Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Treler Tentera Amerika Dicuri Warga Emas Ditemui Semula
Auto Terkini

Treler Tentera Amerika Dicuri Warga Emas Ditemui Semula

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBUAH kenderaan treler pengangkut gred ketenteraan yang dilaporkan hilang ditemui semula terperangkap dalam pasir di pantai di Los Osos, California di Amerika Syarikat (AS).

Menurut Pejabat Syerif Daerah San Luis Obispo, pihaknya menerima laporan satu kenderaan mencurigakan diparkir di satu lot dekat Los Osos.

Aduan diterima mendakwa kenderaan itu kelihatan seperti treler-traktor gaya ketenteraan, dan semakan mendapati kenderaan itu ialah Oshkosh M1070 Heavy Equipment Transporter (HET) yang dibina mengikut spesifikasi Tentera AS untuk membawa mesin berat dan kenderaan besar seperti kereta kebal M1 Abrams.

Portal SloSheriff  melaporkan;

Apabila deputi tiba, pemandu kenderaan itu melarikan kenderaan ke Taman Negara Montana de Oro, merempuh pagar dan berakhir di satu kawasan dikenali sebagai Pantai Sandspit.

“Suspek ditangkap dan dibawa ke jel. Dia dikenal pasti sebagai Patrick Kevin VanNess, 63, dari Los Angeles.

“Penyiasat mengesahkan kenderaan terlibat dalam aksi kejar-mengejar di Los Osos itu sebagai M1070 Heavy Equipment Transport yang direka untuk tentera AS.

“Kenderaan itu dihasilkan awal tahun ini, dan dicuri ketika transit sebelum dikirim kepada tentera di Selatan California. VanNess akan didakwa dengan kecurian kenderaan yang dinilai lebih AS$500,000 (RM2.2 juta).”

autoterkini kereta kebal M1 Abrams Oshkosh M1070 Heavy Equipment Transporter (HET) Patrick Kevin VanNess Pejabat Syerif Daerah San Luis Obispo Roda4 Tentera Amerika Syarikat Tentera AS Treler Tentera
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.