Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tuneboss BTA 2019: Siri Perlumbaan Motosikal Amatur Bajet Rendah, Daftar Sekarang!
Auto Terkini

Tuneboss BTA 2019: Siri Perlumbaan Motosikal Amatur Bajet Rendah, Daftar Sekarang!

DeeBy Dee19/03/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA bukan pelumba profesional, dan teringin hendak berlumba di trek dengan bajet rendah?  Sekarang ada berita baik, kelab sukan permotoran, BRAAAP Motorsports membuka peluang kepada pemilik motosikal 400cc ke bawah untuk menonjolkan bakat masing-masing dengan menyertai Kejuaraan Tuneboss Braap Track Attack (Tuneboss BTA) 2019′ bermula 31 mac ini (pusingan pertama).

PEMILIK KAPCAI BOLEH JOIN ATAU TAK?

Boleh! Asasnya, kejuaraan ini menumpukan kepada jentera sah atas jalan @ road legal. Jika anda cuma penunggang biasa yang menunggang motosikal untuk kegunaan seharian, anda sudah pun layak mendaftarkan diri untuk masuk perlumbaan ini.

BACA >>> Ilmu Kebal Pelumba Motorcross Kini Dibongkar, Kenapa Tidak Ramai yang KO?

ADA BERAPA KATEGORI?

Penganjuran Tuneboss BTA 2019 dengan kerjasama Kelab Sukan Integrasi dan COMMA Motorsports dijadualkan berlangsung sebanyak enam pusingan melibatkan sembilan kategori, terdiri daripada:

  • 400cc 4T
  • 250cc 4T
  • 150cc 4T Underbone
  • 180cc 4T Underbone
  • 150cc 2T
  • 150cc 4T Tank
  • 200cc Supermoto CKD / China
  • Fifty5 R25 One Make Race
  • 14.7:1 CBR250R One Make Race

LOKASI DI MANA?

Kejohanan ini akan dianjurkan di litar lumba kekal seperti Litar Elite USJ Speedway dan Litar Antarabangsa Go Kart Sepang. Pusingan akhir dijadualkan berlangsung hujung tahun ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)  dengan anggaran penyertaan lebih 150 pelumba amatur seluruh negara.

Jurucakap BRAAAP Motorsports, Azuan Izadee berkata, selepas kejayaan penganjuran program Track Day dan Fun Race sejak 2015, pihak kelab yakin pelumba yang menyertai Tuneboss BTA 2019 pasti berpuas hati dengan kejuaraan ini kerana yuran penyertaan dikenakan ialah mampu milik.

“Undang-undang kejohanan menetapkan syarat, pelumba yang dikategorikan profesional tidak dibenarkan mengambil bahagian.

“Ini membuktikan komitmen dan objektif kami jelas, iaitu menganjurkan kejohanan perlumbaan khas untuk peminat sukan permotoran yang mungkin tidak berpeluang melangkah ke peringkat lebih jauh dengan menonjolkan bakat mereka melalui Tuneboss BTA 2019,” katanya.

BACA >>> Motorsport Manager: Jangan Tengok Saja, Jadi Pengurus Pasukan Lumba Sekarang!

BAGAIMANAKAH CARA DAFTAR?

Sebarang maklumat lanjut dan pendaftaran, boleh layari Braap Motorsport. Tarikh tutup penyertaan pada 29 Mac ini. Jadi, tunggu apa lagi? Kata Shahrol Yuzy;

“Diorang kalau betul-betul nak tunjuk kehebatan diorang, race kat trekkk!!!”
GALERI
Azuan Izadee BRAAAP Motorsport Kapcai Kejohanan Tuneboss Braap Track Attack Litar Antarabangsa Sepang (SIC) motosikal Tuneboss Braaap Track Attack Tuneboss BTA
Dee

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026

    1 Comment

    1. mohd Rauf b mangkalial on 21/09/2020 18:10

      Nak daftar

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.