Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Triumph dalam ‘Ant-Man and the Wasp’, Marvel Berpisah dengan Harley-Davidson?
Autotainment

Triumph dalam ‘Ant-Man and the Wasp’, Marvel Berpisah dengan Harley-Davidson?

AryonBy Aryon02/02/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MARVEL baru saja menyiarkan trailer baharu filem ‘Ant-Man and the Wasp’. Ini bermakna sekali lagi model motosikal baharu akan muncul dalam aksi kejar-mengejar filem adiwira penuh aksi tersebut. Bagaimanapun, filem Marvel baharu itu kini tidak lagi menggunakan khidmat jentera Harley-Davidson, tetapi memilih Triumph menerusi model Thruxton R.

Lihat video trailer di bawah, kelibat Thruxton R dapat dilihat pada minit 0:46 saat dan sekali lagi (lebih jelas) pada 1:34 minit.

Model Harley-Davidson sudah lama digunakan sebagai jentera rasmi Marvel Cinematic Universe. Pernah muncul dalam Captain America: The First Avenger (2011) yang berlatar belakangkan Perang Dunia Kedua (WWII). Tambahan lagi jenama itu sendiri ada kaitan sejarah sebagai motosikal militari Amerika.

Kemudian, sekali lagi jentera Harley muncul dalam trailer filem Captain America: The Winter Soldier (2014), beberapa minggu sebelum debut, manakala trailer filem ketiga Captain America, Civil War (2016), menampilkan adegan kejar mengejar menggunakan model Street Rod™, tetapi model Harley itu tidak diperkenalkan kepada umum sehingga lebih setahun.

BACA >>> HJC Keluarkan Helmet Tema Star Wars, Bakal Jadi Koleksi Rare

Malah, prototaip motosikal elektrik Harley-Davidson, dinamakan Livewire turut melakukan kemunculan dalam filem Avengers: Age of Ultron (2015).

Bagaimanapun, dalam filem Ant-Man, Marvel memutuskan menggunakan Triumph, secara spesifik – model Thruxton R. Lihat syot layar (atas kiri) dan bandingan dengan foto sebenar Thruxton R di sebelahnya (kiri). Reservoir minyak brek, apit fork, kluster meter dan cagakan lampu utama,  memang nampak identik dengan model Triumph itu.

BACA >>> Triumph Street Triple 2017 Lincah & Berkuasa – Harga Bermula RM52,900

Di hujung terotel pula kita dapat lihat nat khas untuk dipasangkan cermin sisi. Jika dilihat lebih dekat, kita akan perasan ada kunci di tengah antara reservoir dan kluster meter yang siap tertera logo hitam-putih atas latar merah. Ciri lain yang jelas serupa ialah suspensi warna emas, ekzos kembar, cagakan fender depan, lampu brek belakang, penutup belakang dan strip yang menjalar sepanjang tangki minyak. Semua ciri itu nyata sepadan dengan Thruxton R.

Apakah ini bermakna Marvel sudah tidak lagi bersekutu dengan Harley-Davidson?

SUMBER: Motorcycle.com

Ant-Man and the Wasp autotainment filem filem Marvel Harley-Davidson Marvel roda2 Triumph Triumph Thruxton R
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.