Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Trak Pikap China, JMC Vigus Pro 4×4 dengan Enjin 2.0L TDi (139hp, 340Nm) Lancar Bulan Ini
Roda4

Trak Pikap China, JMC Vigus Pro 4×4 dengan Enjin 2.0L TDi (139hp, 340Nm) Lancar Bulan Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANGKA-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) bakal mengembangkan portfolio kenderaannya selepas dilantik Jiangling Motors Co Ltd (JMC) sebagai pengedar rasmi trak pikap JMC Vigus Pro 4×4 untuk pasaran Malaysia.

Kerjasama antara ATM dan JMC itu dimeterai selepas kedua-dua pihak menandatangani perjanjian Perlesenan Teknologi Kenderaan pada 1 Julai 2020. ATM ialah subsidiari Warisan TC Holdings Berhad.

JMC memberikan hak penuh kepada ATM untuk aktivit mengilang, memasang dan menjual trak pikap JMC Vigus Pro 4×4, termasuk alat ganti dan komponen model itu di Malaysia.

ATM dalam kenyataan menyatakan rancangan menawarkan JMC Vigus Pro 4×4  menerusi 13 cawangan jualan dan servis seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warisan TC Holdings Bhd, Tan Keng Meng berkata;

Kami berbesar hati mengumumkan selepas 12 bulan bekerja keras, Angka-Tan Motor dengan kerjasama Jiangling Motors Co Ltd kini bersedia memperkenalkan pesaing dalam segmen trak pikap.

“Trak pikap JMC Vigus Pro 4×4 yang bergaya dan berteknologi tinggi ini sudah membuktikan keupayaannya di pasaran China. Kami tidak sabar untuk berkongsi produk baharu ini dengan peminat trak pikap seluruh Malaysia.”

Berikut ringkasan mengenai JMC Vigus Pro 4×4:

  • Dijana enjin 4-silinder turbo diesel 2.0L TDI dengan teknologi injap variabel VGT berkuasa 139hp @ 3,600rpm dan tork 340Nm @1,500-2,600rpm.
  • Menggunakan transmisi automatik 8-kelajuan ZF dengan mod manual, dan dalam konfigurasi pacuan empat roda, 4WD BorgWarner dengan mod 2H, 4H dan 4L. Turut dilengkapi kamera undur.
  • Tambahan lain, Kunci Diferensial Belakang (Rear Differential Lock, RDL) yang dibekalkan Eaton.
  • Menawarkan penjimatan bahan api, 7.8 liter per 100km.

Harga dan spesifikasi penuh JMC Vigus Pro 4×4 akan didedahkan bulan ini dan pelanggan boleh melihat model trak pikap itu di bilik pameran utama ATM di Klang, Selangor.

Tempahan boleh dibuat menerusi rangkaian pengedar atau hubungi talian 03-3359 6068. Maklumat lanjut boleh layari laman web www.jmcmalaysia.com.

BACA >>> Nobe 500 – Trak Pikap Elektrik Gaya Retro Debut Tahun Depan
BACA >>> Trak Pikap D-Max AT35 Hasil Kerjasama Tuner Arctic Trucks, Isuzu UK
BACA >>> Mahu Trak Pikap Anda Kekal Berkuasa? Gunalah Diesel Euro5 BHPetrol!
BACA >>> Kenapa Taliban Suka Sangat Trak Pikap Toyota?

ANGKA-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) JMC Vigus Pro 4x4 Roda4 Tan Keng Meng Warisan TC Holdings Berhad
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.