• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UK Uji Material Baharu Turap Jalan Guna Getah Tayar Terpakai

UK Uji Material Baharu Turap Jalan Guna Getah Tayar Terpakai

August 8, 2019 By AO Leave a Comment

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HIGHWAYS England kini sedang menguji material baharu untuk menurap permukaan jalan yang menjadikan getah tayar terpakai sebagai kompaun asfal di beberapa seksyen di lebuh raya negara itu.

Percubaan itu adalah inisiatif kerajaan untuk menjimatkan kos pembinaan jalan dan bertujuan membantu melestarikan alam sekitar.

BACA >>> Benarkah Material Jalan Raya Malaysia Tidak Direka untuk Pandu Laju?

m1-motorway-2
m1-motorway-3

Sama seperti Malaysia, tugas menyelenggara jalan raya diuruskan badan kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), dan spesifik untuk jenis jalan raya A dan Rangkaian Jalan Raya Strategik (SRN) seluruh Britain. Ujian material itu pula dilakukan di seksyen M1, menghala ke selatan antara Junction 23 dan 22.

Sebahagian material turapan dikatakan menggunakan getah daripada tayar terpakai yang dibangunkan syarikat pembinaan, Tarmac yang menumpukan kepada penggunaan bahan binaan mesra alam dan ekonomi.

BACA >>> Menteri: Tiada Lagi Lorong Smart Tag di Lebuh Raya Dua Tahun Lagi

tarmac-uk-logo
m1-motorway-4

Di Britain, ada kira-kira 40 juta tayar terpakai dibuang setiap tahun, dan lebih 500,000 unit dihantar ke luar negara untuk dilupuskan. Ini kerana peraturan Kesatuan Eropah (EU) melarang ia dilakukan dalam negara EU.

Jadi apa yang dilakukan adalah menghantar ke negara Asia dan Timur Tengah, dengan 7 juta sahaja dilambakkan di Kuwait yang kini terkenal dengan julukan 'tanah perkuburan tayar'.

Tarmac menganggarkan ada kira-kira 750 tayar terpakai boleh digunakan untuk setiap kilometer permukaan jalan dengan kompaun baharu, bergantung ketebalan. Percubaan dilakukan di jalan M1 akan menguji ketahanan kompaun tersebut di kawasan laluan awam yang sibuk.

BACA >>> #TahukahAnda: Mangsa Kemalangan Boleh Saman Syarikat Lebuh Raya

SUMBER: AutoExpress

Artikel Berkaitan

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Asfal, auto terkini, Getah Tayar Terpakai, Highways Englands, jalan raya, Lebuh Raya, material jalan raya, Tayar Terpakai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
    Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia
    FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my