Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»UK Lancar Jaguar F-Pace R-Dynamic Black – Varian Hitam Edisi Terhad, Harga Mula RM237k
Roda4

UK Lancar Jaguar F-Pace R-Dynamic Black – Varian Hitam Edisi Terhad, Harga Mula RM237k

Abang HirataBy Abang Hirata18/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENGEMAS kini sesebuah model melalui perubahan warna sebelum dinamakan dengan nama khas bukan perkara aneh dalam industri automotif.

Strategi itu sebenarnya sudah menjadi trend, termasuk dilakukan pengeluar premium. Di beberapa pasaran misalnya, varian Black Edition untuk sesebuah model sudah jadi trend perkara biasa.

Cuba taip Black Edition di pelayar internet dan enjin carian akan memaparkan beberapa jenama varian tersebut.

BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Persona Black Edition (2021)? Harga RM54.7k
BACA >>> Kia Sportage JBL Black Edition (2021) Tawar Pembesar Suara Premium Berkualiti

Terbaharu, Jaguar menawarkan F-Pace R-Dynamic Black yang hadir dengan perubahan kosmetik. Secara am, model ini menerima ciri konektiviti dan teknologi bantuan pemandu.

Apa Istimewa F-Pace R-Dynamic Black?

Semestinya warna hitam untuk beberapa komponen. Secara spesifik, model kenderaan utiliti sukan (SUV) prestasi dengan pakej Black Pack itu dilengkapi komponen hitam kilat pada:

  • Cermin sisi.
  • Gril dan frem gril.
  • Sekeliling tingkap sisi.
  • Rel bumbung.
  • Bumbung panoramik
  • Ventilator fender dengan logo Jaguar Leaper.
  • Pendakap (valance) belakang dan logo.
  • Rim Style 1067  saiz 20 inci dan kombinasi kaliper brek warnamerah.
  • Warna baharu, Ostuni White (putih).

Ruang Dalaman

  • Kemasan Satin Charcoal Ash.
  • Pedal sport bright metal.
  • Pencahayan ambien Premium Cabin Lighting\ dipertingkat.

Perubahan hanya melibatkan permainan warna, tetapi berjaya menyerlahkan ‘imej jahat’ SUV ini, terutama warna Otsuni White dan padanan rim hitam yang memenuhi gerbang roda.

Sama seperti F-PACE lain, varian R-Dynamic Black ditawarkan dalam beberapa pilihan enjin Ingenium,  daripada hibrid rianga (MHEV) diesel dan petrol PHEV.

Enjin buatan Jaguar Land Rover itu dipadankan bersama transmisi automatik  8-kelajuan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) pintar.

Selain varian R-Dynamic Black, Jaguar turut memperkenalkan beberapa ciri pada F-Pace seperti berikut:

  • Sistem Cabin Air Purification Plus dengan dua ciri baharu, Air Purge dan pengesan Cabin CO2.
  • Air Purge berfungsi menyegarkan udara dalam kabin sebelum penumpang masuk melalui tetapan pemasa pada unit infotainment skrin sentuh  atau aplikasi kawalan mobil jauh Jaguar Remote App.
  • Pengesan Cabin CO2 mengawasi dan mengawal tahap karbon dioksida (CO2) dalam kabin.

  • Unit infotainment dengan aplikasi standard seperti Spotify, Apple CarPlay® dan Android Auto™.
  • Ada konektiviti wayarles seperti Apple CarPlay® dan Android Auto™ dengan kemas kini atas talian software-over-the-air (SOTA).
  • Sistem Pivi Pro dengan fungsi sambungan dua telefon serentak melalui Bluetooth.
  • Fungsi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan Bantuan Stereng, berfungsi mengekalkan kereta di lorong tengah selain mengekalkan jarak dengan kenderaan depan.
  • Pilihan tayar dengan fungsi pulih sendiri (self-sealing) menerusi lapisan kedap (sealant) yang mana objek yang menembus masuk tayar akan segera ditutupi kedap udara dan tekanan udara supaya kereta boleh terus dipandu.

Pilihan Enjin F-Pace

Petrol
  • 2.0L turbo 4-silinder (248hp).
  • 3.0L MHEV e-supercas 6-silinder (398hp).
  • 2.0L PHEV turbo 4-silinder (402hp).
  • 5.0L V8 supercas (498hp), eksklusif untuk SVR.
Diesel
  • 2.0L MHEV turbo 4-silinder (161hp).
  • 2.0L MHEV turbo 4-silinder (202hp).
  • 3.0L MHEV sekuensial-turbo 6-silinder (298hp).

Jaguar F-PACE SVR

Ini varian prestasi tinggi dengan enjin 5.0L V8 supercas berkuasa 498hp dan tork 700Nm dengan ketangkasan seperti kereta sport. Melalui fungsi Dynamic Launch, F-Pace SVR mampu memecut 0-100kmj sepantas 4 saat dan kelajuan maksimum 286kmj.

Harga?

F-Pace ditawarkan di Britain pada harga bermula £40,675 (RM237,950) untuk varian 2.0L diesel D165 AWD Auto Core, manakala varian tertinggi 5.0L V8 SVR berharga £78,165 (RM457,270).

Seperkara lagi perlu diketahui, ada varian khas yang dijual rasmi di pasaran Malaysia, iaitu F-Pace Edisi Terhad, iaitu sebanyak 20 unit sahaja. Harga ditawarkan RM436,420.82 untuk F-Pace Prestige, RM470,212.97 untuk R-Sport (pertengahan) dan R-Sport (Premium), RM485,430.

BACA >>> #BikinKereta: Jaguar E-Type Lebih 40 Tahun Ini Dibaik Pulih Sempurna
BACA >>> Duduk dalam Jaguar XE SV Project 8 dan Berlumba di Nürburgring dengan Caj RM943 (2018)
BACA >>> 12 Fakta Pantas: Jaguar F-Pace Edisi Terhad Kini di Malaysia, Harga Mula RM436k

Jaguar F-PACE R-Dynamic Black – Ostuni White
Jaguar F-PACE R-Dynamic- Hakuba Silver
Jaguar F-PACE R-Dynamic Black – Dalaman Ebony
Jaguar F-PACE R-Dynamic – Dalaman Oyster
Jaguar F-PACE SVR – Ionian Silver
Black Edition Jaguar Jaguar F-Pace Jaguar F-PACE R-Dynamic Black Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV Jaguar SUV mewah
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Sukan Permotoran

    TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

    17/03/2026
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Mula Kempen Michelin 24H Series Eropah 2026 di Mugello

    18/03/2026
    Auto Terkini

    iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Unit Kenderaan Kini Atas Jalan

    17/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.