Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Triumph Dedah Kuasa Kuda Dihasilkan Enjin Jentera Lumba Moto2 – 138hp!
Auto Terkini

Triumph Dedah Kuasa Kuda Dihasilkan Enjin Jentera Lumba Moto2 – 138hp!

AryonBy Aryon27/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS 9 musim menjadi pembekal rasmi enjin untuk jentera Moto2 – kelas lumba baharu yang menggantikan kelas 2-lejang 250cc pada 2010 – tugas Honda akhirnya diambil alih Triumph.

Pengeluar asal Britain itu mengambil masa 2 tahun untuk membangunkan enjin spesifikasi Moto2 itu selepas menandatangani kontrak 3 tahun dengan pemegang hak komersial MotorGP, Dorna. Jadi, jentera baharu yang akan digunakan pelumba Moto2 sepanjang musim 2019-2021 akan dijana enjin 3-silinder sebaris 765cc.

BACA >>> Kenapa Pelumba Moto2 Agak Bergelut Jadi Juara MotoGP?

Terbaharu, Triumph mendedahkan kuasa maksimum yang mampu dijana motosikal tersebut.

Dalam sidang media tentang pembangunan enjin Triumph Moto2 Triple Race di Valencia, Sepanyol bersama Externpro, Magneti Marelli dan Dorna, Triumph berkata, enjin baharu itu berkuasa 138hp, meningkat 8hp berbanding enjin Honda lama jenis 4-silinder sebaris yang berasaskan nadi CBR600RR.

Menurut Triumph, pembangunan jentera ialah termasuk ujian dalam kilang, dinamometer dan tunggang uji di pelbagai lokasi trek. Dalam ujian trek, lebih 2,500 lap gerakan lumba (race pace) disempurnakan di banyak litar negara Eropah yang membenarkan pengeluar itu membuat ujian ke atas enjin ‘kitaran hidup berganda’ (double lifecycle) itu.

Ketua Jurutera Triumph, Stuart Wood, berkata, Triumph bukan saja disambut baik Dorna, rakan kongsi dan pihak media, tetapi juga orang ramai yang teruja atas penyertaan pengeluar tersebut dalam arena perlumbaan motosikal berprestij itu.

“Kami yakin program pembangunan enjin kami sudah begitu menyeluruh yang mana peningkatan kuasa, daya tork dan bunyi hebat akan memberikan perlumbaan mengujakan pada 2019,” katanya.

BERASASKAN ENJIN MODEL JALANAN

Enjin Triumph dibina dibangunkan berasaskan enjin pengeluaran Daytona Supersports 675cc.765cc berkuasa 121hp, dan asal enjin model itu pula daripada jentera lumba Daytona Supersports 675cc. Enjin lumba baharu  itu memberikan lebih kuasa dan tork, direka untuk rev tinggi dan dapat ditunngang dengan inersia rendah dalam pakej jentera yang ringan.

Berikut ciri enjin spesifikasi Moto2 yang dibangunkan berasaskan enjin basis Street Triple RS:

  • Kepala silinder diubah suai denmgan inlet dan port ekzos diubah untuk mengoptimumkan aliran gas.
  • Nisbah mampatan tinggi.
  • Injap titanium dan spring injap keras.
  • Pemasaan aci diubah untuk meningkatkan rev enjin (rpm).
  • Injektor bahan api aliran tinggi
  • Alternator kit lumba inersia rendah
  • Nisbah gear 1 dan 3 diubah.
  • Dibangunkan untuk tunggangan lumba, klac sliper boleh laras
  • ECU lumba Magneti Marelli
  • Penutup enjin diubah untuk mengurangkan lebar
  • Takungan pelincir berbeza untuk menambah baik operasi header ekzos

Berikut pula ialah beberapa fasa ujian dilakukan Triumph:

1. UJIAN PEMBANGUNAN ECU

Triumph turut menyokong lanjutan ujian pembangunan ECU dengan Magneti Marelli. Ini ialah program pembangunan yang menumpukan kepada tunggangan trek yang mana Triumph membekalkan data asas dan bekalan enjin, ujian penuh dan pasukan sokongan teknikal.

2. UJIAN PEMBANGUNAN CASIS

Triumph membekalkan enjin pembangunan menerusi Externpro kepada pengeluar casis untuk diuji. Ujian berkenaan melibatkan bekas dan pelumba pelumba Moto2 masa kini. Triumph juga menyediakan input pembangunan ECU kepada pengeluar casis.

Auto Terkini Daytona Supersports 675cc Enjin Baharu Moto2 Honda Moto2 Stuart Wood Triumph Triumph Moto2 Triple Race Triumph Street Triple RS
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.