Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Trivia Geely – Gergasi Automotif China – yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

Trivia Geely – Gergasi Automotif China – yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman19/04/20186 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERAKHIRLAH sudah segala spekulasi apabila gergasi automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) kelmarin disahkan membeli 49.9 peratus saham Proton Holdings Berhad (Proton) selain turut memiliki sepenuhnya ekuiti dalam syarikat pembuat kereta sport Britain, Lotus.

Bagi kalangan pemerhati dunia automotif, Geely bukanlah nama asing, tetapi jika anda baru saja mendengar nama tersebut sejak hujung tahun lalu atau tahun ini mungkin maklumat dan trivia di bawah ini dapat membantu anda mengenali gergasi automotif dari Negara Tembok Besar itu.

1. PEMBUAT KOMPONEN PETI SEJUK

Geely diasaskan pada 6 November 1986 (lebih muda daripada Proton) sebagai pengeluar alat ganti dan komponen peti sejuk. Cubaan pertama Geely dalam automotif ialah pada 1994 apabila mula menghasilkan motosikal sendiri. Tiga tahun selepas itu, iaitu pada 1997 barulah Geely mengumumkan hasrat memasuki industri pembuatan kereta.

2. MODEL HATCHBACK JADI KERETA PERTAMA

Model kereta pertama Geely ialah Haoqing SRV (juga dipanggil Geely HQ), iaitu sebuah hatchback yang diperkenalkan pada Februari 1998. Enjin asal HQ dipinjam daripada Daihatsu berkapasiti 993cc 3-silinder. Satu lagi varian menggunakan enjin Toyota 4-sebaris bersesaran 1,342cc. HQ dibina berasaskan platform G100 Daihatsu Charade yang dilesenkan daripada FAW Tianjin yang juga pengeluar automobil dari China.

3. IBU PEJABAT DI TIMUR CHINA

Ibu pejabat Geely bertempat di ibu kota Hangzhou dalam wilayah Zhejiang (biru muda). Di China, Zhejiang ialah wilayah pantai timur yang bersempadan dengan wilayah Jiangsu dan Shanghai di utara, Anhui (barat laut), Jiangxi (barat) dan Fujian (selatan), serta mengadap Laut China Selatan.

Populasi berdaftar di Hangzhou pada 2015 ialah seramai 9,018,000 orang daripada 55,643,841 jumlah keseluruhan penduduk di Zhejiang.

BACA >>> Apa Akan Jadi Jika PROTON Sudah Tiada?

4. MEMILIKI VOLVO DAN LONDON TAXI COMPANY

volvo-ford-geely

Selain saham Proton, Geely terlebih dahulu memiliki sepenuhnya saham Volvo pada awal Ogos 2010 yang dibeli daripada Ford Motor Co dalam beberapa siri perjumpaan dan perbincangan yang bermula sejak pertengahan 2008!

Malah, Geely turut mengambil alih London Taxi Company pada Februari 2013 yang kemudian bernaung di bawah syarikat baru bernama Geely UK Ltd. Baru-baru ini, syarikat tersebut merancang menukar semua teksi Black Cab di ibu kota Britain itu kepada kenderaan elektrik.

5. ADA DIVISYEN KHAS UNTUK PASARAN GLOBAL

Sama seperti pengeluar kereta multinasional lain, Geely turut memiliki divisyen khas, dipanggil Emgrand yang menumpukan kepada pengeluaran kenderaan sederhana dan mewah untuk pasaran antarabangsa. Buat masa ini Emgrand ada 4 model di bawah label itu, iaitu Emgrand X7, Emgrand 8, Emgrand 7 dan Emgrand 7 (RV).

6. PENGELUAR CHINA PERTAMA HASIL KERETA STANDARD EROPAH

Emgrand 7 (RV)
Emgrand 7

Model Emgrand 7 dan Emgrand 7 (RV) ialah kenderaan pertama yang direka berasaskan Standard Eropah dalam usaha memasuki pasaran rantau itu dengan mematuhi Regulasi Eropah bagi sekuriti, perlindungan alam sekitar dan kualiti. Ini termasuk mematuhi aspek Standard ECE dari segi material, komponen, emisi dan keselamatan perlanggaran.

7. BELI SYARIKAT PENGELUAR TRANSMISI

Bukan sekadar membeli saham pengeluar kereta, Geely turut membeli syarikat pembuat transmisi, Drivetrain Systems International Pty Ltd yang berpangkalan di Australia pada 2009.

Antara pengeluar yang mendapatkan khidmat pembuatan trenpacu daripada Drivetrain System ialah Ford, Chrysler, Geely dan SsangYong, manakala model seperti Mahindra Scorpio pernah menggunakan kotak gear buatan syarikat ini. Produk Drivetrain System turut dikeluarkan di kilang Geely di Hunan, Shandong dan Chongqing.

8. PASARAN SAHAM

Geely berjaya disenaraikan dalam Bursa Saham Hong Kong pada pada 2005, iaitu 19 tahun selepas penubuhan syarikat itu.

BACA >>> Adakah Ini SUV Pertama Keluaran Proton? Jika Ya, Mesti Laku Keras!

9. ‘HENRY FORD’ CHINA


Pengasas dan Pengerusi Geely ialah Li Shufu, 54. Beliau dilahirkan di bandar Taizhao dalam wilayah Zhejiang, yang juga terletak ibu pejabat syarikatnya itu. Beliau pernah mendapat nama julukan, ‘Henry Ford China’ berikutan kejayaan membeli Volvo dan menaikkan semula reputasi jenama automobil dari Sweden itu di pasaran antarabangsa.

Shufu pernah disenaraikan majalah ekonomi, Forbes di ranking ke-1,067 sebagai bilionair terkaya dunia, individu ke-30 paling kaya di China dengan nilai aset dianggarkan berjumlah AS$5.5 bilion (RM23.5 bilion).

Muzik dan puisi ialah dua hobi paling diminati Shufu, manakala latar belakang pendidikan beliau adalah dalam Ijazah Pengurusan Kejuruteraan dari Harbin University of Science and Technology, dan turut memiliki Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Yanshan.

autotainment China Drivetrain System International Emgrand Geely Li Shufu London Taxi Company Proton Volvo
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
BIMS 2026
Auto Terkini

#BIMS2026: Pameran Motor Antarabangsa Bangkok 2026 Catat 135,000 Tempahan

09/04/2026
Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Auto Terkini

Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!

07/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.