Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Triumph Tiger 1200 (2022) Serba Baharu Lancar dengan 5 Varian, Harga Mula RM82k
Roda2

Triumph Tiger 1200 (2022) Serba Baharu Lancar dengan 5 Varian, Harga Mula RM82k

WahidBy Wahid20/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TRIUMPH Tiger 1200 (2022)
baharu akhirnya dilancarkan selepas dipromosikan bertalu-talu. Triumph menyedari model lama sudah cukup baik, tetapi mereka juga tahu ia perlu dirombak menyeluruh selepas mendengar maklum balas pengguna.

Jadi, Tiger 1200 (2022) kini menjadi model serba baharu dan bukan sekadar diperhalusi daripada model lama.


Pembangunan model baharu itu mendapat input daripada ‘Raja Motocross dan Supercross AMA’, Ricky Carmichael yang menjadi juara 7 tahun berturut-turut di Amerika Syarikat (AS) (1999-2006). Selepas diuji, Carmichael tidak ragu-ragu menyatakan Tiger 1200 (2022) ialah model advencer kapasiti besar sempurna.

Apa lagi yang ada pada Tiger 1200 (2022)?

Penampilan Baharu

  • Rekabantuk serba baharu dengan penampilan lebih ramping mirip konsep Tramontana (sila Google nama ini).
  • Bahagian ‘pinggang’ iaitu tempat tangki bersambung dengan pelana kini lebih tirus unutk memudahkan penunggang menjejak kaki atas lantai.
Barisan Model Triumph Tiger 1200

  • Seperti barisan model Tiger 900, Triumph memperkenalkan lima varian Tiger 1200 (2022) bagi memenuhi permintaan dan kegunaan khusus. Kelima-lima varian diletakkan dalam dua kumpulan, iaitu untuk kegunaan jalanan dan satu lagi, off-road.
  • Versi jalanan dipanggil ‘GT’ dalam tiga varian: GT, GT Pro dan GT Explorer, yang dibezakan mengikut ciri.
  • Ketiga-tiga varian menggunakan rim tuang saiz 19 inci di depan dan 18 inci, belakang.
  • Versi off-road pula digelar ‘Rally’ dan datang dalam dua varian: Rally Pro dan Rally Explorer.
  • Kedua-dua varian itu menggunakan rim jejari 21 inci (depan) dan 18 inci (belakang) yang dibalut tayar tiubles.
  • Tiger 1200 GT, GT Pro dan Rally Pro memiliki kapasiti tangki minyak 20 liter.
  • Tiger 1200 GT Explorer dan Tiger 1200 Rally Explorer pula menawarkan kapasiti tangki minyak 30 liter.
Enjin

  • Semua Tiger 1200 baharu menggunakan enjin 3-silinder sebaris 1160cc yang digunakan di dalam model Speed Triple 1200 RS dan Speed Triple 1200 RR.
  • Berbeza dua varian Speed Triple, enjin menggunakan aci engkol jenis T-Plane seperti yang terdapat pada model Tiger 900 bagi menghasilkan tork yang lebih kuat berbanding dengan hp yang lebih tinggi.
  • Aci engkol (cranckshaft) T-Plane memberikan pemasaan pembakaran pada 180º, 270º dan 270º putaran aci engkol (seperti enjin V-Four Big Bang, tetapi kurang satu silinder) untuk menghasilkan karakter tork kuat pada rev rendah dan hp tinggi pada rev tinggi.
  • Enjin ini menghasilkan 148hp @ 9,000rpm dan 130Nm @ 7,000rpm, berbanding 178hp @ 10,750rpm dan 125Nm @ 9,000rpm.
Casis
  • Ciri paling berlainan daripada Tiger 900 ialah penggunaan trenpacu syaf.
  • Syaf  kini menjadi sebahagian swingarm sebelah kiri, dan ada juga sebelah kanan berbanding swingarm sebelah pada Tiger 1200 lama. Triumph sebenarnay dapat menjimatkan lebih banyak berat apabila bertukar kepada swingarm dua belah.
  • Model baharu ini 25kg lebih ringan daripada model lama, dan 17kg lebih ringan daripada pesaing terdekat, iaitu ehem… sebuah model dari Jerman. 🤫
  • Varian GT Pro, GT Explorer, Rally Pro dan Rally Explorer menggunakan suspensi elektronik Showa.
  • Semua varian menggunakan kaliper brek depan Brembo Stylema.
  • Frem baharu kini lebih ringan 5.4kg. Bahagian bawah pelana dan peg kaki pembonceng boleh tanggal.
  • Penjimatan berat juga diperoleh daripada tangki aluminium baharu.
Kedudukan Ergonomik Baharu

