Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SUV Toyota Yaris Cross Diperkenal, Guna Platform Yaris Hatchback
Auto Terkini

SUV Toyota Yaris Cross Diperkenal, Guna Platform Yaris Hatchback

Abang HirataBy Abang Hirata27/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK sangka, Yaris yang diwar-warkan dalam bentuk kenderaan utiliti sukan (SUV) sudah pun diperkenalkan di Eropah. Ini bermakna model yang secara rasmi dinamakan sebagai Yaris Cross itu memang berada dalam perancangan Toyota sejak sekian lama.

Ini bermakna dua kali dunia automotif dikejutkan Toyota, pertama, GR Yaris berkuasa tinggi dan kedua, Yaris Cross. Menariknya, Yaris menjadi satu siri baharu untuk Toyota yang memang pakar dalam skala ekonomi.

Yaris Cross direka dan dibangunkan untuk Eropah mengikut keperluan dan kecenderungan pasaran SUV segmen-B di sana. Ia akan dikeluarkan di Kilang Pengeluaran Toyota Motor France (TMMF) bersama Yaris hatchback.

Proses rekabentuk Yaris pula adalah gandingan antara studio Toyota di Eropah dan Jepun. Kata kunci digunakan untuk SUV ini ialah  Robust (teguh) dan Minimalistic (minimalistik). Dengan dua perkataan itu, Yaris Cross dijelmakan dalam bentuk SUV lasak dan praktikal yang berbeza daripada model kelas sama seperti C-HR.

Pengenalan Yaris Cross turut melengkapi SUV segmen B, C dan D Toyota yang diwakili RAV-4 dan C-HR.

BACA >>> Toyota GR Yaris – Hot-Hatch Rali Jadian dengan Kuasa 257hp, 360Nm!

11 CIRI TOYOTA YARIZ CROSS

  1. Menggunakan platform baharu kereta kompak GA-B.
  2. Konsep rekabentuk big-small yang juga karakter asal Yaris.
  3. Bahagian dalaman luas dengan saiz luaran kompak.
  4. Jarak roda (wheelbase) sama seperti Yaris, iaitu 2,560mm.
  5. Dimensi panjang keseluruhan ditambah 240mm, iaitu 60mm pada unjur (overhang) depan dan 180mm pada belakang untuk ruang dalaman lebih luas.
  6. Jarak kelegaan tanah (ground clearance) 30mm lebih tinggi, manakala ketinggian ditambah 9mm dan lebih lebar 20mm.
  7. Konfigurasi kerusi belakang boleh lipat 40:20:40.
  8. Dijana trenkuasa hibrid 1.5L M15A Dynamic Force dengan transmisi automatik CVT.
  9. Opsyen pacuan dua roda (2WD) atau semua roda pintar (AWD-i).
  10. Pacuan AWD-i menggunakan sistem elektrik dengan saiz lebih kompak dan ringan berbanding AWD jenis mekanikal.
  11. Sistem AWD-i menghantar tujahan kuasa kepada roda belakang ketika memecut. Pemanduan biasa akan menggunakan pacuan roda depan (FWD), manakala AWD diaktifkan apabila situasi kurang cengkaman dikesan.

Walaupun dibina dan mengikut cita rasa Eropah, ada laporan mendakwa Yaris Cross akan dijual di Jepun. Ini satu pertembungan menarik kerana Toyota turut melancarkan Raize di sana.

Di Eropah, Toyota menjangka pengeluaran Yaris Cross lebih 150,000 unit setahun dengan menguasai pasaran SUV segmen B lebih 8 peratus.

BACA >>> Toyota Harrier (2020) yang Kini Tampil Lebih Premium dan Anggun

GALERI
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV segmen-B Toyota Toyota EU Toyota Yaris Cross Yaris Cross
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.