Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»UMA Racing Pacers – Tayar Motosikal Prestasi Tinggi dengan Teknologi Lumba Lancar di Malaysia
Aksesori

UMA Racing Pacers – Tayar Motosikal Prestasi Tinggi dengan Teknologi Lumba Lancar di Malaysia

Han OthmanBy Han Othman24/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang

JENAMA komponen motosikal aftermarket prestasi tinggi dari Malaysia, UMA Racing hari ini memperkenalkan inovasi terbahar tayar motosikal UMA Racing Pacers hasil gabungan teknologi perlumbaan dan keyakinan tunggangan harian.

Pelancaran rasmi diadakan sempena hujung minggu MotoGP Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), yang menandakan kemasukan rasmi UMA Racing ke dalam segmen tayar motosikal prestasi tinggi.

Model tayar itu dibangunkan hasil penyelidikan mendalam, ujian dunia sebenar dan maklum balas penunggang profesional, termasuk pengguna harian bagi menghasilkan produk yang benar-benar memenuhi keperluan jalan raya tropika Malaysia.

Dibangunkan untuk Tunggangan Harian, Diilhamkan Teknologi Lumba

Selama beberapa dekad, UMA Racing dikenali sebagai peneraju komponen motosikal berprestasi tinggi — daripada sistem enjin hingga aksesori perlumbaan. Dengan pelancaran Tayar Pacers, jenama ini membawa warisan teknikal dari litar terus ke jalan raya.

Penolong Pengurus Besar Jenama UMA Racing, Alfred Lim, berkata;

Visi kami adalah menghasilkan tayar yang menawarkan prestasi setaraf perlumbaan, tetapi kekal selamat, tahan lama dan selesa untuk kegunaan harian.

Tayar Pacers adalah gabungan sempurna antara ketepatan kejuruteraan dan pengalaman sebenar penunggang.”

Logo UMA Racing

Reka bentuk Pacers diilhamkan daripada pandangan depan kepala kuda, simbol kekuatan dan keseimbangan yang sinonim dengan logo UMA Racing. Nama Pacers sendiri melambangkan rentak dan kawalan, iaitu dua elemen penting yang mencerminkan gaya tunggangan setiap penunggang.

Teknologi Baharu – 25% Lebih Cengkaman

Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang

Asas utama Tayar Pacers ialah teknologi sebatian getah baharu yang meningkatkan cengkaman permukaan hingga 25 peratus lebih baik berbanding model terdahulu.

Campuran itu direka untuk mencapai keseimbangan optimum antara daya cengkaman dan ketahanan haus yang membolehkan penunggang mengambil selekoh dengan lebih yakin, membrek lebih efisien dan menikmati jangka hayat tayar lebih lama tanpa kompromi prestasi.

Selain itu, UMA Racing turut memperkenalkan Teknologi EdgeGrip™, iaitu inovasi khas untuk menghadapi kondisi jalan berdebu dan tidak rata. Rekabentuk alur tepi unik membolehkan habuk ‘ditangkap’ ke dalam ruang mikro, sekali gus memastikan permukaan bunga tayar kekal bersih dan  cengkaman kekal konsisten ketika mengambil selekoh.

HydroFlow™ – Lebih Selamat di Jalan Basah

Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang

Bagi menghadapi cabaran cuaca tropika Malaysia, tayar UMA Racing Pacers dilengkapi corak alur HydroFlow™ yang direka khas untuk menyalirkan air dengan pantas. Ini membantu mengurangkan risiko akuasatah (aquaplaning) dan memastikan tayar kekal mencengkam kuat atas permukaan jalan walaupun ketika hujan lebat secara tiba-tiba.

Hasilnya, penunggang dapat mengekalkan keyakinan dan kawalan dalam apa jua kondisi cuaca yang menjadi ciri penting mereka yang menunggang setiap hari sama ada di bandar atau lebuh raya.

Saiz Pelbagai, Sesuai untuk Skuter dan Motosikal Sport

Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
70/90-17
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
80/90-17
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
70/90-14
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
80/90-14
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
110/70-13
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
130/70-13

Tayar UMA Racing Pacers ditawarkan dalam beberapa saiz meliputi pelbagai jenis motosikal seperti:

  • 70/90-17
  • 80/90-17
  • 70/90-14
  • 80/90-14
  • 110/70-13
  • 130/70-13

Versatiliti itu memastikan tayar tersebut sesuai digunakan pelbagai gaya tunggangan, daripada skuter harian hingga sportbike.

Setiap model menjalani ujian ketat dalam pelbagai persekitaran tropika, dengan penglibatan jurutera UMA Racing, pelumba profesional dan penunggang harian bagi memastikan prestasi tayar terbukti bukan saja dalam makmal, tetapi juga atas jalan raya sebenar.

Harga Mampu Milik, Prestasi Profesional

Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang

Tayar UMA Racing Pacers akan mula diedarkan antara Januari hingga Mac 2026 (Fasa 1) melalui pengedar sah UMA Racing dan platform dalam talian dengan harga runcit bawah RM180 bergantung jenis dan saiz tayar.

Dengan slogan ‘REVEAL TRUE PERFORMANCE – From Engine to Ground’, Pacers menjadi pelengkap kepada rangkaian komponen UMA Racing yang menghubungkan kuasa enjin kepada cengkaman jalan sebenar, sambil mengekalkan reputasi jenama berkenaan sebagai pakar komponen motosikal prestasi tinggi di Asia Tenggara.

Maklumat lanjut mengenai saiz tayar, harga dan lokasi pengedar boleh layari www.umaracing.com.

Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
70/90-17
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
80/90-17
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
70/90-14
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
80/90-14
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
110/70-13
Tayar UMA Racing Pacers lancar di Sepang
130/70-13
Logo UMA Racing
aksesori roda2 tayar motosikal Tayar UMA Racing Uma Racing UMA Racing Pacers
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

24/06/2026
Castrol Edge Roving Truck 2026
Auto Terkini

Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

22/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

21/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

20/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.