Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»UMNO Terengganu Gesa Kerajaan Negeri Semak Semula Pinjaman RM6.4j Beli Kereta Baharu
Auto Terkini

UMNO Terengganu Gesa Kerajaan Negeri Semak Semula Pinjaman RM6.4j Beli Kereta Baharu

Han OthmanBy Han Othman13/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Tular dokumen kelulusan pinjaman RM200,000 setiap ADUN, Exco Terengganu

UMNO Terengganu menggesa Kerajaan Negeri menilai semula keputusan meluluskan pinjaman RM6.4 juta bagi membiayai pembelian kereta baharu untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan barisan Exco, berikuta kritikan terhadap keutamaan perbelanjaan yang didakwa tidak selari keadaan ekonomi rakyat.

Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, keputusan itu mencalarkan imej Kerajaan Negeri dan menimbulkan persepsi kepimpinan sedia ada gagal memahami realiti semasa rakyat.

Dalam keadaan rakyat berdepan tekanan ekonomi dan kekurangan peluang pekerjaan, keputusan Kerajaan Negeri meluluskan pinjaman rasmi bagi pembelian kereta baharu untuk ADUN dan Exco sangat mengecewakan.

“Rakyat menantikan berita baik dalam pembentangan Bajet 2026, tapi apa diumumkan seolah-olah lebih mengutamakan kemewahan wakil rakyat daripada kebajikan rakyat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Gesa Dana Disalur Semula kepada Rakyat

Slogan negeri Terengganu - Maju, Berkat, Sejahtera

Nik Dir menegaskan, langkah itu tidak memberi sebarang faedah kepada rakyat dan bercanggah dengan semangat slogan ‘Negeri Maju, Berkat dan Sejahtera’.

UMNO Terengganu menggesa supaya keputusan berkenaan disemak semula dan diperincikan supaya dana RM6.4 juta itu dapat disalurkan kepada inisiatif yang memberi impak langsung kepada rakyat seperti pembangunan komuniti, peluang ekonomi anak muda, dan projek asas peringkat daerah.

Kerajaan Negeri perlu kembali kepada prinsip mendahulukan rakyat, bukan keselesaan pemimpin. Dana itu jauh lebih bermakna jika digunakan untuk menambah baik kesejahteraan masyarakat daripada membeli kenderaan baharu,” katanya.

Tular Dokumen Kelulusan Pinjaman RM200,000 Setiap ADUN, Exco

Tular dokumen kelulusan pinjaman RM200,000 setiap ADUN, Exco Terengganu

Terdahulu, tular dokumen Kertas Dewan Undangan Negeri bertarikh 29 Oktober 2025, yang menunjukkan keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang meluluskan pinjaman maksimum RM200,000 kepada Menteri Besar, Yang Dipertua DUN, barisan Exco dan ADUN bagi tempoh empat tahun.

Kenyataan itu turut menyebut keputusan MMKN terdahulu bertarikh 11 Julai 1990 dan 5 Mac 1997 dibatalkan dengan pelaksanaan enakmen baharu tersebut.

Nik Dir menegaskan, rakyat kini mahukan kepimpinan yang benar-benar memahami kesusahan mereka, bukan yang dilihat mementingkan kemewahan diri.

Negeri ini tidak akan maju jika pembangunan rakyat diketepikan. Kerajaan perlu menilai semula keputusan seperti ini kerana ia boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negeri,” katanya.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Bajet 2026 berita automotif Malaysia Datuk Nik Dir Nik Wan Ku Exco Terengganu isu politik Terengganu kenderaan rasmi kerajaan kerajaan negeri Terengganu pembelian kenderaan rasmi pinjaman kereta ADUN UMNO Terengganu
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LEPAS Tampil Strategi Jenama Berteraskan Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

17/03/2026
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

17/03/2026
Acara KLSCFM batal sempena Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KL Car Free Morning (KLCFM) Batal 22, 29 Mac Ini Sempena Cuti Raya

17/03/2026
Anthony Loke Siew Fook
Auto Terkini

MOT Perkenal Garis Panduan Baharu Kenderaan ‘De-Controlled’, Pikap

17/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Roda4

Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

By Syafie15/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.