Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Trak Pikap Paling Jimat di Malaysia, JMC Vigus Pro 4X4 Rasmi Lancar, Harga RM98k!
Roda4

Trak Pikap Paling Jimat di Malaysia, JMC Vigus Pro 4X4 Rasmi Lancar, Harga RM98k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANGKA-Tan Motor (ATM) rasmi memperkenalkan trak pikap terbaharu, JMC Vigus Pro 4X4 yang ditawarkan pada harga permulaan atas jalan tanpa insurans RM98,888.

Vigus Pro sebenarnya trak pikap kedua paling laris di China. Model itu ditawarkan dalam satu varian sahaja dan ada empat warna pilihan, Steady Brown (coklat), Solid White (putih), Brilliant Silver (perak) dan Glossy Black (hitam).

Berikut  perincian Vigus Pro:

BACA >>> Trak Pikap China, JMC Vigus Pro 4×4 dengan Enjin 2.0L TDi (139hp, 340Nm) Lancar Bulan Ini

HARGA

  • Semenanjung Malaysia – RM98,888
  • Sabah dan Sarawak – RM100,888

Harga adalah atas jalan tanpa insurans dan disertakan bersama waranti tiga tahun atau jarak perbatuan 100,000km (mana satu tiba dulu).

TRENKUASA DAN SISTEM 4WD

  • Dijana trenkuasa 2.0L Puma Intercooler Turbo Diesel dengan sistem suntikan bahan api Commonrail tekanan tinggi dan teknologi turbo geometri variabel (VGT) dan injap cooler bypass EGR, yang menghasilkan kuasa 139hp @ 3,600rpm dan tork 340Nm @ 1,500rpm-2,600rpm.
  • Transmisi jenis automatik ZF 8-kelajuan dengan mod manual.
  • Enjin digunakan menawarkan penjimatan bahan api pada purata 7.8 liter per 100km (ujian UNECE R101). Menurut ATM, ini ialah trak pikap 1 tan paling jimat di pasaran Malaysia.
  • Menggunakan frem ladder yang mampu menampung beban hingga 850kg. Struktur itu direka dengan kelebihan menyerap impak jika kemalangan berlaku.
  • Menggunakan sistem pacuan empat roda (4WD) buatan BorgWarner. Pemandu boleh menukar mod 2WD, 4WD dan low-range 4WD semudah memutar tombol rotari.
  • Gandar belakang dilengkapi ciri diferensial gelincir terhad (LSD) Eaton untuk bantuan hantaran kuasa tork ke roda bagi mendapatkan cengkaman jika roda menggelincir.

REKABENTUK

  • JMC Vigus Pro ialah produk pemasangan tempatan (CKD) di kilang Tan Chong Motor di Serendah, Selangor.
  • Menampilkan gril heksagon besar dengan kemasan krom. Lampu utama jenis nipis dengan lampu siang (DRL) LED bentuk C.
  • Ada lapisan pelindung bawah bampar depan.
  • Fender sisi lebih besar, sama warna dengan badan kenderaan. Garis badan nampak agresif dan lampu belakang pula bercirikan tiga dimensi (3D).
  • Ada bar sport yang disepadukan dengan lampu brek ketiga. Cermin sisi pula disepadukan dengan lampu signal belok boleh lipat automatik.
  • Ada lantai pemijak di sisi dan belakang yang disepadukan dengan bampar untuk memudahkan akses masuk dan memunggah naik barang ke ruang kargo belakang.
  • Menggunakan rim aloi dwi-tona 16 inci.

SISTEM KESELAMATAN

  • Dilengkapi ciri bantuan pemanduan Kawalan Turun Bukit (HDC) yang berfungsi mengawal tekanan brek secara automatik ketika memandu turun permukaan jalan curam atau cerun bukit pada halaju hingga halaju 8kmj.
  • Juga ada ciri Bantuan Mula Bukit (HSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Program Stabiliti Elektronik (ESC) dan Kawalan Traksi (TC).

KABIN

  • Stereng jenis multifungsi dengan butang kawalan untuk unit infotainmen, kawalan jelajah (cruise control) dan panggilan suara menerusi sambungan Bluetooth.
  • Stereng dua jejari dibalut material kulit. Ada pedal syif untuk menukar gear menggunakan mod manual.
  • Ada penukar gear elektronik kompak, iaitu ciri pertama dalam kelas trak pikap yang biasa ada pada kereta premium.
  • Unit infotainmen skrin sentuh 8 inci dengan konektiviti Bluetooth, pemain video MP5 dan kamera undur.
  • Cermin sisi boleh lipat automatik dan dilengkapi ciri pemanas.

PANDU UJI

Anda boleh berkunjung ke pengedar ATM seluruh negara untuk melihat JMC Vigus Pro, termasuk memandu uji trak pikap itu. Ada 13 pengedar dan 13 bengkel untuk servis selepas jualan. Pembeli akan mula menerima kenderaan masing-masing pada akhir Oktober 2021.

Mayflower Car Rental menjadi pelanggan pertama dengan membuat tempahan awal Vigus Pro sebanyak 30 unit.

Angka-Tan Motor (ATM) JMC Vigus Pro Mayflower Car Rental Roda4 Trak pikap 1 tan trak pikap China
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.