah adalah prinsip pembiayaan Islam yang mana jumlah gabungan dibiayai hingga 100 peratus. Jika memilih MVTF-i, pemohon juga perlu membeli bersama insurans nyawa dan kos lain seperti disebut di atas.

Sokongan ditawarkan itu juga menjadikan pengalaman pemilikan lebih dinikmati untuk beberapa tahun akan datang. Pembiayaan itu, ditawarkan kepada graduan ijazah dengan syarat seperti berikut:

  • Berumur antara 21 dan 30 tahun.
  • Sudah bekerja sekurang-kurangnya enam bulan.
  • Gaji sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

Bagaimanapun, jika graduan bekerja kurang enam bulan dan gaji di bawah RM3000, jaminan ibu bapa diperlukan sebagai penjamin. Pembeli dengan pendapatan bawah RM3,000, dan lebih RM2,000 boleh memohon dengan ibu bapa sebagai penjamin dan pendapatan  isi rumah sekurang-kurangnya RM5,000 atau lebih.

BACA >>> Toyota Avanza (2019) Ala Vellfire Kini di Malaysia, Harga Bermula RM80,888

PELAN KEWANGAN PENUH LEXUS DAN TOYOTA

Pada masa sama, UMW Toyota turut bekerjasama dengan Bank Rakyat untuk menawarkan pakej pembiayaan menarik hingga 100 peratus untuk semua rakyat Malaysia berumur antara 18 hingga 65 tahun, dan pemohon boleh membuat bayaran antara tahun ke-4 hingga 9 di bawah skim ini.

Pakej pembiayaan berdasarkan prinsipal Islamik ini terdiri daripada dua pilihan dengan manfaat seperti berikut:

An-Naqlu 1
  • Menawarkan pembiayaan 90 peratus mengikut konsep syariah Al Ijarah Thumma Al-Bai (AITAB).
  • Juga skim pembiayaan khas untuk warga emas. Pemohon perlu berumur bawah 65 tahun pada akhir tempoh pembiayaan dan perlu memindahkan pencen ke akaun simpanan Bank Rakyat.
An-Naqlu 2
  • Menawarkan pembiayaan 100 peratus mengikut konsep syariah Tawarruq kepada pelanggan berumur 18-60 tahun.
  • Pemohon boleh menikmati pembelian tanpa deposit untuk model Toyota atau Lexus, tertakluk terma dan syarat.
  • Skim Graduan dikhas kepada graduan berumur 20-30 tahun yang menawarkan manfaat pembelian tanpa deposit dengan kelayakan akademi minimum Diploma, atau bekerja sekurang-kurangnya tiga bulan.
  • Jika pemohon bekerja kurang tiga bulan, penjamin  diperlukan untuk proses kelulusan.

Kadar promosi istimewa ‘BR Malaysia 2.0’ untuk skim pembiayaan ini sah hingga 30 September 2020. Setiap pembelian kenderaan Toyota turut dipakejkan bersama waranti lima tahun tanpa had perbatuan.

Sebarang maklumat lanjut boleh kunjungi pengedar Toyota atau mana-mana Pusat Pembiayaan Auto Bank Rakyat atau cawangan terdekat. Juga boleh kunjungi laman web Toyota Malaysia.

BACA >>> #PanduUji: Toyota Yaris (2019) Lagi Sedap dan Syok daripada Vios!
BACA >>> Inilah 6 Rahsia Kenapa Toyota Vios (2019) Kekal Relevan

PAKEJ ISTIMEWA UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN, BARISAN HADAPAN

Selain skim ditawarkan Maybank dan Bank Rakyat di atas, UMW Toyota turut menawarkan kempen istimewa ‘Jom Drive’, khas buat kakitangan Kerajaan untuk semua model Toyota. Pemohon cuma perlu menyediakan dokumen ringkas seperti kad pengenalan, lesen memandu dan slip gaji selama sebulan sahaja.

Kakitangan Kerajaan juga boleh memohon mana-mana pakej pembiayaan Program Bantuan Kredit Cukai (TCAP), seperti AITAB, HP dan EZ Beli serta layak mendapat e-baucar Lazada bernilai RM100. Tawaran sah hingga 30 September 2020.

Jika berminat dengan EZ Beli AiTAB daripada TCAP (untuk pemohon Muslim) boleh layari www.toyotacapital.com.my/aitab. Pakej ini sama seperti EZ Beli biasa yang berada di bawah Akta Sewa Beli, apa yang berbeza mengenai EZ Beli AiTAB ialah patuh syariah,

Kempen ‘Malaysia Hero’ pula menawarkan diskaun 5 peratus daripada semua harga kenderaan Toyota kepada petugas barisan hadapan negara yang terbabit membantu menangani krisis Covid-19.

Pemilik kenderaan Toyota (semua model, kecuali Hiace dan Hilux Single Cab) turut diberikan diskaun 5 peratus jika menghantar kenderaan untuk disenggara di Pusat Servis Toyota. Tawaran ini sah hingga 31 Disember 2020.

Al Ijarah Thumma Al-Bai (AITAB) Auto Terkini EZ Beli AiTAB Jom Drive Lexus Maybank Islamic Berhad Pelan Pinjaman Pembiayaan Berjangka Kenderaan Murabahah-i (MVTF-i) Program Bantuan Kredit Cukai (TCAP) Toyota Avanza Toyota Vios Toyota Yaris UMW Toyota
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

    06/07/2026
    Auto Terkini

    G.C. Ann Motor Enterprise Dilantik Sebagai CFMOTO Flagship Store Di Kuala Selangor

    06/07/2026
    BYD Alor Setar sambut Yangwang jelajah Malaysia
    Auto Terkini

    Jelajah Yangwang U9 China – Malaysia Tiba di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    06/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.