Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Yaris Cross 2024 Eropah Guna Sistem Hibrid Generasi ke-5, Varian GR Sport Lebih Gaya
Roda4

Toyota Yaris Cross 2024 Eropah Guna Sistem Hibrid Generasi ke-5, Varian GR Sport Lebih Gaya

Abang HirataBy Abang Hirata02/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TERBAHARU untuk pasaran Eropah, Toyota Yaris Cross 2024 diperkenalkan dengan tambahan pilihan enjin, ciri keselamatan T-Mate baharu, sistem digital dan varian baharu.

Jika Yaris Cross nampak berbeza, seperti juga Yaris Hatchback, kedua-dua model itu dibuat berbeza mengikut pasaran Asean dan Eropah.

Sejak diperkenal pada 2021, Yaris Cross menerima sambutan hangat dalam kalangan pengguna Eropah dan setakat ini masih lagi menerajui segmennya. Faktor utama pelanggan memilih kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B itu adalah tawaran trenkuasa hibrid elektrik (HEV) ditawarkan.

Berikut ciri baharu Toyota Yaris Cross 2024:

Toyota menyusun semula trenkuasa dengan enjin hibrid 1.5L berkuasa 116hp, dinamakan Hybrid 115, termasuk memperkenalkan Hybrid 130 yang lebih berkuasa tinggi.

Hybrid 130 diperkenalkan pada varian atasan seperti Premiere Edition baharu dan GR Sport dengan rim, kerusi, perkakasan dan kemasan khas.

Hybrid 130

  • Enjin 3-silinder 1.5L dengan Sistem Hibrid Toyota generasi kelima (THS 5).
  • Transgandar baharu dengan motor-generator elektrik (MG1) yang lebih besar dan berkuasa.
  • Komponen baharu dan larasan pada unit kawalan kuasa (PCU) meningkatkan output keseluruhan sistem 14 peratus, daripada 116hp kepada 132hp.
  • Daya kilas motor MG2 dipertingkatkan pada keseluruhan julat rev, atau hingga 30 peratus daripada 141Nm kepada 185Nm.
  • Pecutan 0-100kmj dalam masa 10.7 saat, penjimatan setengah saat.
  • Prestasi enjin, motor dan bateri hibrid dimaksimumkan, manakala daya kilas lebih tinggi meningkatkan fiil dinamik dan respons yang boleh dirasa ketika pecutan dan nyah pecut.
  • Bantuan motor pacuan ketika memecut turut dipertingkat untuk pengendalian dan fiil pecutan linear.

Pengurangan bunyi dan gegaran

  • Bunyi enjin dikurangkan dengan menambah baik empat perkara termasuk perkakasan baharu.
  • Damper dinamik ditambah pada mounting enjin sebelah kiri.
  • Resonator dipasang pada hos masukan.
  • Silenser bahagian dalaman papan pemuka ditambah tiga lapisan berbanding selapis sebelum ini.
  • Tambahan selapis pelapik pada penutup atas silenser (cowl top silencer).
  • Cermin besar, depan dan sisi lebih tebal untuk bunyi angin dan jalan lebih senyap.

Sistem digital dan hiburan

  • Paparan grafik meter boleh ubah mengikut pilihan pemandu.
  • Sistem multimedia lebih berkuasa dengan respons lebih pantas dan tambahan fungsi.
  • Kluster instrumen 7 atau 12.3 inci untuk pemandu dan unit infotainment skrin sentuh 9 atau 10.5 inci di tengah.
  • Sistem arahan suara dipertingkat dengan arahan ‘Hey Toyota’ yang boleh mengecam pelbagai bahasa spontan.
  • Kunci Digital Pintar yang dihubungkan dengan aplikasi MyT.

Teknologi T-Mate

  • Payung kepada fungsi canggih yang menjadikan kereta lebih selamat dan mudah untuk dipandu dan diparkir.
  • Menggunakan sistem bantuan pemanduan Toyota Safety Sense (TSS) generasi baharu.
  • Sistem multimedia dan modul komunikasi data (DCM) baharu dengan kemas kini perisian dibuat secara atas talian (OTA). Naik taraf fungsi multimedia dan TSS boleh dibuat tanpa ke pusat servis.
  • Kamera dan sistem radar baharu untuk cerapan lebih jauh dan luas.
  • Sistem Pra-Pelanggaran (PCS) dipertingkat, termasuk pengesan penunggang motosikal.
  • Bantuan Pemanduan Proaktif (PDA) membantu mengurangkan risiko kemalangan pada halaju rendah seperti Bantuan Nyah Pecut ketika menghampiri kenderaan perlahan atau memasuki selekoh. Bantuan Stereng (SA) mengesan selekoh di depan dan melaras daya stereng bagi membantu pemandu melepasi dengan lancar dan stabil.
  • Fungsi lain turut dipertingkat seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Tukar Lorong (LDA) dan lain-lain.

Yaris Cross Premiere Edition

  • Varian baharu dalam warna khas Urban Khaki (hijau muda) dan bumbung hitam atau Platinum Pearl White dan Silver Metallic juga dalam dwi-tona.
  • Rim 18 inci baharu.
  • Ruang kabin dengan sulaman dan kemasan menyamai warna badan hijau.
  • Corak balutan kerusi baharu dan penutup bawah kluster instrumen jenis lembut (untuk semua varian).
Toyota Yaris Cross GR SPORT 2024
Toyota Yaris Cross Premiere Edition 2024
Roda4 SUV segmen-B THS 5 Toyota Toyota Hybrid System (THS) Toyota Yaris Cross Toyota Yaris Cross GR SPORT Toyota Yaris Cross GR Sport (2023) Toyota Yaris Cross GR SPORT Eropah Toyota Yaris Cross Premiere Edition Toyota Yaris Cross Premiere Edition 2023
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Sukan Permotoran

    Dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di Nürburgring

    18/03/2026
    Sukan Permotoran

    TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

    17/03/2026
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Mula Kempen Michelin 24H Series Eropah 2026 di Mugello

    18/03/2026
    Auto Terkini

    iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Unit Kenderaan Kini Atas Jalan

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Roda4

    Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    By Syafie15/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.