  • Semua varian menggunakan mekanisma untuk melaraskan tinggi pelana antara dua tahap sebanyak 20mm.
  • Varian GT mempunyai tinggi pelana antara 850mm dan 870mm.
  • Varian Rally pula mempunyai ketinggian pelana antara 875mm dan 895mm.
  • Triumph menawarkan opsyen pelana opsyen lebih rendah yang mengurangkan ketinggian sebanyak 20mm.
  • Dari segi keselamatan, semua varian dipasangkan gad tangan.
  • GT Pro dan GT Explorer mendapat tambahan plat pelindung frem di bawah.
  • Rally Pro dan Rally Explorer dipasangkan plat pelindung bawah enjin dan tiub pelindung keluli tepi badan dan enjin.
Teknologi Terkini
  • Kedua-dua varian Explorer dipasangkan radar pandang belakang untuk fungsi bantuan titik buta bagi mengesan kehadiran kenderaan dan objek lain dalam kawasan titik buta.
  • Radar itu juga memainkan peranan untuk ciri menukar lorong, dipanggil Bantuan Tukar Lorong (Lane Change Assist, LCA). Ciri tersebut akan memberikan amaran kepada penunggang jika ada kenderaan atau objek lain ketika hendak menukar laluan.
  • Kawalan Traksi dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang mengikut sudut miring motosikal, dipanggil ABS Selekoh Dioptimumkan (Optimised Cornering ABS) dengan mendapatkan input data daripada unit unjuran inersia (IMU).
  • Panel meter TFT 7 inci dengan ciri komunikasi, navigasi dan kawalan kamera GoPro My Triumph Connectivity sebagai ciri standard.
  • Penunggang boleh memilih 6 mod enjin (mengikut varian) yang akan melaraskan tahap respons terotel, ABS, kawalan traksi, dan suspensi menerusi panel meter.

  • Lampu LED dengan lampu siang (DRL) dan lampu belok adaptif (Adaptive Cornering Lights, ACL) ada pada semua varian kecuali GT standard.
  • Ada ciri pegun bukit (Hill Hold) yang akan mengaktifkan brek belakang secara automatik apabila berhenti atas permukaan bukit atau cerun.
  • Juga ada ciri Bantaun Anjakan Triumph Quickshifter (Quickshifter Triumph Shift Assist).
Harga
1200 GT PRO
1200 GT PRO
1200 GT EXPLORER
1200 RALLY PRO
1200 RALLY EXPLORER

Tiger 1200 (2022) di Britain dijual pada harga seperti berikut (dijangka lebih mahal bila tiba di Malaysia):

  • GT – £14,660 (RM82,040)
  • GT Pro – £16,700 (RM93,110)
  • Rally Explorer – £18,100 (RM101,310)
  • Rally Pro – £17,700 (RM99,070)
  • Rally Explorer – £19,100 (RM106,910)

Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti tiga tahun dengan perbatuan tanpa had.

1200 RALLY PRO
1200 GT PRO
1200 GT EXPLORER
1200 GT PRO
1200 RALLY EXPLORER

SUMBER: TriumphMotorcycles

adventure touring Ricky Carmichael roda2 Triumph Triumph Tiger 1200 (2022)
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.