Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Vellfire, Alphard (2020) Buka Tempahan, Siap Waranti Kilang 5 Tahun!
Auto Terkini

Toyota Vellfire, Alphard (2020) Buka Tempahan, Siap Waranti Kilang 5 Tahun!

Han OthmanBy Han Othman05/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor (UMWT) membuka pratempahan untuk model kenderaan pelbagai guna (MPV) premium, Alphard dan Vellfire versi dipertingkat di semua pengedar sah Toyota dan cawangan UMWT seluruh negara pada harga bermula RM383,000, Vellfire (satu varian) dan RM464,000, Alphard (dua varian).

MPV edisi 2020 itu ditawarkan dalam empat warna pilihan untuk kedua-dua model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, iaitu:

  • Luxury White Pearl CS GF  (hanya Alphard 3.5 Executive Lounge dan Alphard 3.5L)
  • Burning Black CS GF (hanya Vellfire 2.5L)
  • White Pearl CS (kedua-dua model)
  • Graphite Metallic (kedua-dua model)
  • Black (kedua-dua model)
Toyota Alphard
Toyota Vellfire

Alphard dan Vellfire baharu dinaik taraf dengan tambahan sistem termaju  membabitkan ciri keselamatan dan konektiviti, seiring misi UMWT untuk  Strategi Pengalaman Jenama Baharu 360-T yang menekankan aspek Safe-T dan Connectivi-T.

Tambahan sistem baharu itu terdiri daripada:

• Toyota Safety Sense (TSS)
• Sistem Brek Sokongan Parkir (PSBS)
• Sistem Infotainmen AVX 9 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto
• Perakam Video Digital (DVR) depan dan belakang
• Sistem Telematik Kenderaan (VTS)
• Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)

Toyota Safety Sense (TSS) ialah pakej sistem keselamatan termaju yang menyediakan bantuan kepada pemandu untuk mengelak kemalangan atau mengurangkan kecederaan akibat perlanggaran, terdiri daripada:

  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
  • Amaran Tukar Lorong (LDA)
  • Bantuan Jejak Lorong (LTA)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) – semua halaju

PSBS membantu pemandu mengesan objek sekitar kenderaan ketika sedang memarkir kenderaan. Jika ada objek dikesan, brek akan diaktifkan automatik, manakala kuasa enjin dihadkan supaya dapat mengelak perlanggaran. Sekiranya tidak  dapart dielak, tindakan sistem itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kerosakan.

Pemantau Pandangan Panoramik (PVM) membolehkan pemandu memantau sekeliling kenderaan, manakala DVR di depan dan belakang akan merakamkan visual secara berterusan. Dalam situasi tertentu, rakaman yang dibuat boleh dijadikan bahan bukti kepada pemilik kenderaan.

VTS pula ialah ciri konektiviti yang menggunakan GPS/GSM untuk mengesan lokasi kenderaan sepanjang masa. Ini memudahkan pihak berkuasa mengesan kenderaan sekiranya dicuri. Ciri ini turut berfungsi meninjau dan merekodkan kelajuan kenderaan dan operasi lain dalam kenderaan yang mana rakaman data akan dihantar kepada pemilik melalui e-mel.

Rekabentuk Alphard mengekalkan konsep ‘Dynamic & Formal’ untuk menyerlahkan imej mewah dan perkasa. Vellfire pula mengetengahkan konsep ‘Cool Tech’ dengan cita rasa moden untuk menyerlahkan identiti unik.

Sama seperti semua model CBU lain, pemilik Vellfire dan Alphard akan menikmati jaminan kilang berserta stok alat ganti yang siap ada apabila bila-bila masa. Begitu juga sokongan selepas jualan yang mendapat khidmat juruteknik terlatih menggunakan peralatan dan kelengkapan khas.

Pelanggan boleh mengetahui bilik pameran terdekat dengan melayari laman web Toyota Malaysia di toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota 1-800-8-TOYOTA (869682).

Auto Terkini Roda4 Toyota Toyota Alphard Toyota Alphard (2020) Toyota vELLFIRE Toyota Vellfire (2020)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.